Jenis-Jenis Rakan Whatsapp Yang Perlu Diketahui
Kemudian, group pula yang diinvite tak berapa nak meriah just sekadar ada mesej good morning pastu good night. Better leave dari menyemakkan dengan lambakan group yang kurang aktif.
Apapun peranan ahli dalam group whatsap, mereka lah penyerinya kalau tiada mereka...tiadalah gr
Ada
orang beli smartphone semata-mata nak berwhatsapp. Itu memang ada dan
itu perkara yang normal kerana mengikuti perkembangan terkini.
Boleh kata hampir semua rakyat
Malaysia guna mesengger seperti Whatsapp dan Telegram dalam pada masa
yang sama kita akan jumpa rakan-rakan whatsapp yang berkelakuan pelik
dan kadangkala menyakitkan hati pun ada. 🙂
Nak tahu Jom terjah!
Tabiat Rakan Whatsapp Yang Perlu Diketahui
1) Silent Group Member
Mesti ada dalam group dalam senarai
kenalan kita yang tak pernah nak cuba untuk mengatakan ‘salam’ apatah
lagi ‘hello’ dalam group walaupun sentiasa kekal dalam group. Ramai yang
tidak suka dengan orang yang tidak aktif dalam group sebab sukar
mendapat sebarang cadangan atau pendapat termasuk dalam memberi maklum
balas.
Teruskan Selongkar...
2) Message Forwarder
Yap, mesti ada jenis salah seorang ahli
dalam group yang gemar forward mesej yang berbentuk lawak, isu semasa
dan pelbagai mesej yang merepek sama ada di dalam group atau pun secara
personal.
Tapi sila pastikan mesej yang hendak
diforwadkan or dikongsikan yang berkaitan dengan berita adalah
berpandukan fakta yang benar. Jangan sekadar berkongsi tapi tak tahu
sama ada berita yang disampaikan betul atau tak.
Kalau mesej berita yang disampaikan
adalah tidak betul takut-takut terlibat dengan fitnah. Lebih baik
kurangkan forward mesej seperti berikut.
Lagi satu, paling annoyinng bila mana
mendapat satu mesej yang mengatakan apabila sudah membaca kongsilah
dengan 10 rakan yang lain sebagai tanda anda sayang kepada mereka.
euwww~
3) DP (Display Picture) Stalker.
Mungkin ada beberapa dikalangan pengguna
Whatsapp/Telegram selalu check DP dan status orang orang lain untuk
melihat perkembangan terkini rakannya. Dan mungkin berlumpa-lumba untuk
mendapatkan DP yang cantik berbanding DP rakan-rakannya begitu juga
dengan status pada whatsapp.
Sebahagian pengguna Whatsapp juga gemar
mengkritik atau bertanya DP yang digunakan pada Whatsapp/Telegram secara
direct. Contoh DP ialah selfie kat pantai, stalkler akan tanya bercuti
kat mana? Pantai mana yang ko pergi? Pergi pantai tak ajak dan
sebagainya.
Kalau di Telegram, pengguna boleh
melihat DP terkini dan terdahulu rakan punya berbanding DP pada whatsapp
yang terhad pada 1 gambar DP sahaja.
4) Pencuri Status
Dah tengok DP, tengok pula Status kalau
agak-agak menarik je status tu mesti ada yang akan cilok status tersebut
pastu jadikan status sendiri dalam whatsapp atau pun ambil status
tersebut dan berkongsi at media social seperti facebook dan twitter
tanpa pengetahuan owner status whatsapp sendiri.
Ada orang tak kisah status kena cilok
tapi ada beberapa orang ambil kisah tentang hal ni. Paling tak
bestnya bila mana status yang dicilok mengaku status yang dicilok tu
original dari dia. Itu memang dasar tak tahu malu!
5) Raja/Pemaisuri Emoticon
Jenis yang macam ni mesti akan respond
dalam bentuk smileys. Smiley bentuk piramid, smiley untuk hari tertentu
seperti hari raya dan korban, smiley yang panjang pastu diakhiri dengan
perkataan tak penat ke scroll bawah je?. 😀
Terpulang pada individu masing-masing,
ada yang suka dan ada yang tidak suka kalau smiley terlalu kerap
digunakan lagi-lagi kalau smiley ‘kitaran semula’
6) Voice Note User
Ada jenis yang malas nak taip then guna
voice note dan kadangkala kalau digunakan selalu agak rimas sebab kena
pakai earphone kalau nak dengar voice note dengan lebih jelas.
7) No Reply
Whatsapp sekarang dah update yang terbaru dengan tick berwarna biru menandakan penerima sudah membaca.
Tapi cuba bayangkan kalau si penerima
tak reply mesej yang telah dihantar. Padahal mesej yang dihantar tu
sangat urgent tapi penerima buat dek je. Panas tak panas kalau yang
macam ni. Bersabarlah dengan jenis rakan whatsapp yang macam ni. 😀
8) Admin Suka Invite ahli
Ada orang tak suka admin group yang
invite masuk dalam group secara tiba-tiba tanpa kebenaran. Dari group
sekolah, group kelas, group sukan, group bergosip Opss, group affiliate
dan sebagainya.
Kemudian, group pula yang diinvite tak berapa nak meriah just sekadar ada mesej good morning pastu good night. Better leave dari menyemakkan dengan lambakan group yang kurang aktif.
Apapun peranan ahli dalam group whatsap, mereka lah penyerinya kalau tiada mereka...tiadalah gr