Skycraper

Wednesday, 5 June 2013

6 Kes Murtad Yang Terkenal Di Malaysia..!!!

Isu murtad sememangnya antara isu yang sentitif.. Terdapat banyak kes murtad yang dilaporkan sekarang, tetapi cuma sebahagian sahaja yang dapat pendedahan meluas media...  Jadi jom kita selongkar antara kes-kes murtad yang mendapat perhatian di Malaysia...

1. Lina Joy
  1. Nama asal: Azlina Jailani, pernah memohon pada tahun 1997 untuk ditukar kepada Azlina Lelani tetapi ditolak sebab          beralasan telah tukar agama Kristian.
  2. Permohonan kedua untuk tukar kepada Lina Joy pada 1999 tanpa menyatakan sebab pertukaran kepada agama Kristian telah diluluskan, dengan Kad Pengenalan Baru tertera perkataan Agama Islam.
  3. Ayah bernama Jailani bin Shariff dan ibu bernama Kalthum binti Omar, keduanya beragama Islam dan mengamalkan hidup sebagai Muslim.
  4. Berwajah typical Malay, berbangsa Melayu keturunan Jawa, berumur 42 tahun.
  5. Mengisytiharkan tidak pernah mempraktikkan Islam sejak lahir, beragama Kristian sepenuhnya sejak tahun 1990, mempunyai sijil Baptis yang dikeluarkan pada 11-May-1998, dan pada tahun 2000 menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan seorang India Kristian, dan meminta untuk didaftarkan perkahwinan tersebut untuk mengesahkan perkahwinan beliau.
  6. Telah beberapa kali dipanggil dan dinasihatkan oleh Majlis Agama berkenaan kemurtadan beliau, tetapi beliau mempertahankan yang pilihan keluar dari Islam adalah kehendak sendiri dan telah dimaklumkan pada kedua ibu bapa.
  7. Bekerja di ProQuest di Taipan, Subang Jaya.menetap di Taman Dato’ Tan Yeiw Lai, Kuala Lumpur.


FAKTA KES
1.  Selepas berkahwin dengan seorang Kristian, beliau memohon untuk pendaftaran perkahwinan, tetapi tidak dibenarkansebab di dalam Kad Pengenalan masih tertulis beragama Islam walaupun beliau berjaya menukar nama dalam Kad Pengenalan kepada Lina Joy.
2.   Berusaha untuk menghilangkan perkataan agama Islam tersebut dengan permohonan kepada Jabatan Pendaftaran Negara(JPN) pada tahun 2000.
3.     Permohonan tidak dibenarkan oleh JPN disebabkan tidak ada kebenaran dari Mahkamah Syariah yang membenarkan memperakui beliau keluar Islam.
4.      Mahkamah Syariah mengguna pakai undang-undang Islam yang tidak membenarkan (MENGHARAMKAN) seseorang Muslim keluar dari Islam (Murtad), dan Sijil Tukar Agama (Murtad) seperti yang dikehendaki oleh JPN tidak dapat dikeluarkan.
5.       Permohonan bermula di Mahkamah Tinggi tahun 2000, seterusnya ke Mahkamah Rayuan pada 19-Septemebr-2005, dan keduanya mengiktiraf bahawa kes adalah dalam kuasa Mahkamah Syariah untuk membenarkan beliau keluar dari Islam dan membolehkan dibuang perkataan Islam di dalam Kad Pengenalan.Setelah semuanya tidak berjaya, peguambela, Dato’ Dr Cyrus Das, juga bekas Presiden Majlis Peguam, berjaya  
1.       mendapat kebenaran untuk kes dibawa kepada Mahkamah Persekutuan.


2.     Kes didengar oleh 3 Hakim (2 Muslim & 1 non-Muslim ~ Ketua Hakim Tun Fairuz, Dato’ Alauddin, & Dato’ Richard) pada dasarnya berpendirian yang sama menyokong tindakan Mahkamah Rayuan, HINGGALAH Majlis Peguam yang di ketuai oleh Peguam Malik Imtiaz Sarwar dan beberapa yang lain, yang hanya menjadi barisan peguam pemerhati beserta banyak lagi NGO yang menyokong Lina Joy meminta untuk memberi hujah & bersuara, dan DIBENARKAN oleh mahkamah yang terlibat.
3.       Itu adalah permulaan isu ini dibesarkan yang mana tidak pernah dalam sejarah perundangan negara peguam pemerhati dibenarkan berhujah di dalam Mahkamah.
4.       Hujah yang dibawa oleh barisan peguam pemerhati yang diketuai oleh Majlis Peguam tersebut melarikan isu utama kes berkenaan daripada hak & kuasa Mahkamah Syariah TETAPI memberi hujah bahawa Lina Joy adalah berhak untuk mempraktikkan kepercayaannya dan dilindungi oleh perlembagaan sebagai hak individu seperti yang terkandung di dalam Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan.
5.      Isu Mahkamah Syariah seperti yang diputuskan oleh mahkamah terdahulu sudah tidak releven lagi pada hujah Majlis Peguam, dan isu yang diperjuangkan oleh Kumpulan Artikel 11 & IFC dijadikan isu utama kes ini di Mahkamah Persekutuan.
6.    Isu yang diperjuangkan oleh kesebelas NGO non-Mulsim atas nama kumpulan Artikel 11 & Inter-Faith Council (IFC) adalah untuk mendefinisikan perkataan "person" (individu) yang terkandung di dalam Artikel 11 tersebut untuk merujuk kepada individu as per sey, bukan lagi kumpulan atau agama secara umumnya.
7.   Ini adalah kali pertama dalam sejarah Malaysia penghujahan yang sebegitu berani & bersikap kurang ajar yang dilakukan untuk menghuraikan definisi tersebut bagi menguraikan ikatan Islam mengikut kefahaman peribadi seseorang penganut itu sendiri, dan menafikan hak Islam sebagai agama untuk mewajibkan umatnya mempraktikkan amalan & syariat Islam seperti yang terkandung dalam undang-undang Islam.

  
IMPLIKASI DARI DEFINISI "INDIVIDU"
Nampak & dengar terlalu kecil, tetapi implikasinya melampaui batas pemikiran kita…!
  1. Orang Islam dibenarkan meninggalkan Islam pada bila-bila masa sahaja, walaupun mengakui mereka adalah Melayu pada bangsanya. Ini bermakna Melayu di Malaysia bukan lagi terikat dengan agama Islam seperti yang telah digazetkan dalam perlembagaan.
  2. Apabila definisi "person" didefinisikan sebagai hak individu, maka agama Islam boleh ditafsirkan mengikut kefahaman individu sendiri tanpa ada undang-undang Islam yang boleh mengongkongnya;

  • Orang Islam boleh keluar-masuk Islam pada bila-bila masa.
  • Islam boleh diamalkan mengikut kefahaman sendiri sepenuhnya. 
  • Kesalahan syarie oleh seorang Muslim tidak boleh diambil tindakan disebabkan perundangan Syariah sudah tidak relevent.
  • a.       Sebagai contoh, solat boleh dilakukan mengikut sedap hati mengikut rakaat solat yang difahami sendiri, puasa dalam Ramadhan boleh ditinggalkan apabila membuat deklarasi “bukan Islam” pada bulan itu tanpa boleh diambil tindakan.
    b.     Semua badan-badan Islam tidak relevant lagi dalam perundangan semasa, sebab hak mempraktikkan secara individu diperjuangkan.
    • Raja-raja Melayu hilang kuasa sebagai benteng & simbol agama.
    • Kanak-kanak apabila masuk umur 18 tahun, ibu bapa akan terus hilang kuasa untuk menetapkan agama dan fahaman mereka, dan tindakan boleh diambil ke atas ibu bapa yang memaksa anak mereka mengamalkan Islam.
    • Perukunan Islam pada dasar sudah tidak valid disebabkan tiada satu pun akta-akta berkaitan Islam contohnya Akta Solat, Akta Puasa, Akta Haji, Akta Zakat yang mengikat seseorang Muslim di dalam perlembagaan
MENGAPA KES LINA JOY?
  1.  Kes Lina Joy adalah kes yang sudah lama didiamkan, tetapai ianya telah diheboh-hebohkan diperingkat antarabangsa secara bersungguh-sungguh, dan ia adalah satu daripada ratusan ribu kes yang menanti untuk diketengahkan.
  2. Kes Lina Joy adalah kes yang mengambil kesempatan dalam kekalutan semasa umat Islam di dunia, dan di Malaysia khususnya yang amat lemah dan tidak ada keupayaan untuk digembleng bagi mempertahankan Islam di mana-mana sahaja, hatta mempertahan aqidah seorang muslim yang lain.
  3. Kes ini pada dasarnya adalah rentetan daripada tuntutan kumpulan “Artikel 11” yang pernah berkumpul di Petaling Jaya & Melaka, dan pernah cuba berkumpul di Pulau Pinang pada 14-Mei-2006 yang menuntut kepada pemerintah untuk membenarkan sepenuhnya kebebasan Murtad di bawah Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan, setelah kekalahan untuk kes Mohamed Abdullah @ Moorthy, S. Sharmala dan Nyonya Tahir.
  4. Amat mendukacitakan sekali apabila kumpulan Artikel 11 yang juga dikenali Inter-Faith Council (IFC) disertai oleh beberapa individu Melayu & Islam termasuklah Sister-in-Islam, yang digerakkan oleh pemimpin-pemimpin & sekutu pemimpin-pemimpin negara yang beragama Islam.
  5. Kes Lina Joy adalah percubaan yang akan memberikan impact yang amat besar, dan diistilah kan sebagai “beyond our imgination” yang mana ia secara langsung mencabar undang-undang Syariah oleh Mahkamah Syariah di bawah Perkara 121(A) Perlembagaan Persekutuan, samaada ianya akan dipinda atau dihapuskan sepenuhnya, dan seterusnya mancabar hukum yang Allah SWT telah tetapkan di dalam Al Quran & As Sunnah.
    Berikutan kes Lina Joy, maka terlalu banyak kes-kes permohonan Murtad dan sebagainya yang telah lama 
1      menunggu & sedang menunggu, dan kejayaan dari kes ini akan membenarkan permohonan lebih 250,000 untuk keluar Islam akan dibenarkan oleh perlembagaan.
2.  Kes ini menjadi PERHATIAN PENUH organisasi & individu bukan Islam seluruh dunia, dan seluruh negara-negara besar di dunia menghantar wakil untuk memberikan pressure yang besar ke atas hakim & sistem perundangan negara yang AMAT LEMAH untuk membela aqidah seorang rakyat Islam.
3.     www.becketfund.com, www.malaysianbar.org.my,  www.bernama.com.my menyenaraikan dengan jelas fakta kes dan bagaimana organisasi besar satu dunia ini menjadi tembok & dalang yang begitu kuat yang membela Lina Joy. Ianya dianggotai oleh pelbagai pertubuhan hak asasi manusia sedunia.
4.       Di Malaysia pula 11 NGO dan organisasi menghantar wakil ke Mahkamah Persekutuun untuk memberi pressure kepada Hakim yang terlibat setelah mereka dibenarkan bersuara untuk membela Lina Joy, antaranya;
  • Malaysian Bar Council
  • All Women’s Action Society (AWAM)
  • Sisters in Islam (SIS)
  • Catholic Lawyers Society
  • Interfaith Spiritual Fellowship
  • Malaysian Civil Liberties Society (MCLS)
  • Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism and Sikhism (MCCBCHS)
  • National Human Rights Society (HAKAM)
  • Pure Life Society
  • Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
  • Vivekananda Youth Movement, Seremban
  • Women’s Aid Organization (WAO)
  • Women’s Development Collective (WDC)
5.    Wakil dari pertubuhan antarabangsa khususnya juga bercakap menyatakan pendirian mereka bahawa agama adalah pilihan 100% pada diri individu tanpa paksaan.  Mereka membentangkan paper & kes study yang begitu panjang lebar kepada hakim-hakim yang terlibat untuk meletakkan mereka pada tahap kekeliruan yang amat tinggi.
6.       Dalang utama pihak yang membela Lina Joy adalah wakil Bar Council yang beragama Islam (Malik Imtiyaz Sarwar) telah mengambil partisan stand untuk memberi hujjah yang menyokong tindakan Lina Joy tersebut tanpa mendapat restu dari Bar Council member. Malik sendiri berpendirian agar seorang Muslim dibenarkan untuk menukar agama mereka kepada apa jua pilihan mereka…
7.    Suatu yang amat menyedihkan kerana tidak ada wakil daripada pertubuhan Islam yang begitu banyak di Malaysia, kecuali ABIM dan Persatuan Peguam Muslim Malaysia sahaja yang bercakap mempertahankan hujah.
8.       Suatu fakta yang dinyatakan oleh Peguambela pihak Lina Joy di dalam mengakhiri kes itu menyebut;
“…it is time that we must knock into the heads of Malasy that our country Malaysia has never been an Islamic country. Strong message must be thrown to Muslim to tell them that in Malaysia Islam is just subservient to constitution…”
    ibunda Azlina Jailani


Nama asalnya ialah Azlina Jailani. Berwajah typical Malay, berbangsa Melayu, keturunan Jawa dan berumur 42 tahun. Bekerja di ProQuest di Taipan, Subang Jaya dan menetap di Taman Dato’ Tan Yeiw Lai, Kuala Lumpur. Beliau pernah memohon untuk ditukar namanya kepada Azlina Lelani pada tahun 1997 tetapi ditolak disebabkan alasan telah bertukar agama Kristian. Permohonan kedua untuk menukar nama kepada Lina Joy pada 1999 tanpa menyatakan sebab pertukaran

kepada agama Kristian telah diluluskan, dengan kad pengenalan baru tertera perkataan Agama Islam. Ayahnya bernama Jailani bin Shariff dan ibunya bernama Kalthum binti Omar, keduanya beragama Islam dan mengamalkan cara hidup sebagai Muslim.

Azlina mengisytiharkan tidak pernah mempraktikkan Islam sejak lahir, beragama Kristian sepenuhnya sejak tahun 1990, mempunyai sijil baptis yang dikeluarkan pada 11 Mei 1998 dilahirkan oleh ibu bapa Melayu pada 1963. Dia menukar agama Islam kepada Kristian Katolik pada usia 26 tahun pada 1998. Dia telah dibaptiskan dan cuba mendapatkan pengesahanan daripada Mahkamah Malaysia, tanpa melalui mahkamah syariah. Namanya di dalam kad pengenalan berjaya ditukar kepada Lina Joy pada 1999. Selagi dia dikatakan sebagai orang Islam, Lina Joy tidak boleh berkahwin dengan pasangannya yang beragama Kristian, seorang kaum India. Sebaliknya pasangannya hendaklah menukar agama kepada Islam.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------


2. Hartina Haji Kamaruddin

Haji Kamarudian seorang penjual sate di Perak. Beliau lepaskan anaknya selepas 18 tahun ke KL untuk cari kerja. Tak terlintas langsung di kepalanya anaknya akan murtad. Tak sampai 9 bulan, Hartina balik ke restoran bapanya dalam keadaan Hindu dengan nandek kat dahi . Bukan itu saja. Anak yang dimanjakan begitu rupa balik mencabar bapanya, bawa boyfriend dan kawan-kawan boyfriendnya sambil berpeluk-peluk dalam keadaan dia pun dah Hindu dengan nandek. Haji Kamarudin takek si kafir tu kat tengkuk. menggelupur dia depan kedai tu.

Haji Kamarudin juga dipelupur oleh kawan-kawan si Hindu tu sampai nak pengsan. Adik lelaki Kartina umur 16 tahun turut kena belasah kerana nak menyelamatkan akidah kakaknya depan kedai tempat bapanya meniaga.

Apa Hartina buat masa tu? Hartina papah kekasihnya dan biarkan bapanya menggelupur sendirian. Tak cukup dengan itu, dia pergi ke balai polis buat report bapak dia pukul boyfriend dia. 14 hari Haji Kamarudin dengan adik lelaki Hartina merengkok dalam lokap sebab report anak Kesayangannya yang mempertahankan kekasih Hindunya. Tak cukup dengan itu disaman pula bapanya 3 juta. Remuk hati seorang bapa yang diheret ke penjara kerana anak sendiri. Tak cukup lagi, dia telah menghina bapanya dengan menukar nama Hartina Haji Kamarudin kepada Nivasni Rajeswari. Nama Hindu.

Semasa masih terlantar kat hospital (akibat dipukul binatang Hindu laknatullah), Haji Kamarudin ditangkap polis semula sebab Hindu laknatullah ditembak oleh seorang yang tak dikenali. Jadi, Haji Kamarudin, anaknya dan anak saudaranya kena kurung masuk lokap kerana menjadi suspek utama kes tembakan tersebut. Anak yang ditatang begitu rupa akhirnya menyebabkan dia merana dalam keadaan hina. 


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

3. Siti Fatimah Abdul Karim
Siti Fatimah dibenar Murtad

Siti Fatimah binti Ab Karim, 29 tahun dilahirkan pada tahun 1978, merupakan anak kepada pasangan India Muslim, Ab Karim Masoosai bin Abdullah dan Zaleha binti Mohd Ali. Beliau dibesarkan oleh ibubapa beliau mengikut agama Islam dan beliau sendiri mengamalkan ajaran Islam sehinggalah usia 20 tahun apabila beliau melarikan diri bersama teman lelakinya yang beragama Hindu. Namun begitu, dalam affidavitnya dan laporan yang diperolehi Jerusalem Post mendakwa bahawa beliau telah dibesarkan oleh neneknya yang beragama hindu sedangkan mengikut maklumat dari ibunya, nenek sebelah ibunya beragama Islam manakala nenek sebelah bapanya pula beragama Kristian.

Berdasarkan kenyataan dalam laman web juga pada tahun 2001, beliau telah membuat suatu deklarasi melalui ‘statutory declaration’ bahawa beliau seorang Hindu dan menukar nama kepada Revathi Masoosai tanpa membuat sebarang permohonan di Mahkamah Syariah untuk meninggalkan agama Islam. Oleh kerana itu, kad pengenalan diri beliau masih mencatatkan nama beliau sebagai Siti Fatimah binti Ab Karim dan agama beliau adalah Islam. Menurut ibunya, ibubapa serta keluarganya telah berusaha untuk mencarinya dan membawanya pulang ke pangkuan keluarga namun kesemua usaha itu gagal kerana mereka sering diancam oleh keluarga teman lelakinya dan pernah bapa dan adik lelakinya ditahan dalam lokap polis berpunca dari pergaduhan antara kedua-dua belah pihak.

Setelah beberapa tahun melarikan diri bersama teman lelakinya, pada tahun 2004, beliau telah berkahwin dengan teman lelakinya, Suresh a/l Veerappan, seorang Hindu mengikut upacara perkahwinan agama Hindu. Oleh kerana itu, perkahwinan tersebut tidak boleh didaftarkan mengikut mana-mana undang-undang yang berkuatkuasa kerana perbezaan agama.

Seterusnya, hasil daripada perkahwinan tersebut, pada 19 Disember 2005 beliau telah melahirkan seorang anak di Hospital Besar Melaka. Ibunya telah mendapatkan bantuan Jabatan Agama Islam Melaka untuk mendapatkan anak tersebut memandangkan Siti Fatimah masih seorang yang beragama Islam di sisi undang-undang.


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

4. Anak-anak Yusof bin Abdullah

Lagi satu kes lain saudara baru kita, nama Yusof bin Abdullah , nama asal Hindunya Santana. Ada seorang isteri, namanya apa entah. Ada anak lelaki,nama Sunjay kalau tak silap. Usia 2 tahun masa tu. Ajak isterinya masuk Islam. Abangnya telah lebih 20 tahun masuk Islam. Isterinya kata ?eh!? Yusof bawa anaknya sekali masuk Islam dengan nama Mohamad Syazani bin Yusof. Dia hidup 2 beranak tu selama 2 tahun. Lepas 2 tahun si minaci datang semula dan bawak lari anak ini ke KL dengan boyfriend barunya. Yusof tak tahu apa nak buat, dia minta mahkamah syariah Alor Setar keluarkan perintah penjagaan hak ke atas anaknya.

Mahkamah pun bagi. Dia pun datang ke KL dan ambil balik budak tu. Si emak ni pergi mahkamah tinggi KL mintak hak jaga anak. Mahkamah tinggi bagi pada si minachi ni. Heran sungguh. Bila si minachi ni tak dapat nak ambil balik budak tu, dia pergi report polis. Tahu polis buat apa? Cari Yusof dan tangkap. (padahal Yusof dapat hak penjagaan daripada mahkamah syariah Alor Setar). Yusof masuk lokap 8 hari.

Lepas tu polis ambil balik budak tu kasi pada emaknya. Hari ni, budak-budak tu kembali jadi Hindu. Tak cukup dengan itu, kurang ajarnya si minachi ni, dia minta pulak mahkamah tinggi batalkan perintah jagaan anak yang dikeluarkan oleh makamah Syariah Alor Setar yang diberi pada Yusof.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

5. Nyonya Tahir

SEREMBAN 23 Jan. - Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini memutuskan bahawa Nyonya Tahir, wanita Melayu beragama Islam tetapi didakwa mengamalkan cara hidup orang Cina dan ajaran Buddha sejak lebih 80 tahun lalu, bukan beragama Islam semasa kematiannya.

Hakim Mohd. Shukor Sabudin dalam keputusannya juga membenarkan mayat Nyonya yang disimpan di rumah mayat Hospital Tampin sejak kematiannya Jumaat lalu, diserahkan kepada keluarga wanita itu untuk disemadikan mengikut agama Buddha.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan bidang kuasa Mahkamah Syariah untuk mendengar dan membicarakan kes-kes berkaitan dengan kepentingan orang Islam termasuk masalah akidah di negara ini.

Katanya, keputusan itu juga berdasarkan afidavit anak bongsu Nyonya, Chiang Ah Fatt, 40, dan keterangan bersama kakak Ah Fatt, Kwang Ying, 43, di mahkamah hari ini.

``Mahkamah yang berpuas hati dengan keterangan-keterangan tersebut memutuskan bahawa Nyonya yang memegang kad pengenalan bernombor 180425-04-5054 @ 02033418 adalah bukan beragama Islam semasa kematiannya.

``Mahkamah juga membenarkan keluarga dan warisnya menguruskan pengebumian Nyonya. Hospital Tampin juga diarahkan supaya menyerahkan mayat ini kepada keluarganya,'' kata beliau.

Beliau berkata demikian dalam penghakiman lisan selepas mendengar permohonan sebelah pihak (ex-parte) oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JAINS) serta pengarahnya berhubung pengisytiharan agama Nyonya.

Jumaat lalu, plaintif memohon keputusan mahkamah bagi menentukan status agama Nyonya dan permintaan keluarganya bagi dikebumikan mengikut adat Cina dan agama Buddha.

Plaintif-plaintif diwakili oleh peguam syarie, Siti Harlina Shahran manakala peguam syarie, Koo Chin Nam yang dibantu oleh Kevin Koo S. K. bertindak sebagai peguam pemerhati bagi keluarga Nyonya.

Sementara itu, peguam syarie, Muhamad Burok yang juga Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia bertindak sebagai peguam pemerhati bagi pihak persatuan itu.

Terdahulu, Hakim Mohd. Shukor memetik tulisan ulama Islam, Sheikh Abu Sujak dari Kitab Kifayatul Akhyar yang bermaksud: ``Barang siapa yang keluar daripada Islam, ia diminta bertaubat tiga kali. Jika bertaubat, dan jika tidak dia dibunuh, dan tidak boleh dimandikan, tidak boleh disembahyangkan dan tidak boleh dikuburkan di perkuburan orang Islam.''

Pada prosiding pagi ini, Siti Harlina memaklumkan kepada mahkamah bahawa Ah Fatt mengemukakan afidavit bagi meminta supaya mayat ibunya itu disemadikan mengikut adat Cina dan agama Buddha.

Antara lain kandungan afidavit itu ialah keputusan laporan penyiasatan Pejabat Agama Islam Alor Gajah, Melaka pada 7 Mei 1986 mengenai laporan bersekedudukan antara Nyonya dan suaminya, Chiang Meng.

Dokumen penyiasatan itu ditulis oleh Pemeriksa Hal Ehwal Agama 1 Daerah Alor Gajah, Melaka, Ab. Azit Abdullah melalui kadi daerah yang dialamatkan kepada Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka.

Sementara itu, Kwai Ying berkata, ibunya membuat wasiat dalam akuan bersumpah bahawa dia tidak akan kembali kepada agama Islam dan meminta disemadikan mengikut agama Buddha.

Dalam pada itu, Pegawai Agama Alor Gajah Melaka, Kamarul Saman Yaacub, 42, yang turut dipanggil memberi keterangan, mengesahkan laporan yang dibuat oleh Ab. Azit itu.

Beliau turut mengemukakan salinan asal dokumen itu kepada mahkamah.

Nyonya, 89, meninggal dunia kerana sakit tua kira-kira pukul 4 petang, Jumaat lalu di rumahnya di Taman Indah, Tampin dekat sini.

Status agama Nyonya disedari oleh anggota polis di Balai Polis Tampin apabila anak dan cucunya datang membuat laporan kematian.

Ini kerana dalam salinan kad pengenalan Nyonya jelas menunjukkan dia Melayu dan beragama Islam sedangkan anaknya menggunakan nama Cina dan beragama Buddha.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

6. Aisyah Bokhari
Pernah dengar cerita Aisyah Bokhari yang murtad tak lama dulu?Suratkhabar banyak menutup kes ini kononnya untuk menjaga perkauman, tak nak terjadi kacau bilau. Kes Aisyah yang murtad dan banyak kes murtad lain ditutup sedemikian rupa atas alasan bercinta, ikut boyfriend.

Cerita mengenai isu murtad yang dibawa di sini memang agak panjang tetapi sekiranya kamu seorang Islam yang peka dan sayangkan agama kita Islam, buatlah sesuatu, paling kurang fowardkan email ni kepada saudara kita yang tak tahu menahu. Ataupun selemah-lemahnya, berdoa agar kita semua serta saudara-saudara kita terselamat daripada fitnah akhir zaman yang paling besar ini.

Ini bukan cerita rekaan saya tetapi hanya petikan dari ceramah yang saya dengar dari mulut peguambela kes ini Zulkifli Nordin di Madrasah Hidayah. Murtad dikalangan orang Melayu kini sudah menjadi ancaman kepada kita.Indeks pencemaran akidah mengikut jabatan statistik dan perangkaan Tahun 1989 aje, 4776 orang Melayu mohon tukar nama dari Melayu kepada bukan Melayu atas alasan keluar dari Islam.

Tahun 1997, bila Saari Bustamah mengambil alih jawatan mufti dari Datuk Hashim Yahya, perkara pertama yang disentuh adalah murtad. Menurutnya sehingga Julai 1997, 3,000 orang murtad di KL sahaja.Tahun 1998 saja,516 orang sudah murtadAisyah bukan kes pertama murtad, sebelum ini dah beratus kes timbul tetapi ditutup oleh pihak tertentu.

Setakat kes Aisyah, dah 40 fail murtad dikendalikan oleh saudara kita Zulkifli Nordin. Mengapa kes Aisyah ini kita rasa ralat sangat? Kes ini satu simbol yang tunjukkan pada kita orang Melayu. Sistem pertahanan akidah kita amat rapuh. Akidah kita diserang ditubi dari segala sudut. Yang kita tak nampak dengan menggunakan system perundangan dan kehakiman kitasendiri.

Kes ini boleh dilihat dari 2 sudut.
1.Bagaimana orang macam Aisyah boleh murtad
2.Bagaimana orang kafir laknatullah boleh menggunakan sistem hakiman kita untuk merampas anak orang Islam untuk dimurtadkan?

Apa yang berlaku kepada Haji Bukhori setelah 25 tahun didik anak dengan pengisian Islam yang hebat. Sedang dia mengimamkan sembahyang terawih di masjid tahun 1997 anak dia sedang dimurtadkan dirumah.

Aisyah adalah gadis Melayu biasa yang didedahkan dengan ilmu yang sepatutnya. Dalam keadaan macam tu, dia takkan murtad. Dihantar ke sekolah agama, dia belajar hingga tingkatan 6 atas dan boleh melayakkan diri jadi ustazah kalau dia hendak, dan layak melanjutkan ke peringkat Universiti Al Azhar kalau dia hendak . Dia dibesarkan dalam suasana yang bapanya imam. Datuknya juga imam yang dah berpuluh tahun imam Haji Tahir. Dia juga hafal surah Yasin. Dalam ertikata, tahu ayat apa, surah ke berapa yang dibacanya, ayat apa yang jadi azimat, semua dia tahu. Itu hebatnya Aisyah. Surah Sajadah pun dia hafal . Masuk ITM dia terlibat dalam gerakan Islam. Dia didedahkan dengan gerakan Islam, dia tahu kelemahan-kelemahan Bible. Dari segi keterampilan, dia budak perempuan Melayu seperti biasa, pakai tudung dengan baju kurung bunga-bunga.Takde apa yang pelik pada dia, duduk dilembah keramat AU5C. Kakak dia pun macam itu juga keterampilannya.Tiap-tiap hari telefon bapanya lapor isu terkini. 2 tahun di KL begitu. Hari terakhir dia telefon 19 Nov 1997,

"Assalamualaikum ayah! Ni Intan (nama manja) cakap. Intan nak bagitahu, Intan dah kristian."

Bayangkan hati seorang bapa. Kita sendiri heran macamana dia boleh murtad. Aisyah adalah simbol anak Melayu yang telah dididik dengan begitu rupa boleh murtad. Apa yang Haji Bukhori boleh buat? Airmata sahaja modal dia. Masuk TV menangis, keluar radio menangis, pergi forum menangis apa yang dia boleh buat? Semua dokumen mahkamah akan jadi bahan arkib termasuk permohonan kafir laknatullah itu minta Aisyah dibebaskan untuk dimurtadkan.

Butir asal permohonan
Permohonan ini dibuat oleh Lennet Teoh Hui Leong seorang peguam CinaKristian. (Read Herbes Corpes bawah bab 36 kanun acara jenayah). Tujuan untuk membebaskan seorang yang didakwa ditahan secara salah. Sebarang permohonan seperti ini perlu bagi sebab mengapa didakwa tahan secara salah. Permohonan dibuat bawah bab 36 atas alasan Article 11 Perlembagaan Persekutuan. Iaitu hak kebebasan beragama. Tiada langsung soal kahwin timbul. Permohonan tu menyatakan, perenggan 6, bertarikh 28 November 1997 di Makamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur bahagian jenayah.

Sebab yang dia beri, "Saya Lennet Teoh Hui Leong telah dilantik oleh NurAisyah untuk memberi nasihat kepadanya berkenaan dengan pertukaran agamanya kepada Kristian dan atas arahannya saya telah menyediakan surat sumpah untuk Nur Aisyah menolak dan meninggalkan agama Islam."

Perenggan 23: "Saya Lennet Teoh percaya bahawa Nur Aisyah sedangdikurung secara salah oleh keluarganya. Saya percaya tindakan ibubapa, abangnya dan bapa saudaranya telah melanggar hak kebebasan Nur Aisyah menganut agama pilihannya iaitu Kristian Khatolik".

Kita tak boleh buat apa-apa sebab article 11 Perlembagaan Persekutuanmenyatakan mana-mana warganegara Malaysia yang telah cukup umur (18tahun) berhak mutlak menukar agamanya. Itulah perlembagaan kita yang memerdekakan orang Melayu kita tahun 1957. Perlembagaan itulah juga yang menjerut kita sendiri. Adakah anak cucu kita akan selamat dengan perlembagaan itu? Bila berlaku pertembungan antara hukum syara' dengan undang-undang sivil,undang-undang syara' akan terbatal. Maksud agama rasmi kita Islam adalah acara-acara rasmihendaklah dibuat mengikut cara Islam. Contohnya perlantikan sultan, rasmi parlimen dll. Tak lebih dari itu. Bab kehidupan, politik, ekonomi.... semua tak termasuk.

Article 4 pula menyatakan: "Mana-mana undang-undang yang bertentangan yang bercanggah dengan perlembagaan ini adalah batal dan tidak sah. Ini termasuklah hukum syara'.

KUALA LUMPUR 21 Jan. - Ibu bapa Nor'Aishah Bokhari, gadis yang kononnya mengisytiharkan dirinya murtad, merayu anak mereka itu agar pulang ke pangkuan keluarga untuk bersama-sama menyambut Hari Raya Aidilfitri seperti tahun-tahun lalu.

Mereka turut merayu jasa baik umat Islam di negara ini untuk mendoakan kerahmatan ke atas Nor'Aishah serta mengerjakan solat hajat sepanjang minggu terakhir bulan Ramadan ini agar gadis itu kembali ke pangkuan keluarga dengan selamat.

Bapa gadis tersebut, Bokhari Md. Tahir, 62, seorang pesara guru, berkata, beliau terpaksa mengetepikan perasaan malu yang akan ditanggung oleh keluarganya kerana percaya anaknya sehingga hari ini masih lagi kekal menganut agama Islam.

''Ramai kawan-kawan saya memberi perangsang untuk membawa perkara ini ke pengetahuan umum kerana mereka percaya saya telah selesai menjalankan tanggungjawab saya sebagai seorang ayah dengan baik,'' kata beliau dengan nada yang sebak ketika ditemui Utusan di sini, hari ini.

Beliau ditemani oleh isterinya, Samiah @ Aton Taha, 58, kakak dan abang kepada Nor'Aishah, Norashikin dan Nazaruddin.

Nor'Aishah melalui peguamnya mendakwa telah mengikrarkan satu surat akuan yang menyatakan bahawa dia ingin meninggalkan agama Islam untuk memeluk agama Katholik dengan memakai nama Aishah Felicia Bokhari pada 22 Oktober tahun lalu.

Bagaimanapun kesahihan dakwaan itu masih tidak jelas kerana tiada pengakuan dan keterangan secara terbuka daripada Nor'Aishah sendiri mengenai perkara itu.

Pengakuan yang ada hanya menerusi seorang peguam tetapi ia diragui oleh keluarga Nor'Aishah berdasarkan kenyataan taubat yang dibuat oleh gadis itu di Jabatan Agama Islam Negeri Johor di Johor Bahru pada 18 Disember lalu.

Gadis itu bagaimanapun dilaporkan hilang pada 30 Disember lalu dan kini dipercayai berada bersama teman lelakinya, Joseph Arnold Lee, 28.

Pihak polis tidak menolak sebarang kemungkinan pasangan itu sedang bersembunyi di negara jiran.

Keterangan gadis itu amat penting bagi menentukan kesahihan pengakuannya untuk keluar daripada agama Islam.

Isnin lalu, Nor'Aishah menerusi peguamnya menarik balik satu permohonan writ habeas corpus terhadap bapa, ibu, abang dan seorang bapa saudaranya yang didakwa telah mengurung dan menahan beliau secara paksa.

Nor' Aishah bagaimanapun tidak hadir pada hari itu.

Bokhari seterusnya berkata, Nor'Aishah, 25, seorang anak yang menerima didikan agama yang cukup ketika menuntut di sebuah sekolah agama di Johor.

''Pendidikan agama yang diterimanya cukup untuk melayakkan beliau menjadi seorang ustazah,'' katanya.

Tambahnya, Nor'Aishah pandai membaca al-Quran dan turut menghafal beberapa surah penting.

Menurut Bokhari, Nor'Aishah dengan semua anggota keluarganya cukup baik.

''Kami adik beradik sememangnya rapat dan sering berkongsi dalam banyak perkara,'' kata kakaknya, Norashikin.

BOKHARI Md. Tahir dan Samiah @ Aton Taha tidak dapat menahan sebak mengenangkan nasib anak perempuan mereka, Nor'Aishah yang menghilangkan diri sejak 30 Disember lalu. Nor'Aishah kini dipercayai berada di negara jiran bersama teman lelakinya. - Gambar ZAINAL ABIDIN IBRAHIM.

--------------------------------------------------------------------------------------

7. Lepat 

Masih ingatkah anda pada seorang kartunis bernama Lepat atau nama sebenarnya Ismail Ariffin?

Dulu, kisahnya pernah menggemparkan seluruh tanah air berikutan bekas isterinya, Aishah Jane Abdullah telah melarikan anak mereka ke England.


Lepat, 44, yang telah bermati-matian cuba mendapatkan kembali anak lelaki mereka yang kini sudah pun berusia 18 tahun tetapi hanya menemui jalan buntu.

Semua usahanya gagal kerana banyak pihak yang seolah-olah tidak memandang serius mengenai kesnya.

Sebenarnya, penulis dengan dengan tidak sengaja telah menemui beberapa video anak kepada kartunis ni yang bercakap fasih dalam Bahasa Melayu sedangkan dia sebenarnya tinggal di Jerman.

Mengimbas kembali kisah hidup mengenai kartunis yang berasal dari Pulau Pinang ini, Lepat telah berkahwin dengan Jane Brummit @ Aishah Jane Abdullah, 40, dan dikurniakan seorang anak lelaki, Sunni Sazali yang dilahirkan di Malaysia.

Namun, pada Februari 1996, semasa Sunni berusia lima bulan, Jane telah melarikan Sunni ke England.

Tetapi Lepat berjaya membawa Sunni pulang kembali ke Pulau Pinang pada Oktober tahun yang sama.

Akhirnya mereka bercerai dan dalam pada proses menuntut hak penjagaan anak, dari situlah bermula segala cabaran dan dugaan.

Pada 1 April 1997, makahmah di sini telah mengeluarkan perintah dengan membenarkan Jane bertemu Sunni setiap pagi Sabtu di perkarangan Balai Polis Lebuh Pantai, Georgetown.

Tetapi, pada 5 Julai 1997, Jane sekali lagi membawa lari Sunni melalui Bukit Kayu Hitam semasa diberi peluang untuk bertemu dengan anaknya itu.

Lebih merumitkan, apabila pada Ogos 1997, keluarga Jane Burmmit berjaya mendapatkan perintah Mahkamah Crown di Winchester mengenai hak penjagaan Sunni.

Ketika itu, polis menetapkan kes berkenaan mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan, iaitu culik daripada penjagaan yang sah dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga tujuh tahun.

Namun, sehingga saat ini, Lepat masih tidak mendapat hak penjagaan Sunni.

Memetik laporan Harian Metro, difahamkan, Sunni kini aktif menyertai pertandingan tarian dan pernah layak ke pertandingan akhir rancangan popular di United Kingdom (UK), Got To Dance, bersama kumpulannya, Jukebox Juniors.


Kumpulannya cukup dikenali di UK, malah pernah menjadi juara pertandingan tarian hip hop dan dia kini dikenali sebagai Sunni Brummitt.

Kini, pasangan yang sudah berpisah itu membawa haluan masing-masing dengan Jane menetap bersama Sunni di Devon, UK.

Manakala Lepat yang sudah berkahwin kali kedua dengan rakyat Jerman kini tinggal bersama isterinya, Nor Azlina Ceasar Abdullah @ Ave Caesarina, 29.

Nor Azlina adalah penuntut peringkat sarjana bidang psikologi di Universiti Bremen, Jerman.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Siti Aminah, 6, serta seorang anak lelaki Ahmad Azli Ceasar, 2.

Menurut perancangan, selepas isterinya menamatkan pelajaran, Lepat dijangka ingin membawa pulang keluarganya dan menetap di Malaysia.

Insyaallah…

Lihat saja keletah anak perempuannya, Aminah yang fasih berbahasa Melayu namun mempunyai loghat Jerman.
Selongkar People

26 comments:

Anonymous said...

isteri lepat dan isteri raja kamarul bahrin juga sejarah yang tak boleh dilupakan...

kueh

Zarina said...

Mana boleh nak paksa "kepercayaan" pada seseorang. Buat apa Islam pada nama hanya untuk memuaskan hati kita.

Anonymous said...

Knapa owg mcm ne tak d bunuh

alicea said...

Ada kh agama anda di ajar utk mbunuh?n satu lg jgn mmaksa org utk anut islam klu meka tak nak,..sprti km kristen tak pnah pun mmaksa org msk agama km,biar lh meka msk dgn hati tbuka.. ..

Nur Shakirin Shaharuddin said...

Pada kami muslim, islam adalah satu2 nya agama yg wujud. Dan tiada agama selain dari agama yg Allah. Sekiranya anda sejak azali non muslim. Silakan untuk mempraktis agama anda. Sekiranya anda muslim. Dan ingin keluar dari islam, anda diberi masa 3hari untuk bertaubat. Sekiranya anda tidak mahu bertaubat, selayaknya dipancung. Kerana anda bukan penghuni syurga Allah nanti

Nur Shakirin Shaharuddin said...

Pada kami muslim, islam adalah satu2 nya agama yg wujud. Dan tiada agama selain dari agama yg Allah. Sekiranya anda sejak azali non muslim. Silakan untuk mempraktis agama anda. Sekiranya anda muslim. Dan ingin keluar dari islam, anda diberi masa 3hari untuk bertaubat. Sekiranya anda tidak mahu bertaubat, selayaknya dipancung. Kerana anda bukan penghuni syurga Allah nanti

Unknown said...

Egonya....

andy said...

Hotel California? It's deja vu.

andy said...

Surah Angkabut ayat 46?

Anonymous said...

hmmmmm... U ingat U Tuhan ke nak pancung2, bunuh2, nak ambik nyawa org lain?? Hanya Tuhan sahaja mempunyai hak yg mutlak bila nak bagi dan ambil nyawa seseorang individu. Pada asasnya, setiap kehidupan yang lahir ke dunia ini adalah ciptaan kesayangan Tuhan. Renung2kanlah...

Anonymous said...

OK.... mURTAD!!! DIHUKUM bUNUH...tapi islam bukan paksa!!! tidak tuhan melainkan ALLAH!!! nabi muhamad s.a.w ...so allah s.w.t yg mecipta semua di dunia nie...org kafir,yahudi. Allah s.w.t Cipta muslim tu pun ...Hidayah itu milik ALLAh S.W.T....siapa yg percaya ALLah S.w T ...Akan menerima Baik Buruk Didunia...Org Yg sembahyang 5 Waktu Sehari x mestinya...iman dia kuat ...berlakon je lebih...

Anonymous said...

IslaM adalah Satu agama ...tidak tuhan melainkan Allah S.W.T ...but Dari Ibnu ‘Umar radhiyallahu 'anhuma berkata, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassallam telah bersabda:

عن ابن عمر - رضي الله عنهما - قال: قال رسول الله -صلى الله عليه وعلى آله وسلم-: من تشبه بقوم فهو منهم أخرجه أبو داود وصححه ابن حبان.

“Dari Ibnu Umar Radhiallahu Anhu berkata, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassallam telah bersabda:"Barang siapa yang menyerupai suatu kaum maka dia termasuk bagian dari kaum tersebut”(HR. Abu Dawud dan disahihkan oleh Ibnu Hibban) ....ada agama islam tidak menerima ..Org KAfir ...sesunguhnya ...setiap Makluk Adalah CiptaNya...

Anonymous said...

Islam Adalah Agama Yg Paling Suci...100% no God melainkan Allah S.w.t ...so sesiapa yg mengakui nie akan menerima setiap makluk Allah dgn Ikhlas...Nabi Isa s.a.w hanya Pesuruh Allah S.W.T ...yg Allah Turunkan x bapa???? kristian accept...he has GOD Son ..we just Pray ..Allah GiVe Hidayah...to Kristian..

Anonymous said...

Pray that Allah give wisdom to Muslims.

Anonymous said...

Tak apa takbur cakap besar di dunia... Balasan Allah tu tk trjangksu dek akal....semoga Allah melindungi kita dari kekufuran...masya Allah.

Anonymous said...

oleh kerana sygkan sesama muslim la, maka unsur2 paksaan ada disitu...kalau u ada anak yg malas belajar, u akan paksa dia belajar kan..kalau dia belaja pun, mngkn dia takut tgk u kan..

Anonymous said...

sori bnyk2, psl hukum bunuh dlm jika murtad mmg ada..tp jgn salah faham..hukuman bunuh tu bkn nk menganiaya, tp tuhan begitu sygkan manusia..sbb apa hukum bunuh??sbb kematian adalah sesuatu pekara yg manusia paling takut..manusia sanggup buat apa shja utk dptkan nyawa mereka..ni berkaitan kehidupan selpas mati dimana tuhan mahu manusia mati dlm islam..kalau x, kehidupan selepas mati menjadi berat utk selama2nya..dlm islam, kehidupan dunia merupakan ujian, kehidupan selepas mati adalah kehidupan sebenar dimana akan menerima balsan berdasarkan ujian didunia..bkn sthun dua, tp selama2nya..salah satu ujian yg paling berat didunia adalah kepercayaan kpd tuhan yg satu sptmana yg dijelaskan dlm ajaran agama islam..if fail this test dan mati dlm keadaan tidak pecaya tuhan yg satu spt dlm ajran islam, maka kehidupan selepas mati, akan fail segala2nya, semua kebaikan yg dibuat, hanya dibals didunia, lepas mati, akan sengsara selamanya.tu ajaran islam secara asas..cma nk betulkan ketidakfahaman anda..kedua, islam mmg tiada paksaan tp hanya utk bkn muslim shja..stiap agama mempunyai peratran masing2 kan dan salah satu peraturan dlm agama islam tidak membenarkan penganutnya keluar dr islam tak kira la smada bru menganut ataupun mmg dilahirkan sbg islam..adalah tidak adil anda mempertikaikan agama kami kerana yg buat hal tu penganut agama kami iaitu keluar islam dimana peraturan agama kami mmg tidak membenarkannya..adakah anda mau memprtikaikan peraturan agama kami yg tidak membenarkan penganutnya murtad??dlm sesbuah organnisasi pun ada rule, jika langgar, kena hukum..mungkn rule tu tidak besesuaian..tp rule ttp rule kan..hukum bunuh mengedar dadah pn xde org bising2..stakat edar je, bkn paksa pun..hukum bunuh sbb mmg diketahui kesannya bukan je terhadap penagih, tp seluruh umat manusia..maksdnya, kesannya mmg berat..sbb tu hukum bunuh...bgitu jugak dgn org murtad, kesalahan yg paling besar dlm islam adalah murtad..sbb tu hukum bunuh..tu pun diberi pluang..dh beri pluang, pn tak menghargai, dh terlambat baru nk menyesal..

Evi Ana said...

yang menentukan penghuni syurga itu Tuhan ,bukan kamu manusia dan kami umat christiani sudah dijanjikan surga oleh Yesus,karena Yesus sudah menebus dosa2 kami manusia

Evi Ana said...

Yesus menebus dosa manusia dikayu salib,,dan christian adalah satu2nya agama yang menjanjikan surga karna Yesus telah mengatakannya demikian

Anonymous said...

Mana boleh manusia menebus dosa sesama manusia, yang ada wewenang mengampun dosa manusia hanya tuhan sahaja.
Nabi Isa PBUH tidak mati di kayu salib, dia diangkat dan diselamatkan oleh Allah. orang yang disalib itu ialah salah seorang hawariyyun, yang telah menjual amanat yakni berkhianat kepada nabi Isa PBUH.

Barangsiapa iman kepada dongeng tebus dosa di kayu salib PASTI AKAN MENYESAL dan termasuk orang yang rugi kerana mensia siakan peluang yang Allah berikan untuk beramal kebaikan tetapi telah memilih mempercayai suatu cerita karut.

Tak mengapa, Nabi Isa PBUH akan diturunkan kembali ke dunia sebelum peristiwa kiamat, kita tengoklah apa sebenarnya dongeng tebus dosa itu...

Anonymous said...

Kau ni semua jahaman!

Sengaja nk dngr Islam cara betul, ia krn sejak lahir dh diberitahui tiada agama lain.

Belajarlah skit philosofi dn kebenaran alam semesta. Semua commen ni mcm katak bawah tempurung. Agama Islam menyembah bulan, tu bodoh sangat. Kau ni sangka allah tunggu satu batu besar orbit bumi baru nk peduli cara hidup kita ye?

Fikir la sikit. Allah ni kecoh sngt kan? Ada XX kromosome kena tutup rambut, XY kromosome apapa boleh buat.

Gila

Anonymous said...

kami Muslim sembah Allah, kami tak sembah bulan. Kami sembah Allah. Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah. Konsep "ISLAM TIDAK MEMAKSA UNTUK MENGANUT MANA-MANA AGAMA IS ONLY SPECIFIC FOR NON-MUSLIM" dan kepada yang beragama Islam wajib bunuh sekiranya dia keluar Islam. Bukan main bunuh je, tapi berusaha untuk ajak dia kembali ke jalan yang benar. kalau dia masih berdegil, hukum bunuh wajib dijalankan. Allah's laws is perfect, try it in Malaysia then all crimes will gone. Maybe not for non-muslim, but for muslim in Malaysia.

Anonymous said...

lebih baik berpegang pd agama kita sendiri..blajar pandai mana pon,tapi klau jahil agama jugak,x de gunanya..renung-renungkanlah ye..;)
from:#Besolehah...

Anonymous said...

aq rasa kau yg jahanamm...kau ni penal nk kutuk agama Islam!!klau KO rasa KO Ade agama KO sendiri,jagalah sendiri...x pyh nk hina agama orng lain!!dasar babi laknat betul!!klau KO tu kafir,x pyh LA baca blog ni....rasa mcm nk bunuh je KO ni lah!!!

Anonymous said...

betul tu!!dasar kafir...!!!!¡!!@%@%$@%@&@&#%#

Anonymous said...

bagus tu..ceramah lagi dekat budak atas tu..klau penuh satu blog pon boleh...kuang ajo betul die tu..Ade ke patut die hina agama kita!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ad

Share This