8 Tip Penjimatan Minyak Petrol Kenderaan

Ramai yang merungut apabila harga minyak naik dengan mendadak. Pelbagai luahan rasa dapat kita dengar tentang isu ini, tetapi apa yang boleh kita lakukan? Jadi jom pelajari lapan tip penjimatan petrol secara efektif.


Petrol.. Harganya sentiasa naik dan melambung tinggi

1. Beli Petrol Ketika Suhu Tidak Panas
Waktu pagi dan malam adalah waktu yang ideal untuk kamu mengisi petrol kereta berbanding pada siang hari. Ppada suhu ini, isi padu petrol lebih padat kerana pam petrol hanya mengukur isi padu bahan bakar dan bukan ketumpatannya. Secara teknikalnya, kamu akan mendapat lebih banyak petrol berbanding pada waktu tengah hari.

2. Periksa Tekanan Tayar Kenderaan
Keadaan tayar yang kurang angin akan mengurangkan kecekapan bahan bakar sebanyak 2% untuk setiap PpSI di bawah tekanan sebenar. Keadaan ini juga menyebabkan jangka hayat kereta lebih pendek. Jadi pastikan kamu membeli alat pengukur tekanan udara tayar yang berkualiti dan simpanlah di dalam kereta kamu.



3. Memperlahankan Kenderaan dan Pandu Mengikut Had Laju
Kenderaan yang dipandu pada kelajuan 110km/jam akan menggunakan 20% lebihan petrol berbanding kelajuan 90 sehingga 100 km/jam. Oleh itu, pastikan kamu memandu mengikut had kelajuan yang ditetapkan.

4. Elakkan Penggunaan Pendingin udara Secara Kerap
Tahukah kamu pendingin udara mampu mengurangkan kapasiti petrol? pendingin hawa mengurangkan ekonomi bahan bakar sebanyak 10% sehingga 20%. Ggunakan sistem pengudaraan hawa sebagai gantinya.

5. Jangan Memandu dengan Cermin Terbuka 
Ketika berada pada kelajuan yang tinggi, jangan buka cermin kenderaan di lebuh raya kerana ia mengurangkan kecekapan bahan bakar sebanyak 10%. Lebih baik sekiranya kamu menggunakan sistem pengudaraan yang ada pada kenderaan kamu.




6. Jangan Membiarkan Enjin Hidup Terlalu Lama Tanpa Bergerak
Walaupun pada suhu yang sejuk, jangan membiarkan enjin kamu hidup terlalu lama tanpa gerakan kerana ia akan menyebabkan penggunaan lebihan petrol.

7. Elakkan Menggunakan Gear Rendah
Cuba kekalkan had laju kereta lebih daripada 35 km/jam. Langkah gear dari gear satu terus ke gear tiga atau empat ketika kereta menuruni bukit mahupun melalui jalan rata. Tukar gear secepat mungkin ketika menaiki bukit. Apabila memandu secara automatik, tingkatkan had laju kamu dengan segera. Jangan hanya menggunakan gear lima di lebuh raya sahaja.

8. Kurangkan Bebanan pada Kereta Anda
Buang segala aksesori barang yang tidak perlu pada kereta kamu kerana ia membuatkan kereta kamu kurang aerodinamik akibat bebanan serta mengurangkan tahap kecekapan
kenderaan.



Petrol sememangnya menjadi salah satu daripada bebanan ataupun tanggungjawab kepada kehidupan harian kita bagi mereka yang menggunakan kenderaan persendirian untuk ke suatu destinasi. Kerana harganya yang sering melambung dan naik dan naik di pasaran.

Di dalam bugjet, sememangnya perbelanjaan Petrol akan menjadi isu setiap kali memulakan perjalanan jauh... Jadi amalkan tips ini mungkin sedikit sebanyak akan memberi impak kepada bajet anda..

Kredit : Remaja

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post