10 Blog Dengan Jumlah Follower Terbanyak Di Malaysia

Follower ialah orang yang sudi add/mendaftar di dalam kotak follower yang disediakan blogger pada sesuatu blog yang membolehkan seseorang itu mengikuti perkembangan dan segala urusan aktiviti blogger dengan cepat dan mudah. Dengan menjadi follower, mereka akan senang mengikuti perkembangan orang yang mereka follow.

Menarik... Antara blog yang ramai pengikutnya..




Ada yang mengukur populariti dan kePOWERan sesuatu blog itu menerusi Jumlah FOLLOWER mereka, makin banyak FOLLOWER makin power la blog tu. Sesebuah blog selalu menjadi satu tarikan pada blogger baru terutamanya. Jadi siapakah mereka2 yang dilabelkan otai dalam dunia Blog kat Malaysia ni..Jom Kita Selongkar jumlah follower mereka setakat oktober 2011..!!

 10 - The Other Khairul – 14289 Follower
The Other Khairul, Hurm..Sehari menyelongkar entry2 yang terdapat pada blognya memang tidak puas. Apa yang boleh kata, sememangnya padat... Penuh satu page dengan satu entry sahaja... Blog yang berkisar tentang geng2 faktab Khairul ini sememangnya mencuri tumpuan pembaca dengan pelbagai aktiviti dan singgahsana mereka.

9 - Ben Ashaari - 18620 Followers
Ben Ashaari... Nama da macam nama Artis dah..adik Ben Affleck ni... hehe Bila berkunjung ke Blog Ben ini, terbayang seolah berada di Blog Kevin Zahri, Mungkin kerana melihat pada headernya yang kelihatan macho di situ..!! ;p dan bila jenguk pada entry2 nya pula, sememangnya sangat menarik penuh dengan hiburan dan kesempoian yang bukan2... Ben dilihat seorang blogger yang sentiasa update dengan entry2 baru dan tidak kering dengan idea, ada sahaja yang menarik dipaparkan untuk semua pembaca blog.

8 - Irine Nadia Marcelo – 20041 Followers

"Masa depan adalah milik mereka yang percayakan pada keindahan mimpinya"..antara bait2 kata dari header Irene ini. Pertama kali singgah ke Blog ini terasa seperti berada di majlis persandingan sebuah ikatan perkahwinan iaitu Irene dan pasangannya, mana taknya, gambar2 romantis dan saat2 bahagia pasangan ini sangat menarik dan mencuit hati. Produk2 cantik, hal hal yang berkaitan wanita antara yang sering diluahkan sebagai entry di dalam blog ini.

7 - Jejari Runcing – 20099 Followers
Elia atau lebih dikenali dengan nama Jejari Runcing di dunia blog ini pernah menggemparkan satu Malaya apabila kisah perpisahannya dengan penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi atau lebih dikenali dengan nama Apek digemburkan di media suatu ketika dulu. tatkala itu nama jejari runcing atau Dahlia Teck sehingga tercetus pelbagai dakwaan dan tohmahan di internet.

6 - Cik Epal – 21832 Followers

Cik Epal yang gonjeng itulah gelaran femes untuk Cik Epal yang suka menternak lemak dan seringkali dikunjungi orang2 yang mendoakan Cik Epal Kurus di peti komen...Haha..Cik epal ni rajin pi jejalan, rayau2 di kota dengan geng gonjengnya sambil tengok wayang dan bila lapar dia akan makan jadi banyak la entry yang berkisar tentang 3 perkara itu..!! Memang agak pedas kata2nya, Sebab ini Epal Made in Ladang Ternak Punyer sebab tu dia Pedass...hehe tapi layannn!!

5 - Maria Elena – 22037 Followers

Blogger yang merupakan Vlogger ini sememangnya menjadi tumpuan kerana sifat dan personalitinya yang sempoi dan gila2... Lihat sahaja telatah dan gelagatnya menerusi video2 nya memang sangat kelakar dan sangat menghiburkan.. Banyak tips dan ilmu yang diturunkan kepada semua remaja di luar sana yang boleh dijadikan sumber dan ikutan.

 4 - Lyssa Faizureen – 22462 Followers

Blog yang kelihatan seperti Butik untuk patung Barbie ni menjadi inspirasi kepada remaja di luar sana yang sukakan sesuatu yang cute dan miut sebagai blog mereka kerana blog Lyssa menyajikan tutorial dan tips2 tentang bagaimana untuk menghias blog dari A-Z khas buat blogger2 baru. Memulakan penulisan sejak Disember 2010, Blog Lyssa pernah memenangi pertandingan Template Tercantik atas undian tertinggi yang diterimanya.

 3 - Zackzulkhairi – 23618 Followers

Jejaka idaman Malaya ini sememangnya amat disenangi,Entri2 yang diketengahkannya juga tu sangat berilmiah, dah tentu tentu la beliau pun berilmiah. Kelebihan ZZ ni juga, dia pandai main ngan cik photoshop tuh, maka setiap hujah dia, dia akan buat dalam bentuk lukisan pulak untuk menambahkan pemahaman pembaca blog beliau, macam tu ar baru tak boring.

2 - Fatin Liyana – 30935 Followers

Daripada apa yang dapat dilihat dia seorang yang...memang rajin dok pi jalan-jalan, shopping-shopping dan jugak bagi sesapa yang bahasa inggeris SPM dia ala ala jer boleh la baca kat dalam blog nih. Senang paham dan blog yang mesra alam.

Gadis melayu yang bertudung dan ada gaya fesyen tersendiri. Mungkin sesapa yang baru belajar nak pakai tudung boleh belajar di blog ni cara mengikat tudung dengan kemas supaya tidak nampak bahagian dada anda yang gebu tu..ni sebab dalam blog tu ada tips untuk mengikat tudung atau shawls. Blog personal ini memang menarik, ditambah dengan tuan tanah yang cantik dan sering mendapat jemputan photoshoot menyebabkan bukan sahaja kaum lelaki jatuh hati malah kaum hawa juga tertarik dengan menjadikan Hanis sebagai ikon blog mereka..!!

1 - Hanis Zalikha – 32242 Followers

GADIS yang mempunyai ketinggian 168 sentimeter, Hanis Zalikha Zainal mempunyai daya tarikan tersendiri. Justeru, tidak hairanlah penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Segamat, Johor ini berjaya mencuri perhatian ramai untuk melayari blog peribadinya. Sekiranya anda berkesempatan untuk singgah ke laman http://inibelogsaya.blogspot.com, ia adalah blog yang menceritakan hal-hal kehidupan biasa yang dilalui Hanis.

Apa yang membuatkan pengunjung leka melayari blog selebriti ini adalah gaya penulisannya sehingga menerima pencalonan dalam anugerah selebriti terbaik anjuran Nuffnang Asia Pacific Blog Awards. Walaupun tidak menang, anak kedua daripada enam adik-beradik itu masih mampu tersenyum. Keputusan pertandingan itu tidak pernah mematahkan semangatnya untuk terus menyajikan cerita-cerita menarik kepada para pengunjung. Hanis merupakan salah seorang blogger dari Malaysia yang bersaing dengan blogger Filipina, Thailand dan Singapura.


p/s : Statistik diambil setakat Oktober 2011

Kredit : Blogger

3 Comments

Apa Kata Anda?

  1. Waaaa...Hebat...Entah bila la dapat kejar mereka ni.. ;p

    ReplyDelete
  2. paling best zack zukhairi la.. yg lain tak best.. haha

    ReplyDelete
  3. ramai btol. pe la. dah dorang popular + rezeki dorang :)

    ReplyDelete
Previous Post Next Post