15 Kadar Tol Baru di Lebuhraya Seluruh Negara 2014, Naik Diantara RM0.50 ke RM2

Kerajaan pada peringkat akhir kajian penstrukturan semula pakej baru tol lebuh raya yang lebih munasabah untuk rakyat, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, pakej itu merangkumi semua aspek yang memenuhi kepuasan pengguna terutama kadar lebih munasabah, lebuh raya lebih berkualiti serta kemudahan disediakan."Saya mengumumkan pakej baru itu nanti, pakej yang boleh diterima dan sangat diharapkan rakyat," katanya ketika berucap merasmikan Menara Korporat Persada Plus, di sini semalam.

Hadir sama isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Kerjaraya, Datuk Shaziman Abu Mansor, Pengerusi Plus Expressways Berhad, Tan Sri Mohd Sheriff Mohd Kassim; Pengerusi Kumpulan UEM, Tan Sri Dr Ahmad Tajuddin Ali dan Pengarah Urusan Khazanah Nasional, Tan Sri Azman Mokhtar.

 http://selongkar10.blogspot.com/2013/12/15-kadar-tol-baru-di-lebuhraya-seluruh.html
Kadar kenaikan tol RM0.50 - RM2.00

Pada majlis sama, Rosmah yang juga penaung program Permata Pintar Negara merasmikan Pusat Pembangunan Kanak-Kanak Plus (Plus CDC) yang memberi peluang kakitangan syarikat menghantar anak mendapatkan pendidikan pada usia awal. Perdana Menteri berkata, kerajaan juga sedia berkongsi kos dengan syarikat konsesi lebuh raya terutama Plus bagi memastikan perkhidmatan terbaik diberi kepada rakyat sejajar slogan '1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

"Saya harap Plus terus menyediakan kemudahan lebuh raya yang selesa dan bermutu termasuk menambah lorong untuk melancarkan trafik. Mengenai kos ia boleh dirunding dengan kerajaan kerana kita mengamalkan prinsip berkongsi kos.

"Kalau tol naik sikit, orang ramai tidak marah sebab perjalanan mereka lancar dan tidak sesak," katanya. sekali gus menjana ekonomi negara. Perdana Menteri turut memuji pencapaian Plus kerana menjadi syarikat konsesi contoh di negara ini dan berjaya melebarkan sayap ke peringkat antarabangsa dengan membangunkan lebuh raya di Indonesia dan India.

"Lebih menarik, Plus diuruskan wanita. Saya mahu kebersihan tandas di Kawasan Rehat dan Rawat Plus dicontohi organisasi lain," katanya.

Sementara itu, Shaziman berkata, kajian pakej baru tol itu di bawah Unit Kerjasama Awam Swasta dan Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri.

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post