8 Selebriti Malaysia Yang Meninggal Dunia Tahun 2009

Selebriti-selebriti di Malaysia yang Meninggal Tahun 2009

1. Zubir Ali
Komposer dan penulis lirik lagu puisi, Zubir Ali - Allahyarham menghembuskan nafas terakhir jam 10.30 pagi, 6 Mac 2009. Komposer, Osman Ghani - Osman, 58, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Teluk Intan, Perak, 19 Mei 2009 kerana asma.

2. Shukery Hashim
Pelakon, Shukery Hashim - Shukery, 55, atau nama sebenar Mohamad Shukery Hashim meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), 10 Jun 2009 akibat barah pankreas.

3. Khairil Khamis
Penyanyi dan pelakon Khairil Khamis - Dia ialah abang kepada penyanyi Azizul Khamis. Allahyarham meninggal dunia kira-kira 6.20 pagi, Jumaat Julai 17, 2009.

4. Yasmin Ahmad
Pengarah dan pelakon, Yasmin Ahmad - Yasmin, 51, kemudian terpaksa menjalani pembedahan membuang pendarahan dalam otak akibat strok di Hospital Pakar Damansara. Bagaimanapun, selepas dua hari koma akhirnya Yasmin meninggal dunia jam 11.25 malam, 25 Julai 2009.

Teruskan Selongkar..



5. Ustaz Asri (Rabbani)
Penyanyi nasyid kumpulan Rabbani, Mohd Asri Ibrahim - Ustaz Asri, 40, disahkan meninggal dunia jam 11 pagi, 13 Ogos 2009 ketika mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Pantai, Bangsar. Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Lancong, Seksyen 28, Shah Alam selepas solat Asar.

6. Param
Pelakon, Param - Param, 55, meninggal dunia jam 6 pagi pada 14 Ogos 2009 akibat sakit jantung ketika dalam perjalanan dari rumahnya di Taman Setia ke Hospital Besar Kuala Lumpur (HKL).

7. Dayana Kamal
Pelakon/model, Dayana Kamal - Wan Nurdiyana Mohd Kamarul Zaman, 22, atau lebih dikenali Dayana Kamal terbabit dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 4 Jalan Kota Bharu-Kuala Krai, Kampung Bunut Payung pada 18 Oktober 2009 menarik perhatian ramai apabila dia terbunuh bersama dua rakannya yang lain.

8. Ismail Fariz Ali
Komposer, Ismail Fariz Ali - Ismail, 47, kembali ke rahmatullah jam 4.30 pagi pada 24 Disember 2009 di Pusat Perubatan Gleneagles, Ampang, Selangor akibat barah perut.

Begitulah kehidupan di dunia ini, setiap yang datang pasti akan pergi dan setiap yang bernyawa pasti akan dicabut nyawanya oleh malaikat maut suatu masa nanti.

"Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu Dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan, dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan."Surah Al Anbiyaa' : Ayat 35

Innalillahirajiun.

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post