10 Tips Memilih Batik dan Fabrik Tenun..!!

Mungkin batik dan tenun bukan fabrik pilihan remaja untuk bersantai . Tetapi mahu atau tidak , kamu tidak  dapat lari daripada menghadiri majlis semi formal atau formal yang menuntut kamu mengenakan pakaian  eperti batik. Apa kata KAMU tukar penampilan KAMU agar lebih sa ntai dan be rbeza .

Cantik - Pelbagai jenis batik yang terdapat di pasaran

Sekali lagi kita 'diingatkan' untuk sama-sama menyokong industri batik apabila kerajaan mewajibkan semua kakitangan awam memakai baju batik pada setiap Khamis dan bukan lagi pada hari pertama dan ke-15 setiap bulan seperti yang diamalkan sebelum ini. Jadi jom kita selongkar antara Tips untuk memilih batik dan fabrik tenun..!! 


1. Pastikan kamu memiliki sehelai atau dua helai kemeja batik untuk majlis tertentu.

2. Elakkan meminjam baju batik kamu kepada orang lain terutama jika baju kamu diperbuat daripada fabrik  acquard atau sutera. Ini bagi menjaga keadaan benang agar tidak tercarik.

3. Belilah kemeja batik yang tidak terlalu sarat dengan corak agar ia sesuai dengan  umur dan penampilan kamu.

4. Pastikan kamu memilih warna yang mampu menyerlahkan diri kamu dan  memberi kamu keyakinan.

5. Seelok-eloknya kamu menghantar kemeja batik kamu ke dobi untuk cucian kering.

6. Kain tenun selalunya didatangkan dalam corak petak.

7. Selesa dipakai kerana ia menggunakan fiber asli.

8. Didatangkan dengan warna yang lembut dan asli. Jadi sesuai dengan kebanyakan jenis warna kulit.

9. Pastikan kamu mempunyai celana khakis bagi menyerlahkan penampilan yang lebih menarik dan kemas.

10. Pastikan kamu memilih saiz yang sesuai dengan kamu. Elakkan memilih saiz yang agak kecil atau besar  kerana selalunya kemeja santai mempunyai potongan yang agak labuh pada lengan atau bahagian bawah kemeja.

Kredit : Remaja

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post