11 Adegan Di Sebalik Tabir Pentas Anugerah Blockbuster 2013

11 KEJADIAN MENARIK MENGENAI ANUGERAH BLOCKBUSTER 2 (2013) | Anugerah Blockbuster 2 (2013) sudahpun melabuhkan tirainya.

Diharapkan segala keputusan yang telah diumumkan memuaskan hati semua pihak. Jom kita baca beberapa perkara menarik sepanjang malam anugerah berkenaan.

1. Kehilangan Zizan
Kehilangan Zizan sewaktu namanya diumumkan pemenang Anugerah Hero Terhebat ada sebabnya. Bintang ‘Hantu Kapcai’ ini sibuk membuat persediaan untuk persembahannya bersama Kaka di belakang pentas.

2. Artis Miming?
Boleh dikatakan Anugerah Blockbuster 2 ini memang meriah. Persembahan yang ditampilkan juga mantap-mantap belaka. Cuma ada juga terdengar suara-suara sumbang mendakwa ada artis yang ‘miming’!

3. Tema Hipster
Tema ‘Hispter’ yang cuba diangkat nampaknya seakan tidak kesampaian. Kebanyakan tetamu yang hadir hanya mengenakan kemeja kasual biasa tanpa padanan aksesori yang menonjolkan sisi vintage dan kontemporari. GUA paling berkenan dengan gaun yang dipakai Hanis Zalikha, rekaan MimpiKita cukup menarik.

4. Letupan Kuat
Penonton di stadium hampir gugur jantung dibuatnya gara-gara bunyi letupan mega yang cukup kuat. Mujur kami semua sudah pun diberi amaran awal-awal akan kewujudan ‘bom’ ini!

5. Kemunculan Bobo & SHAe

Kemunculan Bobo dan Shae sememangnya dinantikan. Namun begitu, lagak Bobo di atas pentas Anugerah Blockbuster 2 seakan dibuat-buat dan tidak seperti di dalam video asalnya. Malah, ada juga berkata penampilan Bobo tidak bersesuaian.

6. Reunion AF
Bagaikan reunion Akademi Fantasia, kebanyakan barisan artis yang membuat persembahan adalah bekas peserta rancangan hangat itu. Daripada Stacy hinggalah Adam, mahupun Aizat kepada Isma. Mereka membuktikan Akademi Fantasia berjaya melahirkan penghibur berbakat!

7. Tasha Shilla
Kemunculan Tasha Shilla yang tampil sebagai pengacara di karpet Anugerah Blokbuster 2 adalah satu percubaan pertama yang agak baik. Setiap butir perkataan dituturkan dengan lancar, namun begitu Tasha kelihatan terjerit-jerit di awal acara. Mungkin sebab teruja?

8. Stacy - Bosan
Persembahan Stacy yang menyampaikan lagu ‘Bosan’ secara langsung dan tampil dengan tarian yang begitu bertenaga melayakkan dirinya untuk merangkul Anugerah Astro Gempak WeChat yang membawa pulang trofi dan wang tunai RM10,000.

9. Umplugged Hyper Act
Acara Karpet Blokbuster dan Letusan Blokbuster dihiasi dengan persembahan nyanyian bertenaga secara ‘unplugged’ oleh kumpulan Hyper Act yang membawakan lagu-lagu popular mereka seperti Harapan, Ku Tiba Lagi dan lagu terbaru mereka yang semakin popular menerusi drama bersiri ‘Teduhan Kasih’, Hanya Aku.

10. Direktor Terhebat
Kategori Anugerah Tuan Direktor Terhebat menyaksikan buat julung kalinya pertembungan antara dua adik beradik, Shamsul Yusof dan Syafiq Yusof. Namun begitu, selepas majlis anugerah, kelibat Shamsul tidak kelihatan. Mungkin Shamsul bergegas pulang sebaik sahaja anugerah tamat.

11. Kissing Izzue Islam
Izzue Islam mencium dahi isterinya sebaik sahaja dia diumumkan sebagai pemenang Anugerah Hero Baru Terhebat. Izzue membuktikan statusnya berkahwin bukan penghalang untuk peminat memilihnya. Malah, di acara karpet Anugerah Blokbuster 2, Izzue antara selebriti yang paling disorak oleh peminat.

Bagaimanapun Anugerah Blockbuster 2 (2013) telah berlangsung dengan lancarnya. Keputusan yang diumumkan juga ternyata adil dan artis/pemenang berkenaan sememangnya layak untuk menang. Tahniah pada mereka yang telah menjayakan Anugerah Blockbuster 2 (2013). Sudah tentu Anugerah Blockbuster 2 (2013) bakal menjadi salah sebuah anugerah paling berprestij tidak lama lagi.

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post