11 Biodata Adik-Adik Idola Kecil Musim 6 (2013)...!!!

Pencarian bakat cilik ini telah menjelajah ke tiga lokasi iaitu di Johor, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur pada Oktober lalu. Hampir 1,000 telah mencuba nasib dan hanya 28 peserta telah berjaya ke peringkat saringan yang diadakan di Cheringin Resort, Janda Baik. Kesemuanya telah memberikan persembahan yang menakjubkan, namun, 11 yang terbaik dipilih untuk mewarnai pentas Idola Kecil musim keenam (IK6).
 
Program Idola Kecil 6 (IK6), yang dinanti-nantikan oleh penonton cilik TV9 ini akan mula disiarkan pada setiap Sabtu, jam 8.30 malam bermula 9 November ini.

Menurut Pengurus Besar TV9, Puan Zurina Othman “Penjelajahan kami ke tiga lokasi seperti Johor, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur berjaya mencungkil 11 peserta terbaik. Walaupun musim ini TV9 hanya menjelajah ke tiga buah lokasi, namun kami berpuas hati kerana para peserta yang hadir menampilkan vokal mereka yang berkualiti. Ini memberi kesukaran kepada pihak penerbitan terutamanya para juri untuk membuat pemilihan. Kejayaan mereka bukan sahaja berdasarkan vokal, malahan kehandalan serta kemahiran mereka dalam bidang tarian dan lakonan juga turut diambil kira.”


“Selain daripada menyediakan platform untuk mengasah dan mempamerkan bakat terpendam mereka, Idola Kecil 6 turut memberi peluang kepada mereka untuk mempelajari tutorial muzik dan menimba ilmu serta pengalaman berharga pada musim cuti sekolah seperti membentuk jati diri, bertanggungjawab dan yang paling utama mewujudkan sikap setiakawan,” tambah beliau lagi.




Kali ini, Idola kecil 6 akan menampilkan juri tetap yang baru iaitu seorang penyanyi dan pelakon berbakat iaitu Tomok. Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail yang juga pernah memenangi tempat pertama dalam Versus musim kedua menerusi nama band Manifesto dan juga juara bagi One In A Million (2009), akan menggalas tugas sebagai juri tetap. Setiap minggu, Tomok akan dibantu oleh dua juri berpengalaman seperti komposer, pengarah muzik atau pun penulis lirik untuk menilai dan mengadili persembahan dan vokal.

Tenaga pengajar yang membimbing dan membantu para peserta dari segi vokal masih lagi di bawah tanggungjawab Cikgu Delly atau nama sebenarnya Fadlita Mohd Taib. Turut membantu Cikgu Delly dalam susunan muzik dan komposer ialah AG Coco (Hezry Hafidz), salah seorang daripada ahli kumpulan Hujan yang pernah menjuarai takhta Versus musim pertama dan Guru Tari IK6 pula akan diterajui oleh Fuzzwayne (Fazrin Zainudin), seorang yang berpengalaman dalam bidang tarian dan merupakan salah seorang ahli kumpulan Elecoldxhot, yang memenangi program realiti Showdown musim ketiga. Elecoldxhot juga pernah memenangi Pingat Gangsa dalam Pertandingan Hip Hop Antarabangsa (HHI).

’Abang Long’ di kalangan peserta Idola Kecil, Alif Satar masih lagi kekal sebagai pengacara pada musim ini. Sikap Alif yang mudah mesra dengan para peserta membuatkan beliau disenangi dan disukai ramai.

Segmen Geng Radio daripada Hot FM bakal dihangatkan lagi dengan kehadiran peserta-peserta Idola Kecil 6. Hot FM juga akan turut mempromosikan secara esklusif kesemua peserta Idola Kecil 6 dengan temubual mingguan dan pelbagai aktiviti-aktiviti lain.

Idola Kecil 6 akan mula disiarkan di TV9 menerusi episod pengenalan pada 9 November, Sabtu, 8.30 malam yang merangkumi sedutan-sedutan pendek daripada sesi ujibakat, bootcamp sehinggalah ke pemilihan 11 orang finalis. Diikuiti pula dengan konsert mingguan pertama mulai 16 November, Sabtu, 8.30 malam. Seperti musim yang lepas, penonton juga berpeluang untuk mengikuti perkembangan dan gelagat peserta-peserta cilik ini menerusi Idola Kecil Klip Mini yang akan disiarkan pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6.58 petang selama dua minit bermula 11 November.

 Klip Mini ini akan diterajui oleh Ben Laden dari Idola Kecil 5. Bakat Ben dipanjangkan daripada nyanyian ke bidang lakonan di dalam telemovie Idola Kecil: Pengembaraan Ben yang meceritakan kisah seorang kanak-kanak yang dengan secara tidak sengaja ditinggalkan oleh keluarganya ketika pulang bercuti dari Pulau Langkawi. Ben kemudiannya menyaksikan kejadian culik seorang kanak-kanak perempuan dan bertindak seorang diri menyelamatkan kanak-kanak tersebut.


Reena
Nur Afreena bt Saiful Najib  
ampung Baru Pandan
Reena berumur 12 tahun, berasal dari Kuala Lumpur, dan bersekolah di SK.Taman Maluri.

Lagu boot camp
- A Thousand Years (Christina Perri)

Lagu kegemaran
- Set Fire To The Rain (Adele)
- A Thousand Years (Christina Perri)
- Terukir Di Bintang (Yuna)

Aby
Aby Norlila bt Kamaruddin (Aby)
Aby berasal dari Selangor, dan bersekolah di SK.Jln Selangor. 
Lagu kegemaran
- Tiada Kepastian (Ziana Zain)
- Kabut Serangkai Mawar( Nadia Aqilah)
- Jagalah Diri (Jac) 

Aida
Aida Syazlina bt. Mohammad Azmi (Aida Idola Kecil 6)
Pasir Gudang, Johor
Aida berumur 11 tahun, berasal dari Johor Bahru, dan bersekolah di SK.Kota Masai (2).

Lagu boot camp
- Jagalah diri (jac)

Lagu kegemaran
- Aku permata (Salma)
- Patah Seribu (Shila Amzah)
- Bukan Cinta Biasa (Siti Nurhaliza)

Aiman
Razin Aiman (Aiman Idola Kecil 6)
Shah Alam, Selangor
Aiman berumur 12 tahun, berasal dari Selangor, dan bersekolah di SK Seksyen 20.

Lagu boot camp
- Lelaki (Yuna)

Lagu kegemaran
- Mirrors (justin Timberlake)
- Wrecking Ball (Miley Cyrus)
- Aku Yang Dulu Bukan Yang Ssekarang (Tegar)

Ajaq
Abdul Razzaq Muqri bin Abdullah (Ajaq Idola Kecil 6)
Taman Seri Duyong, Melaka
Ajaq berumur 12 tahun, berasal dari Melaka, dan bersekolah di SK.Seri Duyong.

Lagu boot camp
- Bidadari (Lela)

Lagu kegemaran
- Setengah Mati Merindu (Judika)
- Aku Yang Tersakit (Judika)
- Bukan Aku Tak Cinta( iklim)

Aleeya
Nor Alleeya bt Nor Edwan (Aleeya Idola Kecil 6)
Taman Sentosa, Johor Bahru
Aleeya berumur 10 tahun, berasal dari Johor, dan bersekolah di SK.Sri Tebrau.

Lagu boot camp
- Because Of You (Kelly Clarkson)

Lagu kegemaran
- Breath ( sarah crossan)
- Mr Know It All (Kelly Clarkson)
- Someone Like You(Adele)

Aliff
Muhammad Aliff b. Kadiron (Aliff Idola Kecil 6)
Pekan Nenas, Pontian
Aliff berumur 12 tahun, berasal dari Johor, dan bersekolah di SK.Seri Bunian.

Lagu boot camp
- Pokok (Hazama)

Lagu kegemaran
- Aku Yang Dulu Bukan Yang Sekarang(Tegar)
- Seroja (Amy Search)
- Begang (Mentera)

Dani
Ammierul Daneal B. Eddy Noor (Dani Idola Kecil 6)
Bandar Tasik Kesuma
Dani berumur 12 tahun, berasal dari Selangor, dan bersekolah di SK.Kampong Rinching.

Lagu boot camp
- Bahagiamu Deritaku (Hafiz)

Lagu kegemaran
- Madah Berhelah( Ziana Zain)
- Kita (Forteen)
- Sejuta Maaf (Achik Spin)

Danial
Danial Cheur B. Hamasiah (Danial Idola Kecil 6)
Tawau, Sabah
Danial berumur 12 tahun, berasal dari Sabah, dan bersekolah di SK.St Patrick.

Lagu boot camp
- • Bertemu Di Kalbu (Jac)

Lagu kegemaran
- Listen (Beyonce)
- Jagalah Diri (Jac)
- Bertemu Di Kalbu (Jac)

Eeqah
Shafiqah Amira bt.Sukor (Eeqah Idola Kecil 6)
Kuantan,Pahang
Eeqah berumur 12 tahun, berasal dari Pahang, dan bersekolah di SK.SG Isap.

Lagu boot camp
- Destinasi Cinta (Siti Nurhaliza)

Lagu kegemaran
- Patah Seribu (Shila Amzah)
- Set Fire To The Rain (Adele)
- Pelangi Senja (Stacy)

Emilia
Nur Emilia Natasha (Emilia Idola Kecil 6)
Kamunting, Perak
Emilia berumur 12 tahun, berasal dari Perak, dan bersekolah di SK.All Saints.

Lagu boot camp
- Setelah Aku Kau Miliki (Shima)

Lagu kegemaran
- Samudara (Nora)
- Sayang (Shea)
- Air Mata Ibu (Siti Nurhaliza)
  
Idola Kecil 6 turut disokong oleh HIP TV yang bersiaran setiap Sabtu jam 10.00 malam yang akan memaparkan aktiviti-aktiviti harian mereka. Antara program lain yang turut memberi sokongan kepada program Idola Kecil 6 ialah Bananana Squad dan Nasi Lemak Kopi O.

Untuk mereka yang tidak berkesempatan untuk menyaksikan program Idola Kecil 6 ini, sila layariwww.tonton.com.my. Malahan, segala aktiviti yang dijalankan di dalam IK6 turut dipaparkan menerusi laman sosial TV9 dan Hot FM seperti di bawah:

Website:
www.tv9.com.my/idolakecil6
www.hotfm.com.my

Facebook:
www.facebook.com/TV9DiHatiku
www.facebook.com/hotfm976

Twitter:
www.twitter.com/tv9malaysia (@TV9Malaysia)
www.twitter.com/hotfm976 (@hotfm976)

Instagram:
@TV9Malaysia #IdolaKecil6
@HotFM976 #IdolaKecil6

Pastikan juga anda sentiasa mendengar maklumat terkini IK6 menerusi Geng Radio IK5 iaitu Hot FM dan TV9, saluran 119 pada setiap Sabtu, jam 8.30 malam mulai 8 November 2013.

Selamat menonton

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post