18 Artis Malaysia Yang Berkahwin Sepanjang Tahun 2014

Hai selamat pengantin baru semoga...kekal abadi bahgia ke akhir hayat.... Bila cerita pasal perkahwinan pasti lagu-lagu tentang kahwin akan terngiang tanda gembira meraikan pengantin. Lebih meriah lagi apabila perkahwinan itu melibatkan artis terkenal negara yang menjadi public figure. Bila nikahnya, apa pakaiannya, hantarannya semuanya diperincikan dalam artikel.

Jadi jom kita selongkar dan singkap imbasan perkahwinan artis yang berkahwin sepanjang tahun 2014.

Syamsul Yusof & Puteri Liyana
8 Mac 2014

BIARPUN masih lagi dalam keadaan kurang sihat akibat penyakit demam denggi, pengarah filem dan pelakon Syamsul Yusof, 30, akhirnya selamat bergelar suami kepada aktres Puteri Sarah Liyana, 29, dengan sekali lafaz dalam satu majlis yang diadakan di Masjid Al Mukarramah, Sri Damansara, di sini, Sabtu.

 
 
Pasangan itu dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Kariah Masjid Al Mukarramah kira-kira pukul 10.30 pagi. Puteri Sarah diwalikan oleh bapanya Megat Kamaruddin Megat Shamsuddin.
Syamsul memberikan mas kahwin sebanyak RM1,111.

Sementara itu, majlis resepsi yang dijadualkan berlangsung pada malam Sabtu ditunda ke satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian berikutan keadaan kesihatan Syamsul. Syamsul yang dimasukkan ke Pusat Perubatan Gleneagles pada Selasa selepas disyaki demam denggi masih lagi mendapatkan rawatan di pusat perubatan tersebut.

Manakala majlis menyambut menantu akan diadakan pada 18 April di Dewan Perdana Felda dan 20 April di kediaman pengantin lelaki di Taman Melawati. Pada 12 Januari lalu, Syamsul telah merisik Puteri Sarah dalam satu majlis yang diadakan di kediaman wanita itu di Sri Damansara, di sini.

 Radhi OAG & Nur Shahira Ayu Zahiri
4 April 2014
http://selongkar10.blogspot.com/2014/09/15-imbasan-perkahwinan-artis-di.html

Nikah Kali Ke-2 : Radhi OAG Sah Bergelar Suami Kepada Shahira Ayu | Pada tarikh yang cantik, 4 April 2014 (4.4.14) merupakan hari bahagia buat Radhi OAG, 37 atau nama sebenarnya Mohd Radhi Razali apabila sah bergelar suami kepada model sambilan bernama Nur Shahira Ayu, 20 tahun dengan sekali lafaz.


Pasangan ini telah dinikahkan oleh Imam Besar Masjid, Ustaz Mohd Firdaus Subhi berwakil wali bapa pengantin perempuan, Zahiri di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Ayu menerima mas kahwin berjumlah RM300 berserta wang hantaran sebanyak RM30,000.


Fizz Fairuz & Almy Nadia
Nikah 26 April 2014
http://selongkar10.blogspot.com/2014/09/15-imbasan-perkahwinan-artis-di.html  
http://selongkar10.blogspot.com/2014/09/15-imbasan-perkahwinan-artis-di.html

Majlis pernikahan yang berlangsung pada sabtu 26 April 2014 di Pulau Pinang, Almy Nadia menerima wang hantaran sebanyak RM20,000 berserta mas kahwin RM1,001 & sembilan dulang barangan hantaran dan membalas 11 dulang barangan hantaran.

Misha Omar & Firos Ezzuwan Rossly
Nikah 2 Mei 2014
http://selongkar10.blogspot.com/2014/09/15-imbasan-perkahwinan-artis-di.html  
Di Majlis pernikahan..
 
Penyanyi popular, Misha Omar memilih tarikh 2 Mei 2014 sebagai tarikh pernikahan dengan tunangannya Firos Ezzuwan Rossly. Menurut Musha, tarikh itu menjadi pilihan kerana mahu memenuhi permintaan ibunya yang mahu majlis itu diadakan pada bulan Rejab.

http://selongkar10.blogspot.com/2014/09/15-imbasan-perkahwinan-artis-di.html 
Majlis akad nikah akan diadakan di Hotel Renaissance Kota Bahru, Kelantan pada sebelah pagi. Manakala majlis resepsi akan berlangsung pada sebelah malam di tempat yang sama.

Ruminah Sedik (Mak Mah) & Al Fatah Rahim
 17 Mei 2014
 

Usia emas ternyata bukan penghalang buat pelakon veteran, Ruminah Sedik, 68, atau lebih dikenali sebagai Mak Mah untuk melangsungkan perkahwinan yang keempat dengan pasangannya, Al Fatah Rahim, 70. Dengan sekali lafaz akad nikah, Ruminah sah bergelar isteri kepada peneroka Felda Jelai, Gemas, Negeri Sembilan itu.

Majlis akad nikah disempurnakan oleh Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Masjid As-Syarif, Mohd. Jani Salman di rumah abang ipar Ruminah di Taman Berkat, Meru di sini pada kira-kira pukul 9.20 pagi 17 Mei 2014.

Tengku Azura & Ramelle Ashram (Adik Jejai)
 25 Mei 2014
http://selongkar10.blogspot.com/2014/09/15-imbasan-perkahwinan-artis-di.html 

Supermodel Malaysia dan juga salah seorang pelakon filem Bunohan, Tengku Azura, 39 telah pun selamat bergelar isteri kepada Ramelle Ashram, 35. Untuk makluman, Ramelle adalah adik kepada Jejai, suami Fasha Sandha.. Mereka berdua telah berkenalan selama 2 tahun setengah sebelum mengambil keputusan untuk bersatu sebagai suami isteri.

http://selongkar10.blogspot.com/2014/09/15-imbasan-perkahwinan-artis-di.html 
 
Majlis pernikahan telah diadakan secara ringkas dengan para tetamu yang hadir terdiri daripada ahli keluarga dan sahabat rapat. Tengku Azura sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dan ini merupakan perkahwinan keduanya.


Wan Zack Haikal & Nur Shahifa
30 Mei 2014
http://selongkar10.blogspot.com/2014/09/15-imbasan-perkahwinan-artis-di.html

http://selongkar10.blogspot.com/2014/09/15-imbasan-perkahwinan-artis-di.html

http://selongkar10.blogspot.com/2014/09/15-imbasan-perkahwinan-artis-di.html
Tahniah diucapkan atas pernikahan kedua-dua mempelai ini yang telah berlangsung pada 30 Mei lalu di Masjid Kampung Pengkalan Pandan, Kemaman sementara majlis persandingan pula telah diadakan di Puteri Foodcourt, Bukit Mentok, Kemaman.

Jimmy Shanley &  Mariam Jamilah
7 Jun 2014
http://selongkar10.blogspot.com/2014/09/15-imbasan-perkahwinan-artis-di.html

Hanya dengan sekali lafaz, pengacara dan penyampai radio Ultra FM, Jimmy Shanley akhirnya bergelar suami kepada Mariam Jamilah Abdul Jalil, 27, dalam satu majlis yang diadakan di Hotel Concorde, di sini pada Sabtu, 7 jun 2014. Jimmy atau nama sebenarnya Jimmy Shanley Norjahan Saleh, 34, memberikan mas kahwin sebanyak RM1,000 manakala wang hantaran RM15,000.

Rombongan lelaki turut membawa lima dulang hantaran dan dibalas tujuh dulang oleh pihak perempuan. Dalam pada itu, Jimmy turut menitiskan air mata dan menangis ketika membacakan lafaz taklik di hadapan bapa pengantin perempuan selepas sah bergelar suami.

Pada majlis tersebut pasangan pengantin menggayakan pakaian berwarna putih daripada butik Citra, manakala solekan daripada jurumekap Siti Saleha. Majlis turut dihadiri seramai 200 orang tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga kedua-dua belah pihak.


Jaclyn Victor & Az Yet Shawn Rivera
19 Julai 2014
 http://selongkar10.blogspot.com/2014/09/15-imbasan-perkahwinan-artis-di.html

Penyanyi Jaclyn Victor membuat kejutan apabila mengumumkan dirinya sudah berkahwin bersama salah seorang anggota kumpulan R'n'B terkenal, AZ Yet, Shawn Rivera, 40, 19 Julai lalu. 
Majlis bersejarah ini telah berlangsung di sebuah gereja di Philadelphia, Amerika Syarikat dengan dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.

"Perkenalan kami telah bermula sejak lebih setahun yang lalu. Namun, Shawn memberanikan diri melamar saya pada bulan Ogos tahun lepas. Saya terus bersetuju untuk menerima lamarannya. 
"Saya tidak berniat untuk menyembunyikan tentang perkara ini tetapi saya sukakan privasi. Walaupun berjauhan, namun kami tidak lupa berhubung setiap hari melalui panggilan telefon," kata Jac yang kelihatan berseri-seri saat mengumumkan tentang berita baik tersebut.

Sebelum ini Jac berteka-teki tentang majlis perkahwinannya dan pernah memaklumkan akan berkahwin pada bulan September akan datang. Namun, amat mengejutkan kerana pada sidang media yang berlangsung di Istana Budaya sebentar tadi, apabila Jac mengumumkan berita gembira ini.


Atilia & Adam Sofian Mazlan
31 Ogos 2014
http://selongkar10.blogspot.com/2014/09/15-imbasan-perkahwinan-artis-di.html

Setelah tujuh tahun hidup sendiri penyanyi Atilia telah melangsungkan pernikahan pada pukul 11.00 pagi 31 Ogos 2014 dengan Adam Sofian Mazlan di Saujana Gold & Country Club. Atilia memberitahu bahawa pernikahan mereka dirancang sejak tiga minggu lepas disebabkan kesibukan masing-masing. Kira-kira 160 orang tetamu dalam majlis pernikahan Atilia yang diadakan secara kecil-kecilan dan dihadiri keluarga dan teman rapat.

Eina Azman & Datuk Paduka Kaiser Gurmit Harden
31 Ogos 2014


Selepas dua kali lafaz pelakon Eina Azman, 19, kini sah bergelar isteri kepada Datuk Paduka Kaiser Gurmit Harden, 35, malam ini.  Pasangan ini dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Azman Abdullah, di hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur, tepat jam 9.03 malam. 31 Ogos 2014

Upacara itu disaksikan Penolong Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Zulkapili Abdul Mutalib serta abangnya. Pada majlis pernikahan ini juga, Eina atau nama sebenarnya, Cik Ainur Syakina, menerima mas kahwin RM770. \


 Alif Satar & Sha Dila
15 Ogos 2014
http://selongkar10.blogspot.com/2014/09/15-imbasan-perkahwinan-artis-di.html

Tahniah diucapkan kepada penyanyi dan pengacara, Alif Satar yang dengan sekali lafaz telah sah bergelar suami kepada Sha Dila yang telah diwalikan oleh bapa kandungnya sendiri Halid Bin Mohamad, kira-kira jam 11.40 pagi tadi.

Dalam majlis pernikahan yang berlangsung serba sederhana di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur, Sha Dila telah menerima mas kahwin sebanyak RM80 dan dihadiahkan wang hantaran sebanyak RM19,000.

Majlis yang diadakan secara tertutup ini telah dihadiri oleh ahli keluarga serta rakan-rakan kedua belah pihak.


Alyph (Sleeq) & Azzah
13 September 2014
http://selongkar10.blogspot.com/2014/09/15-imbasan-perkahwinan-artis-di.html

Dengan hanya sekali lafaz, anggota Kumpulan SLEEQ, Alyph kini bergelar suami kepada pasangannya, Azzah tepat jam 11.30 pagi 13 sept. Majlis pernikahan ini telah diadakan di Flower Dome, Gardens by the Bay, Singapura.

 Farhan Af & Ahmad Rashadan  
10 Oktober 2014 
http://selongkar10.blogspot.com/2014/09/15-imbasan-perkahwinan-artis-di.html 

Dengan hanya sekali lafaz, penyanyi Nurfarhan Azizan, 30, sah menjadi milik Ahmad Rashadan Mohamad Suhaimi, 30, kira-kira jam 10.15 pagi 10 oktober 2014.

Majlis nikah yang ringkas dan sempurna itu diadakan di Masjid Al Hasanah Bangi. Mempelai dinikahkan oleh Pendaftar Perkahwinan Pejabat Agama Islam, Zainal Abidin Yusof serta berwalikan bapa pengantin perempuan Azizan Mohd Khir.

Selain mas kahwin sebanyak RM300, Farhan turut menerima 7 dulang hantaran dari pihak lelaki dan dibalas dengan 9 dulang hantaran dari pihak perempuan.


 Erin Malek & Darriz Fauzy 
10 Oktober 2014
http://selongkar10.blogspot.com/2014/09/15-imbasan-perkahwinan-artis-di.html

Erin Malek yang awalnya merancang untuk bernikah pada 10 Januari 2015 dan menukar tarikh nikahnya itu kepada semalam (10 Oktober) kini sah bergelar isteri.

Juara Fear Factor musim kedua itu, selamat diijabkabulkan dengan pasangannya Farriz Fauzy, 30, tepat jam 9.13 malam.  Mereka dinikahkan oleh Pendaftar Perkahwinan Pejabat Agama Islam Hulu Langat, Zainal Abidin Yusof. Manakala walinya pula ialah bapa Erin sendiri, Abdul Malek Mari.


Syarif Sleeq & Sharifah Malak Aimana Mahdaly
22 Nov 2014


Tahniah diucapkan kepada penyanyi Kumpulan Sleeq iaitu Syarif atau nama sebenarnya Ahmad Syarifullah Ahmad Soribah, 25, kerana telah sah menjadi suami kepada pasangannya Malaque Mahdaly, 25, pada pukul 10.30 pagi Sabtu di Alkaff Mansion,Singapura. Pasangan pengantin itu turut secocok dengan busana pengantin bertemakan Arab yang direka khas oleh pereka fesyen terkenal singapura iaitu Lulu Alhadad.

 Menariknya, majlis pernikahan dan resepsi pasangan ini telah pun disiarkan secara langsung di laman web dan YouTube.

 Elainy daly & Nick Borden

Tahniah diucapkan kepada pelakon dan pengacara popular, Elaine Daly yang telah sah bergelar isteri kepada Nick Borden dalam sebuah majlis yang berlangsung di Restoran Itali, Ciao, Kuala Lumpur. 
Sebelum ini, Elaine berkongsi detik perkenalannya bersama Nick yang juga seorang doktor pada Mac lalu dan selepas mengenali hati budi masing-masing, mereka mengambil keputusan bertunang pada Julai lalu.


 Chef Riz & Shikin Maembong
 5 Dis 2014
 

Rezeki nyata menyebelahi pasangan pengantin baru Chef Riz dan Shikin Maembong apabila mereka bakal menimang cahaya mata pertama selepas Shikin disahkan hamil dua minggu.  

Memetik laporan mStar Online, Chef Riz menganggap berita tersebut sebagai rezeki buat keluarganya kerana tidak menyangka isterinya akan mengandung dalam jangka masa singkat.

“Pada minggu lalu, Shikin sering tidak sihat, lemah dan muntah. Hati saya terdetik juga adakah dia mungkin mengandung. Apabila membuat pemeriksaan di klinik, doktor mengesahkan dia mengandung.
"Memang kami rancang mahukan anak dengan segera tapi tak sangka pula seawal ini. Segan juga nak kongsi kepada umum, maklumlah perkahwinan kami masih baru lagi. Apa-apapun ini rezeki yang diberi oleh Allah. Alhamdulillah, syukur,” ujarnya Chef Riz.

Tahniah diucapkan buat Chef Riz dan Shikin, semoga Shikin dapat menjalani tempoh kehamilan dengan lancar dan seterusnya dikurniakan anak yang sihat kelak.

 Datuk A Rahman Hassan & Fadhilah Mansor
 25 Dis 2014
 
Dengan hanya sekali lafaz, penyanyi popular era 60-an, Datuk A Rahman Hassan kini sah bergelar suami kepada pelakon, Fadhilah Mansor. 

Dalam majlis pernikahan yang berlangsung di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra itu, kedua mempelai yang anggun berpakaian sedondon berwarna krim telah dinikahkan oleh imam Masjid Jamek Kampung Baru Kuala Lumpur, Ustaz Azizi Abdul Hamid Al-Hafiz.
Fadilah yang berwalikan abangnya Jamaluddin Mansor menerima mas kahwin berupa sebentuk cincin berlian serta lima dulang hantaran berbalas lima dulang.
Tahniah daripada Media Hiburan buat kedua-dua pasangan ini. Semoga perkahwinan ini kekal hingga ke akhir hayat. 

 Faralyna Idris & Fikri
12 Dis 2014

Faralyna dan Fikri telah disatukan di majlis pernikahan yang diadakan di atas kapal Cruise Tasik Putrajaya. Kedua mempelai turut bertukar lima dulang hantaran di majlis tersebut.
Untuk rekod, pasangan ini telah mengikat tali pertunangan pada Mei lalu selepas menjalinkan hubungan cinta selama dua tahun. 

 Wan Raja & Yaya Maembong
12 Dis 2014

Sekalung tahniah diucapkan kepada pelakon filem '… Dalam Botol', Wan Raja yang mengakhiri zaman bujangnya bersama kakak pelakon Emma Maembong, Yaya dalam majlis pernikahan yang diadakan pada 12 Disember lalu.

Majlis pernikahan tersebut telah berlangsung di Masjid Al-Redhuan, Hulu Klang. 
Wan Raja dan Yaya selamat bergelar suami isteri dengan sekali lafaz dalam majlis pernikahan yang diadakan di Masjid Al-Redhuan, Hulu Klang.

Pengantin perempuan telah menerima mas kahwin berjumlah RM300 dan wang hantaran sebanyak RM 12,121.40 daripada pelakon tersebut.

Dalam pada itu, majlis resepsi yang diadakan pada Ahad lalu berlangsung meriah dengan menggunakan tema bangsawan Melayu. Malah, pengantin dan tetamu telah mengenakan persalinan tradisional bagi memeriahkan majlis itu. 

 Yazer & Ekin AF
26 Dis 2014
 

Tahniah diucapkan kepada dua bekas pelajar Akademi Fantasia musim ketiga, Yazer dan Ekin yang kini sah bergelar suami isteri selepas disatukan dalam majlis pernikahan yang diadakan pada 26 Disember lalu.

Majlis tersebut telah diadakan di kampung Ekin yang terletak di Kampung Bebuloh Laut, Wilayah Persekutuan Labuan.

"Jujurnya, saya sangka jodoh kami tidak panjang lebih-lebih lagi hubungan kami putus pada November tahun lalu. Selepas masing-masing bermuhasabah diri, saya mengambil keputusan untuk memujuk Ekin pada April lalu dan terus melamarnya tanpa membuang masa," ujar Yazer yang dipetik sebagai berkata tidak lama dahulu.

Dalam pada itu, resepsi pasangan mempelai ini telah berlangsung pada 28 Disember di lokasi sama.
Untuk rekod, Yazer dan Ekin mula menjalin cinta ketika menyertai Akademi Fantasia musim ke-3 (AF3) pada tahun 2005.

 Leez Rosli & Aepul Drama Band  
27 Disember 

Pasangan ini telah selamat dinikahkan dengan tiga kali lafaz oleh bapa Leez sendiri iaitu Encik Rosli dengan disaksikan Penolong Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk, Ustaz Muhamad Jalani Ahmad.
Majlis pernikahan ini telah diadakan di Masjid Salahuddin Al Ayubi, Taman Melati, Kuala Lumpur dengan dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan-rakan kedua belah pihak.

Pihak lelaki memberi sembilan dulang hantaran dan dibalas 11 dulang hantaran. Manakala mas kahwin berjumlah RM80 dan pasangan ini merahsiakan jumlah wang hantaran.

P/S : Tahniah diucapkan kepada semua pengantin...semoga berbahgia sehingga ke akhir hayat.

Untuk pautan perkahwinan artis tahun-tahun sebelumnya, Klik Link






Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post