10 Perkahwinan Paling Singkat Artis Hollywood, Tak Sampai 3 Hari!

Kahwin Cerai Kahwin Cerai, Itulah yang sering diperdengarkan dan sering dilabelkan bila kita sebut tentang perkahwinan glamour dunia artis sehinggakan ada merasakan yang penceraian mereka sebagai suatu perkara yang biasa.

Perkahwinan yang menelan belanja berjuta2 dolar boleh habis atau putus di tengah jalandengan begitu sahaja, tidak tahu dimana salah dan silapnya.. Jadi Jom Kita selongkar antara perkahwinan2 singkat selebriti Hollowood.

10. Renée Zellweger and Kenny Chesney
(121 days)
 


Selepas perkahwinan di kawasan pantai yang romantis di St John di Kepulauan Virgin, Aktres yang merupakan pemenang Anugerah Oscar dan penyanyi Country Kenny Chesney menfailkan penceraian mereka sejurus selepas lebih 100 hari berkahwin. Chesney telah memberitahu Oprah Winfrey tentang penceraiannya : 'Saya panik. Dia jiwa manis, tidak ragu-ragu tentang itu, tetapi saya tidak bersedia. '

9. Nicholas Cage and Lisa Marie Presley
(121 days)
 


Cage dan Presley memfailkan perceraiannya selepas 121 hari bersama sebagai sepasang suami dan isteri, perbezaan yang tidak boleh diserasikan, kurang daripada empat bulan selepas mereka berkahwin pada tahun 2002 di Hawaii. 'Saya sedih tentang perkara ini, Ia adalah satu kesilapan besar, "kata Presley dalam satu kenyataannya pada media. 

8. Kim Kardashian and Kris Humphries
(72 Hari)



Berita Penceraian Kim sangat menggemparkan dunia apabila Kim Kardashian bercakap dia telah menceraikan Kris Humphries, walaupun pada dasarnya dia berharap perkahwinan itu akan kekal selama-lamanya '

Selepas 72 hari dari tarikh perkahwinannya Bintang Realiti yang berusia 31 tahun itu berkata ia bukan keputusan yang mudah selepas memfailkan perceraian dengan bintang NBA Kris, 26, atas alasan 'Perbezaan pendapat'.

Dalam satu kenyataan kepada E! - Yang menayangkan rancangan TV beliau - Kim berkata:'Selepas menimbangkan dengan berhati-hati, saya telah mengambil keputusan untuk menamatkan perkahwinan saya. Saya harap semua orang faham ini bukan keputusan yang mudah. 

7. Pamela Anderson and Rick Salomon
(70 Hari)
 


Bintang Baywatch berkahwin dengan penerbit filem Rick Salomon pada Oktober 2007, dalam dua setengah jam rehat di antara pertunjukan silap mata Anderson dalam Sin City sebelum Anderson memfailkan tuntutan cerai, dengan berkata, Tiada persefamanan diantara mereka.

6. Drew Barrymore & Jeremy Thomas

(19 Hari)



Drew Barrymore baru berusia 19 tahun apabila dia berkahwin dengan pemilik bar Jeremy Thomas pada tahun 1994 selepas berdating untuk hanya enam minggu. 'Kami cuba untuk memahami (persediaan hidup bersama) kini, "katanya kepada Media, selepas upacara perkawinan. 'Biasanya orang hidup bersama terlebih dahulu dan kemudian baru berkahwin. Saya rasa kami lakukan cara yang lama. ' Pasangan itu bercerai selepas 19 hari perkahwinan mereka.

5. Ali Landry and Mario Lopez
(14 Hari)


Hos rancangan Mario Lopez dengan pasangannya seorang model dan pelakon bernama Ali Landry ini telah saling mengenali selama lebih enam tahun sebelum mendirikan rumahtangga pada bulan April 2004. Pasangan itu berpisah 2 minggu kemudian di tengah-tengah khabar angin mengenai Lopez. Lopez memberitahu Howard Stern: 'Itu adalah situasi di mana saya tidak matang dan cukup kelakian.


4. Dennis Rodman and Carmen Electra
(9 Hari)



Pemain bola keranjang NBA dan pelakon Siri Popular Baywatch ini dikahwinkan di Las Vegas pada bulan November 1998. Perkahwinan yang terbina itu tidak kekal lama dimana sembilan hari kemudiannya, Rodman memfailkan perceraian, mendakwa beliau ' 'unsound mind' apabila pasangan itu cuba berkahwin.

3. Dennis Hopper and Michelle Phillips

(9 Hari)
 


Pelakon Dennis Hopper telah berkahwin dengan penyanyi Mamas dan Papas Michelle Phillips pada tahun 1970. Tetapi perkahwinan mereka hanya berlangsung selama lapan hari. Rupa-rupanya, Hopper bangun dengan kaku pada pagi selepas perkahwinan mereka dan merasakan yang dia tidak mengenali pengantin baru itu.

2. Nicolas Cage and Erika Koike
(4 Hari)

Cage mengahwini Koike pada 23 Mac 2019. Pada 27 Mac, pelakon itu mengajukan permohonan pembatalan - atau perceraian.



1. Britney Spears and Jason Alexander
(55 Jam)


55 jam sahaja masa yang diambil Britney Spears untuk berkahwin di Las Vegas pada tahun 2004 dengan rakan masa kecilnya Jason Alexander, selepas mereka tergerak hati untuk berkahwin."Kami hanya melihat satu sama lain dan berkata," Mari buat sesuatu yang liar, gila. Marilah kita berkahwin, hanya untuk suka suka, Kata Alexander kepada media mengenai upacara perkawinan mereka.


Sekian.

5 Comments

Apa Kata Anda?

  1. Britney Spears and Jason Alexander memang gila!

    ReplyDelete
  2. hahaha..
    55 jam???
    gila ka apa??

    ReplyDelete
  3. jgn pulak jadi ikotan artis2 kt Malaysia ni...

    ReplyDelete
  4. 55 jam pun ada..alahai dunia

    ReplyDelete
  5. Apala Kim Kardashian.. Memang Kardigan betul... Buat penat jer kahwin...

    ReplyDelete
Previous Post Next Post