Skycraper

Friday, 10 February 2012

10 Petanda-Petanda Terkena Santau, Sihir & Saka..!!!

Santau
Santau atau juga dikenali sebagai tuju-tuju, merujuk kepada sejenis ilmu hitam yang digunakan untuk meracun musuh. Secara umum, santau dilakukan dengan 2 cara iaitu cara fizikal dan cara santau angin.


Santau

Petanda Terkena Santau
1) Batuk masih berpanjangan walaupun sudah makan ubat klinik.
2) Muntah Darah.
3) Kerap bermimpi bahan-bahan berbisa.
4) Kerap bermimpi berada ditempat kotor.
5) Sakit sendi-sendi badan.
6) Kelesuan.
7) Kuku berwarna kehitaman.


Sihir
Dalam masyarakat melayu memang terkenal mengenai Ilmu Sihir. Ilmu Sihir ini selalu dikaitkan dengan Bomoh dan Dukun. Ia sering dirujuk dalam masyarakat kita sebagai perbuatan orang atau kemasukan syaitan.

Bahan yang sering digunakan oleh tukang sihir di kalangan masyarakat Melayu bergantung kepada keperluan tukang sihir itu sendiri. Lazimnya air sihir, keris, darah, telur, jarum dan patung merupakan bahan yang popular digunakan di kalangan bomoh atau tukang sihir Melayu.



Petanda Terkena Sihir
1) Kerap bermimpi bintang berbisa seperti ular.
2) Kerap bermimpi jatuh dari tempat tinggi lalu terjaga.
3) Kerap mengigau.
4) Kerap sakit tulang belakang tanpa sebab klinikal.
5) Kerap sakit pinggang selepas asar tanpa sebab klinikal.
6) Kerap sakit dada selepas asar tanpa sebab klinikal.
7) Sering rasa berdebar-debar.
8) Terdengar satu bisikan menyuruh melakukan perkara buruk.
9) Sering bergaduh suami isteri walau hanya perkara remeh temeh.
10) Tiada keinginan melakukan hubungan kelamin antara suami isteri walhal baru berkahwin.
11) Zakar suami tiba-tiba layu ketika ingin berjimak.
12) Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
13) Kerap ditindih ketika tidur.
14) Kerap bermimpi melakukan hubungan seks.
15) Banyak halangan dalam hal jodoh.
16) Kerap mendengar seperti bunyi guli jatuh diatas syiling.
17) Kerap mendengar seperti ada orang menarik perabot diatas rumah.
18) Mudah panas baran.
19) Terlalu sensitif.
20) Nafsu songsang.
21) Badan kelesuan.
22) Darah haid turun lebih 15 hari.
23) Berbulan-bulan tidak datang haid.
24) Mandul.
25) Ketumbuhan ganjil pada badan.
26) Ada kesan lebam-lebam pada badan ketika bangun tidur.
27) Kerap melihat kelibat makhluk halus/lembaga dirumah.
28) Gigi berlaga ketika tidur.

Saka
Ringkasnya ‘saka’ adalah jin atau jin-jin yang diwarisi daripada seorang manusia kepada seorang manusia lain sama ada secara disedari atau tidak, biasanya melibatkan keturunan.

Sebenarnya, apa saja jin/ jin-jin yang diwarisi adalah saka tidak kira jin keturunan, segala hantu-hantu seperti hantu raya, jin silat, jin tariqat, jin perubatan/ perbomohan, jin nenek moyang dan sebagainya.

Saka yg disedari - biasanya keturunan itu akan memelihara adat-adat tertentu seperti membuat kenduri pada masa-masa tertentu, melakukan upacara-upacara tertentu pada masa-masa tertentu, menyimpan barang pusaka khas (seperti kain berwarna, alat perhiasan, barang kemas, senjata dsb), yakin diri dan keluarga mereka masih dalam penjagaan nenek moyang (walaupun nenek moyang itu tinggal jauh ataupun telah meninggal dunia), ada mentera tertentu ataupun lain-lain.

Saka yg tak disedari - tiba-tiba ada anggota keluarga yang terkena penyakit teruk, atau penyakit ganjil, atau mimpi yg menakutkan… kemudian dibawa berubat, kemudian diberitahu oleh perawat bahawa itu semua akibat saka/ nenek moyang/ jin keturunan.

Petanda Terkena Saka 
1) Kerap bermimpi menyusukan bayi.
2) Kerap bermimpi dikelilingi kanak-kanak.
3) Kerap bermimpi ada seseorang ingin memberi sesuatu didalam mimpi.
4) Boleh mengubat belajar melalui mimpi.
5) Boleh mengurut belajar melalui mimpi.
6) Boleh menelek sejarah/sifat seseorang.
7) Sering sakit lutut tanpa sebab klinikal.
8) Nyanyuk ketika usia tua.
9) Panas baran.
10) Kerap bermimpi rumah lama/rumah pusaka.
11) Kerap bermimpi ahli keluarga yang telah lama meninggal dunia.
12) Sakit anggota badan/pengsan bila menziarahi orang yang meninggal dunia.
13) Banyak penyakit genetik/ketumbuhan ganjil pada badan.
14) Mendakwa boleh melihat jin/makhluk halus.


Firman ALLAH SWT : "Dan kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (Al-Quran itu) hanya akan menambah kerugian" AL-ISRA 82
Selongkar Misteri

1 comment:

sahara aban said...

Dahulunya saya pun tergolong salam kalangan orang yang tidak percayakan tahyul. Satu masa dahulu kakak sakit. saya anggap cerita seperti ilmu hitam, guna-guna, santau, busung angin sebagai perkara2 tergolong perkara dongengan. Tetapi akhirnya saya berubah fikiran dan mempercayai perkara-perkara tersebut sebagai realiti kejadian alam setelah memperoleh pengalaman mengubati kakak yang sakit hampir setahun. Sakit kakak tidak diketahui puncanya. Pakar perubatan memberi berbagai-bagai nama penyakit tetapi segala ubat dan rawatan tidak berkesan langsung pada kakak.Wajahnya makin pucat dari hari ke hari, cengkung, kurus melidi dari asalnya berisi. Puas sudah hantar kakak keluar masuk hospital dan klinik kerajaan, swasta tidak ada perubahan akhirnya kami berikhtiar dengan perubatan alternatif iaitu perubatan traditional. Pelbagai ritual dan kerenah bomoh dan dukun kami temui sehinggalah menemui seorang ustaz di kampung belahan tampok, rengit, batu pahat, johor. seram untuk diceritakan pengalaman tu tetapi alhamdulilah akhirnya sekarang kakak pulih seperti sediakala. melalui seorang rakan facebook kami menemui ustaz yang bernama adi wijaya, bertugas di sekolah agama dalam daerah pontian. Perubatannya ikhlas, beliau tidak meminta sebarang bayaran tetapi beliau tidak mengaku bomoh atau dukun. membantu sesama umat adalah tanggungjawab, itulah perinsip beliau yang saya tahu. Seram dan mendebarkan, itulah perasaan saya bila beliau mengubati kakak selepas jam 12 malam, satu malam yang diberitahu olehnya sebagai malam jumaat keliwon menurut kiraan takwim jawa. Sahaja saya paparkan disini sebagai tanda syukur kakak saya selamat dan membantu para pembaca laman web supaya tidak tertipu dengan pelbagai bomoh hari ini yang sebahagiannya hanya mementingkan material semata. sempat saya rakam beberapa foto aksi perubatan beliau dan paparkan dalam : http://my.opera.com/saharaaban/albums/ atau
http://my.opera.com/saharaaban/albums/show.dml?id=14706102

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ad

Share This