14 Filem Yang Diharamkan Tayangannya Di Pawagam Malaysia

Walaupun filem pada sebenarnya bertujuan untuk memberi hiburan, namun terdapat juga sesetengah filem yang memaparkan adegan-adegan yang kurang menyenangkan atau menyinggung perasaan penonton sehingga menyebabkan filem tersebut terpaksa diharamkan dari ditayangkan.

Malaysia juga tidak terkecuali dari situasi tersebut, malah pihak Lembaga Penapisan Filem (LPF) juga sentiasa memantau dan menapis filem-filem yang berunsurkan seksual, keganasan, politik atau budaya sosial sebelum ia ditayangkan.

Berikut merupakan senarai lapan buah filem antarabangsa dan juga tempatan yang diharamkan ditayang di Malaysia.
 
1) Fifty Shades Of Grey
Filem yang diangkat dari sebuah novel popular ‘Fifty Shades of Grey’ ini sememangnya dijangka tidak akan ditayangkan di Malaysia.


Bagaimanapun pengedar filem di Malaysia iaitu United International Pictures (UIP) pada awalnya berkata filem tersebut akan ditayangkan di Malaysia dan berita tersebut nyata menggembirakan sesiapa yang membaca novel tersebut. Kegembiraan itu bagaimanapun tidak lama apabila Lembaga Penapisan Filem (LPF) mengharamkan filem lakonan Dakota Johnson dan Jamie Dornan kerana dikatakan terlalu pornografi.

Teruskan Selongkar...

2) S3x Tape
Filem ini adalah filem kedua berunsur seks yang diharamkan di Malaysia pada tahun 2014. Rata-rata tidak terkejut dengan pengharaman filem tersebut kerana judul filem tersebut awal-awal lagi mengisahkan tentang seks, maka tidak hairanlah ia diharamkan. 

Walaubagaimanapun, orang ramai masih boleh menonton filem di Internet.


3. The Wolf Of Wall Street
Filem yang dibintangi pelakon hebat Leonardo DiCaprio ini diharamkan ditayangkan di Malaysia kerana terdapat keluc4han, babak bogel serta seks.
  

Selain itu, filem arahan Martin Scorcese ini juga mencipta rekod penggunaan perkataan luc4h ‘F**K’ paling banyak dalam filem R-rated iaitu sebanyak 506 kali dalam filem itu atau 2.81 kali seminat. Jadi tidak hairanlah ia diharamkan di sini.

4. The Raid 2 : Berandal
Jika sebelum ini filem pertama garapan Gareth Evans “The Raid: Redemption” pernah ditayangkan di Malaysia pada tahun 2011, namun untuk sekuel kedua ini iaitu “The Raid 2: Berandal” ini diharamkan dari ditayangkan di Malaysia.



Menurut Lembaga Penapisan Filem Negara (LPF), filem yang diterajui oleh Iko Uwais ini mempunyai terlalu banyak babak ganas keterlaluan di dalam filem ini. 

 
5. NOAH
Filem yang memaparkan jalan cerita berasaskan kepada kisah hidup Nabi Nuh A.S ini mendapat kritikan hebat daripada negara-negara Islam di dunia berikutan memaparkan ilustrasi atau wajah Nabi Nuh yang sememangnya bertentangan dengan Garis Panduan Penapisan Filem Kementerian Dalam Negeri dan selaras dengan Garis Panduan Penapisan Kandungan Bahan-Bahan Penyiaran Berunsur Islam yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).



Selain Malaysia, beberapa negara di Timur Tengah seperti Qatar, Bahrain, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan banyak lagi telah mengharamkan tayangan filem yang dibintangi Russel Crowe, Jennifer Connelly, Anthony Hopkins dan Emma Watson. Malah institusi terkenal Islam di Mesir, Al-Azhar turut mengeluarkan fatwa yang mengharamkan filem ini.


6) I Spit On Your Grave
Filem yang mengisahkan tentang seorang wanita yang membalas dendam terhadap sekumpulan lelaki yang merogolnya ini bukan sahaja diharamkan di Malaysia, malah terdapat banyak negara lain yang turut mengharamkan tayangan filem ini antaranya Singapura, Thailand, China, New Zealand dan banyak lagi. Ini kerana filem arahan Steven R. Monroe ini didakwa mengeksploitasi golongan wanita.


7. Bruce Almighty (2003)
Berkisahkan tentang Bruce yang kufur nikmat.
Sebab diharamkan : mempunyai babak yang dipercayai imej tuhan


8. Brokeback Mountain (2005)
Berkisahkan tentang sepasangan kawan baik berkhemah di pergunungan.
Sebab diharamkan : sepasangan kawan itu jatuh cinta dengan antara satu sama lain


9. Pulp Fiction (1994)
Filem yang berkisahkan tentang scene pendek di antara pembunuh upahan, seorang isteri kepada gangster dan sepasang penyamun. Dibintangi oleh Uma Thurman dan John Travolta
Sebab diharamkan : terlalu banyak elemen yang tidak sesuai untuk budaya Timur.




10. Babe (1995)
Berkisahkan tentang seekor babi yang bernama Babe. Babe yang mempunyai kecelaruan identiti, dibesarkan oleh sekumpulan anjing pengembala kambing dan belajar untuk mengawal sekumpulan kambing.
Sebab diharamkan : Watak babi yang difahamkan tidak sesuai ditayangkan kerana babi kan harommmm




11. American Beauty (1999)
Bukan berkisahkan tentang wanita cantik di Amerika tetapi mengisahkan seorang bapa yang berusaha gigih untuk kelihatan sado demi menarik perhatian rakan anaknya.
Sebab diharamkan : ketidaksesuaian jalan cerita yang boleh menjadi salah faham bagi budaya Timur.

12. The Prince Of Egypt (1998)
Filem yang diterbitkan oleh Dreamworks Studio berkisahkan tentang pengembaraan Nabi Musa a.s.
Sebab diharamkan : Sensitiviti agama 



13. Bride of Chucky (1998)

Berkisahkan patung yang dirasuk semangat jahat bertemu dengan jodohnya #Soulmate
Sebab diharamkan : mempunyai scene yang berkemungkinan menyebabkan Barbie dan Ken akan berubah menjadi setan.


14. The Girl With Dragon Tattoo (2011)

Mengisahkan tentang seorang perempuan yang mempunyai tatu naga.
Sebab diharamkan : Babah kain tak cukup memenuhi filem ini.


 Sekian.

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post