7 Tip Menjaga Hubungan Baik dengan Ibu

kasih ibu membawa ke syurga itulah ungkapan yang sering kita dengar... sememangnya kasih sayang dari ibu bapa itu adalah sesuatu yang tidak ternilai dan sukar dicari ganti...  Dalam pada itu , jom kita selongkar tip bagi menjaga nilai kasing sayang dalam hubungan baik dengan ibu...

Kasih sayang Ibu... 

1. Dengar Nasihat
Kamu hendaklah mendengar setiap nasihat yang diberikan. Jangan pernah kamu melawan kata-katanya,  dikhuatiri ibu  kamu akan terasa hati dan bersedih.

2. Sebagai Rujukan
Kamu kena ingat! Sentiasalah merujuk kepada ibu kamu terlebih dahulu jika kamu ingin melakukan sesuatu  perkara. Biar ibu kamu tahu yang kamu sangat memerlukan dia!



3. Jaga Hati
Jangan sesekali kamu melukakan hati ibu kamu dengan perkara yang tidak disukainya. Lebih baik kamu  elakkannya.



4. Hormat Menghormati
Hormati ibu kamu sebagaimana kamu menghormati orang di   sekeliling kamu. Jika kamu menghormati dia,  asti setiap apa yang kamu lakukan akan direstui olehnya.

5. Sayang Menyayangi
Sayangi ibu kamu dan tunjukkan kepadanya yang kamu sangat menyayangi dirinya dan tidak mahu  kehilangannya.

6. Hadiahkan Sesuatu
Hadiahkan ibu kamu dengan hadiah yang menyenangkan hatinya. Mungkin kamu akan menjadi anak  kebanggaannya.

7. Membawa Jalan
Sebagai anak, tidak ada salahnya jika kamu membawa ibu kamu berjalan-jalan sambil makan angin.  Mungkin sudah lama ibu kamu tidak merasai semua itu.

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post