10 Kutipan Tertinggi Filem Di Malaysia 2011

Setakat ini...Oktober 2011...Sekarang ni dikatakan zaman orang pi jenguk panggung untuk menonton filem.. So tak hairan lah filem2 sekarang ni mampu mencecah sehingga berpuluh2 juta, satu angka yang sukar untuk dicapai sekitar zaman 90an dahulu...

Pembukaan dan perlambakan panggung2 wayang skung ni yang kat mana2 pun ada jer antara faktor yang menyumbang kepada peningkatan kepada industri perfileman negara ini... So Jom kita selongkar senarai 10 Movie yang pecah panggung dengan kutipan berjuta2... Kita mulakan dengan tangga ke sepuluh...!!


10 - Geng: Pengembaraan Bermula - RM6.20 juta
  
Filem Geng : Pengembaraan Bermula merupakan filem 3D yang pertama di Malaysia yang diketengahkan di pawagam setelah mendapat sambutan yang luar biasa menerusi siri Upin & Ipin.  Filem dibawah Syarikat Les' Copaque Production  (LCP) ini telahpun menemui penonton di pawagam-pawagam seluruh Malaysia pada 12 Februari 2009.

9 - Lagi Lagi Senario - RM6.33 juta
Lagi-Lagi Senario ialah sebuah filem komedi keluarga arahan Aziz M Osman dibawah syarikat Grand Brilliance Sdn Bhd ini telah ditayangkan di pawagam Malaysia pada 14 Disember 2001 dan memberi impak yang tersendiri.. Filem yang dibintangi oleh Kumpulan Senario, Wardina Safiyyah dan Accapan ini merupakan sambungan siri filem Senario seperti Senario The Movie & Senario Lagi. 

8 - Hikayat Merong Mahawangsa - RM6.50 juta 
Filem yang berkisar mengenai sejarah terawal kerajaan Kedah telah diterbitkan oleh KRU Studios pada 10 Mac 2011 untuk pasaran antarabangsa dengan tujuan memperkenalkan sejarah dan kebudayaan Melayu kepada mata dunia. Hikayat Merong Mahawangsa dibarisi pelakon handalan  Stephen Rahman Hughes sebagai pemegang watak Merong Mahawangsa, diiringi oleh barisan pelakon yang ramai dari dalam dan luar negara, khususnya Dato' Haji Rahim Razali, Ummi Nazeera, Khir Rahman, Craig Fong, Umie Aida dan Wan Hanafi Su.

7 - Adnan Sempit - RM7.66 juta 
Adnan Semp-It ialah sebuah filem bertemakan aksi komedi arahan Ahmad Idham yang ditayangkan di pawagam Malaysia mulai 14 Januari 2010. Filem yang dibintangi oleh Shaheizy Sam, Intan Ladyana dan Along Cham ini merupakan filem yang mengupas budaya mat rempit atau samseng jalanan di Malaysia secara santai.

6 - Hantu Kak Limah Balik Rumah - RM7.90 Juta
Hantu Kak Limah Balik Rumah ialah sebuah filem komedi seram arahan pengarah berpengalaman, Mamat Khalid yang ditayangkan di pawagam Malaysia pada 9 Disember 2010. Filem yang dibintangi oleh penyanyi rock popular, Awie, Man Kadir, Zami Ismail, Johan Raja Lawak dan Soffi Jikan ini berlatarbelakangkan suasana Kampung Pisang selepas kejadian Zombie.

5 - Krurafat - Perjanjian Syaitan - RM7.90 juta

Filem seram memang menjadi kegemaran rakyat Malaysia.Ini adalah filem seram pertama Skop Productions dan Syamsul Yusof.Filem ini mendapat pujian ramai yang mengatakan filem ini sangat seram dan mempunyai kesan bunyi yang bagus selain jalan cerita yang menarik.Kejayaan filem ini telah menghasilkan sebuah versi siri televisyen.

Penerbit : Skop Production Sdn Bhd
Pengarah : Syamsul Yusof
Kutipan : RM 8.08 juta
Tahun : 2011
4.Kongsi - RM8.09 juta
Kongsi merupakan sebuah filem genre aksi dan komedi yang diterbitkan pada 12 Mei 2011 di Malaysia. Filem kedua arahan pengarah baru, Farid Kamil, ini menceritakan tentang seorang pembunuh upahan bernama Tumulak, yang dijayakan oleh Shaheizy Sam, yang datang ke Malaysia untuk mengkucar-kacirkan kongsi gelap yang ada di Malaysia dan hubungan Tumulak dengan ASP Shariff, lakonan Fizo.

Penerbit : MIG PRODUCTION SDN.BHD.
Pengarah : Farid Kamil
Kutipan : RM 8.09 juta
Tahun : 2011
3 - Ngangkung
Ngangkung ialah sebuah filem komedi seram arahan pengarah baru dalam perfileman, Ismail Bob Hashim yang berpengalaman dalam mengarah drama televisyen. Filem ke-42 terbitan Metrowealth Movies Production ini ditayangkan di pawagam Malaysia mulai 25 November 2010. Filem yang dibintangi Shaheizy Sam, Angah Raja Lawak, dan Azad Jasmin ini menunjukkan kehidupan manusia yang terjebak dalam permainan judi nombor ekor.

Penerbit : MIG PRODUCTION SDN.BHD.
Pengarah : Ismail Bob Hasim
Kutipan : RM 8.18 juta
Tahun : 2010

2 - Hantu Bonceng - RM8.52 Juta
Hantu Bonceng merupakan sebuah filem genre aksi Komedi yang ditayangkan pada 31 Ogos 2011 di Malaysia. Filem yang diarah, ditulis dan diterbitkan olehAhmad Idham di syarikat Excellent Pictures, dibintangi oleh Zizan Raja Lawak, Juliana Evans, Jue Aziz dan Taiyuddin Bakar ini menceritakan tentang Amran, seorang budak Delivery yang gemar berlumba motor drag secara haram.

Penerbit : Excellent Pictures
Pengarah : Ahmad Idham
Kutipan : RM 8.52 juta
Tahun : 2011

1 - KL Gangster - RM 11.74 Juta
KL Gangster merupakan sebuah filem genre aksi yang ditayangkan pada 9 Jun 2011 di Malaysia. Filem arahan Pengarah Terbaik FFM 23, Syamsul Yusof, ini turut dibintangi oleh pengarahnya sendiri, Aaron Aziz, Ady Putra, Soffi Jikan dan Zizan Raja Lawak ini menceritakan tentang seorang bekas ketua gangster yang baru keluar dari penjara, ingin mengubah kehidupannya.

Penerbit : Skop Production Sdn Bhd
Pengarah : Syamsul Yusof
Kutipan : RM 11.74 juta
Tahun : 2011

Amacam....!! Ada tak filem pilihan korang..Hebat kan..Masing2 berjuta2 jumlah kutipan..Rasanyer Rekod ini tidak akan bertahan lama sebab fonomena skung ni orang berlumba untuk pergi menonton wayang... dan harga tiket yang kini semakin tinggi [Mahal] Menjadi antara punca fonomena kutipan mencecah jutaan ringgit untuk sesuatu filem.... So sama2 kita tunggu what next in the chart..!! ;)

#kutipanfilemtertinggi #filemmelayu #wajahkita #wayang #palingtinggi #kutipantiket #tiketwayang #cinema

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post