9 Jenis Juadah Berbuka Puasa Unik Di Bazar Ramadan 2017 Mesti Cuba

Bulan puasa dah start tapi tak tahu nak cari makanan apa JE yang sedap di bazar?
Haa ni ada senarai juadah yang best JE, cuba korang try!

1. Popia Pisang Cheese



Korang ada jumpa makanan yg rare & sedap tak kat bazaar? Yg lain dari yg lain sikit? Ni popia cendawan cheese dkt bazaar Ramadan Taman Sri Andalas Klang.
Kat tengah2 bazaar. Rasa cheese dia lemak berkrim, manis2 mcm tu tapi sedap. Sebelum ni admin pernah jugak try buat sendiri pakai resepi2 yg dorg share kt FB tu tapi tak sama langsung rasa dia. Yg ni lagi sedap, makan tak cukup.  

2. Teh Ais Cincau

 

TEH AIS CINCAU !!
🍺 Bazaar Ramadhan Kamunting
🍺 Bazaar Ramadhan Langkap
🍺 Bazaar Ramadhan Silibin Ipoh
🍺 Bazaar Ramadhan Taman Kaya Taiping
🍺 Bazaar Ramadhan Teluk Intan
🍺 Bazaar Ramadhan Masjid Tanah
🍺 Bazaar Ramadhan Sri Rampai

 


3. Tauhu Anora
Buat penggemar tauhu pasti kena cuba ni, Berintikan kentang lenyek + daging atau ayam seperti begedil, dimakan dengan potongan cili padi pastinya memberikan sensasi pedas berlauk yang tersendiri.

 

4. Murtabak Maggi
Hidangan ringkas maggi dan telur dipatenkan dalam bentuk acuan telur benjo orang buat burger tu...
Ringkas dan mungkin berbeza-beza rasanya mengikut rencah dan perisa tambahan yang diletak pada murtabak tu.

 

5. Makaroni Bakar
Nampaknya selain mac n cheese, sekarang makaroni pun mula dibakar dalam acuan yang digunakan untuk menghasilkan telur burger benjo. Sesudah masak, bentuknya akan kelihatan seperti daging burger enak dimakan begitu sahaja atau dicicah dengan chili sauce.



6. Durian Goreng
Cempedak goreng? pisang goreng terlalu biasa? apa kata cuba pula durian goreng. Kalau durian yang digunakan Durian Musang King, pastinya tercengang sekejap apabila melihat harganya.



7. Roti Jabak
Nampak macam murtabak, tapi berbeza sedikit. Apa yang membezakan Rotijabak dengan murtabak adalah dari segi kulit luarnya yang mana roti jabak ini di jalakan seperti membuat roti jala, lalu di isi dengan inti murtabak biasa.


8. Ayam Bakar Tin
Rasa 5 bintang! Pedas manis masin masam lemak semua cukup! 😍Cara ayam bakar selalu digolek sedikit berbeza apabila dimasak dalam tin biskut.

Lokasi: Depan balai polis lama Pengkalan Chepa.





9. Ayam Bakar Pasu
Ayam dalam tin sudah, apakata cuba pula ayam bakar yang dimasak dalam pasu. Ha! bagaimana rasanya pastinya lebih juicy dengan rasa yang segar.

  Lokasi Jalan mat Raji, Padang Jawa

Ayam dibakar dalam pasu..


Mgkin ada menu yang pernah dengar..tapi unikkerna kat bazar ramadan ada dijual menu2 rare ni...jadi senang la nk cari.

Kalau anda ada suggestion menu yang lain jangan lupa tulis di ruang komen

Sekian. Selamat berpuasa 
ingat, Beringat sebelum membeli bagi mengelakkan pembaziran


Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post