10 Contest-Contest Blogger Yang Sempoi..!!

Belek punyer belek... Redah belukar dan onak ranjau yang berliku dalam dunia blogging ni so macam2 la jumpa... Antaranya kisah2 harian blogger, personal life, makan apa, buat apa suka apa dan tidak lupa pertandingan2 yang dianjurkan blogger bagi menarik ramai pengikut/Follower dan juga traffic blog..!! Jadi jom kita selongkar antara Contest2 menarik yang dianjurkan blogger..!!

10 - Kenapa Saya Suka AE Contest..!!
 Entri korang mestilah bertajuk: KENAPA SAYA SUKA ANNAS EASKEY? Simple jer kan..Entry yang paling kreatif yang menambat hati tuan punya blog akan dipilih sebagai pememang.. Jadi terpulang pada semua untuk fikir idea yang hebat dan Jangan lupa post link entri yang awak dah buat tu kat comment box bawah ni sebab memudahkan saya untuk check entri awak nanti!

P/S : Contest yang berkisar tentang "Nyatakan mengapa anda suka blog ni", "Suka tuan blog ini" ataupun "Suka Entry Blog ini" sumer itu bolehlah dikategorikan di dalam Contest Yang Test Market namanyer... Boleh  Terima tak dengan kenyataan itu?? hehe Contest sebegini membolehkan/mendekatkan seorang blogger tu kenal diri mereka, macamana dan keadaan mereka di mata lain2 blogger dan bagaimana mereka dinilai oleh orang lain...!!

9 - Contest Posing Doll
Anda suka patung? Bukan patung dummies display kat showroom dalam kedai di shopping Mall tu tapi doll yang bebudak duk buat mainan tu... Buat satu entry dengan tajuk : Contest Gambar Bersama Patung Kesukaan. Upload satu gambar anda bersama patung anda dalam entry tersebut. Tag kepada 2 blogger lain. Gambar dinilai melalui creativity anda bergambar bersama patung tersebut....

P/S : Hehehe...Zaman dengan patung2 ni da lama da berlalu sekarang ni patung sumer dalam komputer jerk takde la plak kumpul koleksi...Nak masuk Contest ni kena la pinjam anak buah punyer anak patung nampaknyer.... :p

Big Give Sahabat Contest ni bolehlah dikategorikan sebagai Buatlah satu entri pasal sahabat dengan menceritakan tentang BAGAIMANA ANDA MENGENALNYA DAN SEJAK BILA 
Apa peristiwa yang membawa anda rapat dengannya KENAPA ANDA MENYANYANGINYA? Apa kenangan manis antara korang berdua sepanjang perkenalan ni APA PERKARA KELAKAR TENTANG DIRINYA. Harapan anda sebagai sahabat kepadanya.. KALAU RASA NAK CERITA APA2 LAGI TERSERAH KEPADA ANDA..KREATIVITI MASING2 LAH KAN..pendek kata apa, kenapa dan mengapa sumerlah..!!

P/S - Contest ni Sempoiii... Membuatkan kita berfikir sejenak tentang kawan kita & Mengimbau nostalgia bersama suatu ketika dahulu dari mana mulanya, dimana dan apa jadinya... dan mulalah terpalit betapa Indahnya nilai persahabatan itu kalau kita menghargainya... lov all ma friend.. ;)

7 - Contest Kami Fotogenik  
Syarat-syarat untuk mengejoin contest KAMI FOTOGENIK ialah,Sila sertakan 3 gambar anda yang FOTOGENIK. Iaitu  ~gambar pertama ialah gambar solo ~gambar kedua ialah gambar duo ~gambar ketiga ialah gambar secara beramai2

P/S : Ni Contest akan membuatkan seseorang itu rasa bangga diri yang terlebih sebab dia perasan yang dia photogenik atau rendah diri dengan tiba2 bila mana Sesapa yang tak suka/kurang suka berposing depan kamera ni automatiknya akan merasakan yang dia tak photogenik..  Tak gitu.. ;)


6 - Contest Santai:Cerita Kelakar Anda
Buat lah cerita kelakar anda...Cerita kelakar masa kat U ker, sekolah ke, sekolah tadika ke, masa kat rumah ke, kat tempat kerja ke...Asalkan kelakar dan boleh buatkan aku gelak besar...Nak buat dalam bentuk apa pun tak kisah...Cerita pendek, pantun, puisi...Ikut kreativiti....Buat ayat kasi aku gelak tau....Wahahaha...Yang paling penting adalah Original daripada anda...Kiranya pengalaman anda sendiri la....

P/S : Sebut pasal lawak, Selongkar Tidaklah pelawak dan tidaklah seorang yang mulut ayam ni...Selongkar ni orangnya cakap lurus dan berlapik je jenis orangnyer..So bagi la peluang kat lelain yang ada bakat untuk masuk audition Maharaja Lawak tu je kan.. Selongkar da sureender awal2 tapi tidak mengerti Selongkar menyerah, sebaliknya memberi peluang/laluan pada yang lain je... :)

5 - Contest FotoRaduan™ 
Mereka yang ingin menyertai Contest FotoRaduan yang dianjurkan sebulan sekali ini mesti lah rakamkan gambar/imej berdasarkan tema yang telah diberikan. Selepas selesai merakam, Anda dibenarkan untuk menambahkan kesan khas (Edit la) supaya gambar tersebut menjadi lebih menarik. Kalau tak edit pun tak apa.  Sebarang typo/copy untuk menyokong foto tersebut adalah dibenarkan. Saiz WIDTH foto mestilah tidak lebih dari 1000px. Selepas siap dan berpuas hati dengan hasil kerja sendiri itu, kamu hendaklah tepek foto tersebut di blog/portal/website masing-masing dan ceritakan serba sedikit tentang foto serta masukkan link FotoRaduan bersama :)

P/S : Selongkar memang sukakan photography, dan akan kekal sebagai pemerhati gambar2 yang cantik jer... Untuk mengambil dan snap gambar2 yang cantik mengikut tema tu mungkin belum lagi... 
Sila buat satu Entri khas di blog anda bertajuk : 'Kisah kantoi aku dengan ............(Nama artis/band/group yang korang minat)' Kisah kantoi mean mcm kisah kreatif korang dengan artis yang korang minat.. Korang goreng jea asalkan bila aku baca aku akan tergelak sampai nak tercabut gigi aku..lwk jea. hahaha.. So kena be kreatif dan penipu besar oke ;) Artis yang korang pilih tu xsemestinya artis korea jea.. Korang bley letak nama artis mana-mana pun yang korang minat ok tapi cerita korang tu mesti kena berkait dgn kpop ataupun Korea.  

P/S : Kpop kurang la plak layannya kalau MPop boleh... ?? hehehe... Contest ni bwat seseorang itu berimagine membayangkan macam2 benda dan mulalah cerita dongeng fantasi seperti Cinderella atau mimpi di yang menghiasi malam2 hari itu dijadikan rujukan...haha ;) Apapapun layan..!!

3 - Contest Pengomen Terbanyak
 Satu Pertandingan khas untuk pengkomen terbanyak. Syarat Pertandingan nyer sangat simple... Boleh buat punyer.. Tak payah nak posing2 depan kamera susah-susah lepastu nak kena edit pulak kan, Tapi kena buat
1) Mestilah meletakkan komen lebih dari 7 patah perkataan
2) Buat satu post ringkas mengenai pertandingan ini di blog atau FB wall anda dan linkkan ke page ini

P/S : Sebut ja pengomen tu lain macam sahaja bunyinya kan.. !! hehe.. Contest ini simple jer kan.. Simple2 pun nak buat kena ada ongkosnyer/hadiahnya...kalau tidak tak berjalan jugak.. Komen dengan lebih dari 7 patah perkataan da berpeluang untuk menang..!! Jadi terima kasih pada Blog Cinta Jodoh yang beriya-iya menganjurkan contest ini.. ;)

2 - Daniel Adie  SISPA Contest 
Untuk pertandingan ini, para peserta dikehendaki mengemukakan DUA KEPING gambar mereka yang sedang dalam keadaan TERSENYUM. Gambar tersebut hendaklah seperti contoh gambar Daniel Adie (di atas) di mana sekeping dalam keadaan peserta sedang membuat SENYUMAN IKHLAS dan sekeping lagi dalam keadaan SENYUMAN PALSU dan kedua-dua gambar perlulah diletakkan secara bersebelahan. Kene beritahu la yang mana gambar menunjukkan senyuman yang ikhlas, dan yang mana gambar menunjukkan senyuman palsu. Ini bermakna setiap peserta pertandingan bebas menggunakan kreativiti sendiri untuk mengambil gambar mereka bagi pertandingan ini.

P/S : Habis jer baca entry mengenai contest Daniel ini, Selongkar tiba2 tersenyum sorang2 dan mencuba menSENYUMkan ikhlas dengan x Ikhlas...hahaha.. lawak plak... Padahal x masuk pun contest lagi tapi entry ni memang bwat orang tersenyum laa..hehe Suweeett...!!!
1 - My 15 Contest
Listkan 15 item pasal diri anda. Item/benda/orang/apa-apa sahaja berkaitan dengan anda.Untuk setiap item, letakkan 1 gambar berkaitan item tersebut dan sertakan description/keterangan gambar tersebut. Pastikan kesemua 15 item yang disenaraikan adalah pelbagai. Maksudnya, tak boleh dari no.1 sampai no.15 pasal 'Lagu Kanak-Kanak Kegemaran Anda'. Pelbagaikan. So, boleh amik idea dari 'Qarl's 15 Projects' if nak senang. If tak, ikut kreativiti anda. Mungkin - Warna Kegemaran Anda, Makanan Kegemaran Anda, Butik Baju Kegemaran Anda.

P/S : Selongkar memang suka bab2 senarai menyenaraikan artikel dengan nombor2 ni..So Contest ni memang memenuhi ciri2 Selongkar lah... Cuma masih tidak berpeluang lagi nak masuk...Tunggu yang next pulak la sebab da expired plak tempoh Contestnyer... :)

Tarikh Contest2 di atas mungkin ada yang udah tamat dah.. Jadi ambil entry ini sebagai rujukan sahaja.. Ini hanyalah sebahagian je antara Contest2 yang dianjurkan so sesapa yang ada info lain pasal pertandingan2 di blogger boleh la Komen kat peti bawah ni ... :)  

No comments

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();
Powered by Blogger.