12 Peserta Finalis Pencarian Remaja Berbakat Media Hiburan (PPMH2012)

Bagi yang ada bakat terpendam dalam bidang nyanyian, apa kata beranikan diri untuk tampil dan bersaing dalam Pencarian Remaja Berbakat Media Hiburan Edisi Youtube 2012!


Yuna, Najwa Latif, Zee Avi, Greyson Chance antara nama-nama yang dicungkil bakatnya melalui laman web Youtube.Justeru, jika anda bercita-cita untuk mengikuti jejak langkah mereka, tunggu apa lagi? Sertai sekarang!

Berikut adalah tiga langkah mudah yang perlu diikuti; 
  1. Rakam klip video nyanyian anda. Genre lagu terpulang pada pilihan masing-masing.
  2. BONUS! Paparkan juga majalah MEDIA HIBURAN mengikut cara yang paling kreatif menerusi klip video tersebut. (Penyertaan yang memperolehi ‘Like’ terbanyak akan menerima hadiah istimewa daripada MH) 
  3. Muatnaik klip video anda ke Youtube dengan menaip (BAKAT MEDIA HIBURAN 2012, nama anda dan diikuti dengan tajuk lagu)

Siapa tahu anda akan bergelar bintang bersama kami! Hadiah eksklusif akan diberikan kepada Juara, Naib Juara, Tempat Ketiga dan Klip Video Favourite.

Setelah proses saringan, separuh akhir yang berlangsung di Studio F Komplek Media Karangraf..Setelah dikenalpasti dan senaraipendekkan, 12 calon Remaja Berbakat Edisi Youtube telahpun dikenalpasti.. Jadi jom kita selongkar antara bakat yang menyerlah dalam edisi pencarian kalini...


12 Bakat Nyanyian Dicungkil dalam Pencarian Remaja Berbakat Media Hiburan...!!!


 
  Nor Adilla 
Nor Adilla Omran yang berusia 17 tahun ini... Lagu apa yang akan dinyanyikan di pentas akhir kelak? Nantikan!\

Teruskan Selongkar....


 
  Nabila Nasrudin
Seorang lagi peserta berusia 17 tahun, Nabilah Nasrudin dari Shah Alam telah banyak mengumpul pengalaman dalam pelbagai pertandingan

 
  Aisar Zainal
Aisar Zainal Abidin. Seorang lagi peserta yang bakal mempertaruhkan lagu ciptaannya sendiri! 

 
 Azwan Juperi
Seorang lagi peserta berbakat besar. Bakal menyanyikan lagu sendiri, persembahan Azwan Juperi tentunya dinanti-nantikan. 


 
  Effandy Ismail
Effandy Ismail dari Klang 

 
  Hafiz
berasal dari Kelantan dan kini menyambung pelajaran di Pulau Pinang. Khabarnya Hafiz akan membawakan lagu ciptaannya sendiri. 

 
 Hairie Rosshamsuri
Hairie Rosshamsuri layak ke akhir dengan menyanyikan lagu 'Mengapa' nyanyian Nicky Astria. 

 
 Syed Muhammad Hazman
Syed Muhammad Hazman akan membawakan sebuah lagu istimewa di pentas akhir nanti! 

 
 Ahmad Khairul
Ahmad Khairul Anuar berasal dari Perak. Bakal membawakan lagu Mawi, nantikan persembahan yang tentunya begitu istimewa sekali! 

 
  Mazliana
Berasal dari Johor. Bakal membawakan sebuah lagu daripada penyanyi seberang. Nantikan persembahan Mazliana 


 
  Snapshot
anak muda yang menggelar diri mereka sebagai Snapshot. Snapshot akan membawakan lagu dendangan Adele & ciptaan sendiri. 

 
Nabila Sarah
Last but not least,peserta terakhir yang akan ke peringkat akhir Bakat Media Hiburan adalah Nabila Sarah. Jumpa anda 17 Jun ini, Kompleks Kraf Kuala Lumpur, 8 malam. Masuk percuma! 


Siapakah yang bakal dinobatkan sebagai Bintang Remaja Berbakat Media Hiburan yang Pertama... ?? sama-sama kita nantikan..!!

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post