11 Tips Persediaan Menghadapi Situasi Banjir Buat Pertama Kalinya..!!!

Anda hadapi banjir buat pertama kali? Ini maklumat penting sebagai persediaan untuk menghadapi dugaan banjir.


1. Kenalpasti Kawasan Berisiko
Kenalpasti kawasan yang berisiko dilanda banjir di kawasan anda.



2. Semak Insurans
Semak polisi insurans anda, sama ada ia akan cover kerugian akibat bencana banjir.




3. Selamatkan Dokumen Penting
Selamatkan dokumen penting seperti surat beranak, passsport, geran tanah, polisi insuran, surat cinta dulu-dulu atau lain-lain dokumen berharga di peti simpanan selamat dan kalis air.


 Teruskan Selongkar...


4. Persediaan Kit Kecemasan
Sediakan kit persediaan banjir seperti kad pengenalan, bekalan ubat, air minuman, makanan dalam tin, baju hujan, bateri dan mainan kegemaran anak anda (ia membantu dia bertenang).




5. Mengenalpasti Kawasan Selamat
Kenalpasti kawasan selemat jika diarahkan berpindah dari kediaman anda. Maklumat bencana terkini boleh diakses di sini : Portal Bencana Majlis Keselamatan Negara



6. Mengalihkan Barangan Ke Tempat Tinggi
Kurangkan kadar kerosakan harta benda dengan pindahkan ke tempat tinggi di dalam rumah seperti di loteng atau atas almari.


7. Mengikuti Perkembangan Terkini
Sentiasa mengikuti perkembangan terkini amaran banjir. Banjir boleh berlaku dalam tempoh beberapa jam malahan dalam beberapa minit juga tidak mustahil.


8. Ambil Perhatian dengan Arahan Serta Amaran
Apabila amaran banjir dikeluarkan, segera alihkan perabot ke tempat lebih tinggi di rumah anda.



9. Dekat dengan Media
Dengar radio tempatan dan tonton siaran televisyen untuk mendapatkan maklumat apabila amaran banjir telah dikeluarkan.
Kamera pengawasan real time banjir boleh dilihat di sini : Info Banjir



10. Elakkan Berjalan Kaki Ayam
Elakkan berjalan kaki di kawasan air banjir melimpah. Anda tak akan tahu apa yang ada di bawah air.



11. Kereta Bukanlah tempat yang Paling Selamat
Jika enjin kereta anda mati semasa meranduk air banjir, tinggalkan kereta dengan segera. Ia mungkin hanyut dibawa arus kuat dan ia sangat berbahaya.



Sentiasa mendoakan agar semua yang menghadapi dugaan selamat dan turut bersimpati dengan apa yang menimpa.

Sumber : Wikihow, MKN, Water.gov.my

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post