5 Selebriti Hollywood Dahulunya Bertubuh Biasa Kini Berotot


Sejak dulu lagi dunia bina badan menjadi minat ramai orang khususnya lelaki. Mengaku sajalah jika anda salah seorang yang pernah menampal poster-poster selebriti berbadan sasa di bilik dengan hasrat ingin menjadi seperti mereka. Namun tahukah anda kebanyakan selebriti yang anda lihat hari ini asalnya bertubuh biasa? Pelakon Hollywood berikut antara pelakon bertubuh biasa yang berjaya mendapatkan tubuh badan berotot. Ketahui bagaimana mereka mencapainya dan mungkin boleh dijadikan sumber inspirasi anda.

1. Gerard Butler

Menerusi filem “300”, beliau yang berketinggian 6 kaki dan 2 inci ini perlu menampakkan diri sebagai seorang pahlawan Sparta bernama Raja Leonidas dengan mengenakan Speedo dan sarung kepala mirip seperti di dalam komik. Latihan tanpa henti seperti pull up, dead lift, push up dan clean-and-jerk ini telah berjaya membentuk tubuh badan Gerard lebih berotot dan besar.

2. Will Smith

Latihan berat intensif selama enam jam sehari membuatkan Will berjaya mempunyai susuk tubuh badan yang menarik seperti bekas juara dunia, Muhammad Ali. Sesuai dengan wataknya menerusi filem “Ali”, kesungguhan Will mendapat pujian malah menerima pencalonan Oscar.

3. Christian Bale

Bermula dengan watak filem “Batman Begins”, beliau mengambil masa selama setahun untuk mendapatkan kembali tubuh badan yang sasa. Untuk tidak membuang masa, beliau mula mengambil makanan tinggi protein di samping latihan yang berat dan berjaya menaikkan berat badan asal iaitu 84kg. Sebelum tawaran “Batman Begins”, berat beliau hanya 28kg untuk menjayakan watak “The Machinist!’

4. Jason Statham

Pelakon British ini tidak pernah terlintas mahu menjadi pelakon aksi. Dek kerana sering diberi watak samseng, bekas penyelam kejohanan ini tampil menerusi filem “The Transporter”. Beliau banyak menghabiskan masa di gim, berlatih seni pertahankan diri dan motivasi diri untuk mengekalkan tubuh badan yang sasa ini.

5. Edward Norton

Meskipun beliau bukanlah tergolong dalam selebriti yang mempunyai badan penuh otot, namun beliau berjaya menjadikan wataknya menerusi filem “American History X” sebagai seorang yang gagah. Pengambilan makanan tinggi protein berserta senaman teratur seperti squats dan presses membolehkan badan gempalnya bertukar kepada kurus kelihatan seperti samseng kelab!

Jika anda mahu mempunyai bentuk badan yang sasa, tegap dan berotot, jangan simpan saja keinginan anda. Berbekalkan disiplin yang kuat dan teratur, anda juga boleh mempunyai tubuh yang gagah.

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post