10 Bakal Pemain Terbaik Bola Sepak UEFA EURO 2012

Jika empat tahun lalu, anugerah untuk pemain terbaik dinobatkan kepada Xavi dari pasukan Sepanyol, siapakah yang bakal menyandang anugerah yang sama bagi tahun ini?  Jom kita Selongkar 10 pemain yang

berpotensi untuk menyinar dalam UEFA EURO tahun ini.

10. Nani 
Age: 24.
Full name: Luís Carlos Almeida da Cunha.

Luis Carlos Almeida da Cunha dilahirkan pada 17 November 1986. Lebih dikenali  sebagai Nani. Merupakan pemain bola sepak untuk pasukan Portugal dan Manchester  United. Dilahirkan di Cape Verde tetapi dibesarkan di Portugal menjadikannya lebih terarah pada kehidupan di Portugal. Nani memulakan langkah dalam sukan bola sepak dengan menyertai kelab tempatan, Real Massama. Pada usia 6 tahun, dia mula menjalani latihan dengan kelab Sporting Clube de Portugal dan S.L. Benfica.Namanya sering disebut oleh peminat sukan bola sepak dunia.

9. Robin van Persie
Robin van Persie merupakan seorang pemain bola sepak berbangsa Belanda, dilahirkan  pada 6 Ogos 1983. Dia merupakan seorang penyerang untuk kelab bola sepak Arsenal dan juga pemain untuk pasukan bola sepak  kebangsaan, Belanda. Van Persie salah seorang produk dari Feyenoord. Dia menyertai Arsenal pada  tahun 2004 dan dipilih sebagai kapten kelab terkemuka tersebut pada 16 Ogos 2011. Cara
permainan dan kebolehannya di atas padang  menjadi bualan peminat bola sepak dunia dan dibandingkan dengan legenda bola sepak Belanda, Marco van Basten.


8. Karim Benzema

Karim Benzema dilahirkan pada 19 Disember 1987 dan merupakan seorang pemain bola  sepak berbangsa Perancis yang bermain di bawah kelab Real Madrid. Amat menonjol sebagai seorang penyerang hebat, serta
terkenal dengan kebolehan teknikal, cara permainan yang tangkas dan bijak, serta jaringan hebat.
Pada 1996, jejaka yang dilahirkan di Lyon ini telah menyertai sebuah kelab bola sepak terbesar di negaranya iaitu Olympique Lyonnais dan telah mengembangkan bakatnya melalui akademi belia di bawah
naungan kelab tersebut. 

7. Andrés Iniesta Luján
Andrés Iniesta Luján dilahirkan pada 11 May1984 dan kini merupakan seorang pemain  tengah bagi pasukan kelab Barcelona dan Sepanyol. Muncul melalui akademi belia Barcelona, La Masia. Debut pertamanya, ketika berusia 18 tahun, pada tahun 2002. Menjadi pemain bola sepak sepenuh masa pada musim 2004 hingga 2005 dan bermula dari situ dia melangkah lebih jauh. Iniesta pernah bermain untuk pasukan Sepanyol kategori bawah 16 tahun, 19 tahun dan 21 tahun sebelum membuat penampilan sulung pada perlawanan Piala Dunia 2006.

6. David Josué Jiménez Silva

David Josué Jiménez Silva dilahirkan pada 8 Januari 1986 merupakan seorang pemain untuk kelab terkemuka Manchester City dan Sepanyol. Sejak berusia 20 tahun lagi, dia  telah membuat 15 penampilan dan pernah muncul di pentas EURO 2008 dan Piala Dunia 2010. 

Silva menghabiskan enam tahun dalam karier profesionalnya bersama pasukan Valencia CF serta muncul dalam lebih daripada 150 perlawanan dan memenangi satu Copa del Rey sebelum berpindah ke Manchester City pada 2010. Dia dipanggil nama timangan ‘Merlin’. 

5. Cristiano Ronaldo
Cristiano Ronaldo seorang bintang yang dilahirkan pada 5 Februari 1985 dengan nama penuhnya Cristiano Ronaldo do Santos Aveiro dan berbangsa Portugis. Dia kini merupakan seorang penyerang untuk kelab Real Madrid, juga kapten untuk pasukan negaranya, Portugal. 

Menjadi pemain termahal dalam sejarah bola sepak dunia yang mendapat bayaran  tertinggi ketika perpindahannya dari kelab Manchester United ke Real Madrid dengan nilai £80 juta. Kontraknya dengan Real Madrid pula €12 juta setahun.

4. Wesley Sneider

Bintang berbangsa Belanda ini dilahirkan pada 9 Jun 1984. Pernah menerima jolokan sebagai pemain tengah terbaik di UEFA dan turut dinobatkan oleh FIFA sebagai salah seorang daripada tiga pemain tengah terbaikdi dunia pada tahun 2010. Merupakan salah satu produk daripada Ajax Axademy dan pernah  bermain untuk pasukan AFC Dia turut dianugerahkan dengan Anugerah Johan Cruijff, satu anugerah yang diberikan kepada pemain muda di  Netherlands. 

Sneijder bukanlah seorang yang tinggi tetapi itulah yang menjadi kelebihan buat dirinya untuk beraksi dengan lebih lincah di atas padang.

3.Wayne Rooney

Tidak perlu diperkenalkan lagi. Nama Rooney sememangnya antara yang menjadi sebutan pada setiap perlawanan bola sepak yang melibatkan kelab Manchester United. Pemain yang dilahirkan pada 24 Oktober 1985 ini  pernah menjadi buah mulut peminat bola sepak pada Piala Dunia 2006 dan 2010.

Selain dari itu, dia juga pernah  dinobatkan sebagai ‘England’s Player of the Year’ sebanyak dua kali pada tahun 2008 dan 2009. Sehingga September 2011, pelbagai kemenangan telah menjadi miliknya termasuklah penampilan sebanyak  73 kali mewakili negaranya di peringkat antarabangsa serta menjaringkan 28 gol.

2. Mario Gotze

Mario Götze dilahirkan pada 3 Jun 1992 dan seorang pemain bola sepak Jerman di posisi  penyerang tengah bagi pasukan Borussia Dortmund. Götze dikatakan antara pemain  muda yang mempunyai potensi dan bakal menjadi pemain terkemuka dunia. Ini terbukti dengan pencapaiannya dari segi ketangkasan di padang, skil teknikal,  kebolehan menyusun dan memahami strategi dan kreatif.

Pengarah Teknikal Persatuan Bola Sepak Jerman, Matthias  Sammer pernah mengeluarkan kenyataan bahawa Götze adalah salah seorang bintang terbaik yang pernah mereka miliki.

1. Jack Andrew Garry Wilshere

Jack Andrew Garry Wilshere dilahirkan pada 1 Januari 1992 merupakan pemain  tengah untuk kelab bola sepak Arsenal dan pemain kebangsaan England. Bakat Wilshere dicungkil melalui akademi belia Arsenal dan perlawanan pertamanya adalah ketika berusia 16 tahun pada tahun 2008. Kariernya berkembang dengan amat pantas dan pernah mendapat beberapa jolokan seperti ‘PFA Young Player of the Year’, ‘PFA Team of the Year’, dan ‘Arsenal’s Player of the Season’ yang diundi oleh para peminat berdasarkan pencapaiannya.


Kredit : Maskulin 

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post