7 Perbandingan Dua Benda Yang Buat Kita Tersedar

Kisah yang diambil sekadar renungan melalui perbandingan dua perkara.. Jom selongkar antara perkara2 yang berbangkit..!!!


Indah... Alam Semesta terbentas luas

1. Berharga & Tidak Bernilai
Lucu ya... duit RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tapi begitu kecil bila dibawa ke StarHill, MegaMall dan seangkatan dengannya...

2. Masa Itu Emas 
Lucu ya.. 30 minit terasa begitu lama untuk berzikir, tetapi begitu pendek untuk menonton drama2 di televisyen...

3. Jam & Waktu
Lucu ya... betapa lamanya 2 jam berada di masjid, tetapi betapa cepatnya 2 jam ketika menonton wayang di panggung..

4. Bertawakal & Bersenggang
Lucu ya...susah sungguh merangkai kata untuk dipanjatkan doa ketika solat, tapi betapa mudahnya cari bahan bersembang bila bertemu kawan-kawan.

5. Teriakan & Kebosanan 
Lucu ya... betapa seruan dan teriakan yang berpanjangan waktu perlawanan bola sepak, tapi betapa bosannya bila imam solat terawikh bulan Ramadhan lama dan panjang.

6. Kepayahan & Kegigihan
Lucu ya...susah sangat baca al-Quran 1 juzuk saja, tapi majalah hiburan dan novel best seller 100 halaman pun habis ditelaah.

7. Berebut & Bergegas
Lucu ya...orang berebut depan untuk menonton bola dan konsert, tapi berebut saf paling belakang bila solat Jumaat supaya boleh cepat keluar.. :)

Selamat Malam Sahabatku
♥ Assalamualaikum !

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post