[10 Gambar] Nyawa Kenderaan Sudah Di Hujung Tanduk, Sejengkal Daripada Kejadian Maut

Pernah dengar peribahasa Bagai nyawa di hujung tanduk yang bermaksud... Nyaris-nyaris maut kalau lambat sesaat.. Sebelum ajal berpantang mati lah pendek katanya... itulah orang kata kalau belum sampai ajal macamana pun caranya diuji tetap akan selamat juga... 

Jadi kali ni mari kita selongkar antara gambar2 kenderaan yang betul2 nyawa nyawa ikan..!! hanya sejengkal daripada keadaan yang lebih buruk menimpa.

10. Pemandu yang bernasib baik apabila van yang dipandu beliau tergantung betul2 di atas batu di tebing jurang Colorado.


9. Sepasang pasangan Cina yang bernasib baik apabila kereta yang memecut laju berjaya di brek betul2 di atas sisi bangunan tempat letak kereta berbumbung yang 50 kaki tingginya. Dalam keadaan tergantung.



8. Pokok yang tumbang nyaris-nyaris menghempap kereta yang diletakkan di halaman rumah. Sedikit lagi sebelum kereta itu remuk nasib baik ranting pokok itu betul2 dekat dengan bumbung kenderaan tersebut.


7. Kereta ini terjerumus ke dalam lubang di tengah2 jalan raya raya yang sibuk di Nanchang City, Jiangxi dan tergantung di tengah lubang yang seluas 13 kaki apabila bahagian depan dan belakang keretanya tersangkut. 


6. Ia membuatkan anda tertanya-tanya bagaimana di dunia mereka dapat mencapai posisi itu..Dari manakah mereka datang..dari udara ke.. Tak tau nak cakap..layan jer la..



5.  Nyawa pemandu trak ini mungkin bila2 masa boleh menemui ajal tetapi disebabkan tayar trak yan terkopek dan tersangkut di tebing jambatan menyebabkan trak tersebut tergantung dan tidak terbabas ke dalam gaung yang sedalam 200kaki.


4. lori yang tersangkut di dalam kejadian tanah runtuh di Sachuan, China kelihatan tergantung dan seperti mahu jatuh tetapi tidak jatuh apabila dua rodanya terapung di awangan.



3. Ia kelihatan seperti kemalangan yang biasa. Tetapi Sangat bernasib baik apabila kereta yang dipandunya terbabas ke penghadang jalan dan melantun sebelum jatuh menyeberangi sebuah terowong, betul2 di tepi tebing bukit.  



2. Seorang wanita yang berusia 57 tahun, Shan Dan cuba mengelak dari melanggar kenderaaan lain, didapati terbabas apabila tersalah tertekan pedal minyak untuk memBrekk sehingga menyebabkan kereta yang dipandunya terbabas dengan dua roda terapung menunggu jatuh di  Changchun, Timur Laut Jilin, China  



1. Sebuah kereta teeters di tepi jejambat di Tianjin, China. Kenderaan yangcuba mengelak daripada melanggar kereta lain dan akhirnya tersangkut over the edge dengan  dua roda yang terapung dari ketinggian   5 meter ke tanah di bawah.


Detik mencemaskan apabila Nyawa kenderaan yang betul-betul sudah di hujung tanduk,Sejengkal daripada ajal

P/S : Telur di hujung tanduk...Apa kan jadi apabila telur di hujung tanduk mungkin gambar di atas menunjukkan situasi sebenar disebalik peribahasa tersebut..

3 Comments

Apa Kata Anda?

  1. Banyaknya 10 yg diselongkar...huh! mmg kereta ni d hujung tanduk...dahsyat!

    ReplyDelete
  2. ini dah nyawa hujung tanduk juga ni..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post