Kosongkan perut korang sebelum tengok gambar-gambar dibawah atau sediakan beg plastik yang mencukupi untuk Kita Selongkar Antara makanan2 pelik yang dijadikan makanan biasa bagi orang Asia yang mungkin amat janggal di Malaysia...!!
10. Balut
Eksklusif dari Philiphines. Telur itik separuh menetas yang direbus ini dikatakan mempunyai rasa yang sangat lazat dan sangat rangup. Telur Balut ini merupakan anak itik atau anak ayam yang sudah kelihatan janinnya yang menampakkan bulu, biji mata, dan kulitnya yang separuh terbentuk. Pembuat Telur Balut atau lebih dikenali sebagai Mangababaluts oleh masyarakat setempat ini boleh ditemui di daerah Pateros, Manila.
9. Stew Daging Anjing
Hidangan yang sangat popular di wilayah selatan China seperti Guangdong dan Sichuan. Dikatakan stew daging anjing adalah antara hidangan yang paling popular semasa musim sejuk. Kalau anda berkunjung ke Meishi Street kat Beijing, kelihatan banyak peniaga yang menjalankan aktiviti penjualan daging anjing ini di sana.
8. Sup Kura-kura
Boleh ditemui di negara Singapura. Kura-kura dimasak bersama herba cina untuk menghasilkan sup yang sangat berkhasiat. Berbeza dengan tanggapan ramai orang, yang mengatakan rakyat moden Singapura menyukai sup kura-kura disebabkan teksturnya yang pekat dan berherba.
7. Beondegi
Bahasa Melayunya, larva ulat sutera. Sejenis snek yang sangat popular di Korea Selatan. Pada kebiasaanya dihidangkan samada dengan merebus ataupun kukus, sebelum diletakkan perasa. Mempunyai rasa seperti kekacang yang rangup bila digigit dan bahagian dalamnya pula mempunyai rasa yang unik.
6. Testikel Ayam Jantan
Berasal dari Taiwan. Saiznya memang agak besar dan hanya sesuai untuk orang yang betul-betul berani mencuba something yang rare . Testikel ayam jantan biasanya direbus dan terus dimakan begitu sahaja, tetapi korang boleh juga minta untuk dihidangkan sebagai stew pedas ataupun digoreng bersama bawang putih. Rasanya? Bahagian luar yang kenyal tetapi mempunyai isi yang lembut seperti tauhu. Jangan lupa untuk beli benda ni kalau korang melawat ke Snake Alley kat Taipei.
5. Otak Kambing
Bukan setakat susu, malah otak kambing pun baik untuk kesihatan. Berwarna putih dan kelihatan seperti tauhu selepas dimasak. Enak dimakan bersama roti dan kari. Boleh dimasak bersama tomato, telur, masala, atau pun begitu sahaja.
4. Isaw Manok
Korang suka sate? Bolehlah try makanan yang ini. Sate usus ayam yang spesial ni adalah makanan orang Philiphine. Organ dalaman ayam yang dihancurkan digaulkan bersama sos pedas dan bahan-bahan lain, kemudian disapukan pada sate ni sememangnya membuatkan ia lazat untuk dimakan.
3. Biji Mata Tuna
Korang mesti dapat agak dari mana asal makanan ni, kan? Sememangnya salah satu menu yang popular di jepun. Kalau tak silap, korang boleh dapatkan dengan harga kurang dari 100 yen atau RM3.80 bagi setiap satu. Biasanya dimakan mentah, kukus, ataupun digoreng bersama bawang dan kicap.
2. Tauhu Busuk
Ini bukanlah kerana lupa nak masukkan ke dalam peti ais ataupun terpaksa makan tauhu seminggu lepas sebab gaji tak masuk, tapi memang dibuat supaya begini. Bau busuk tersebut adalah hasil dari proses penapaian tauhu tersebut. Walaupun baunya busuk, tapi makanan ni sangat popular di Taiwan, Hong Kong dan China. Dikatakan siapa-siapa yang rasa benda ni buat kali pertama akan terus ketagih untuk makan lagi.
1. Telur Semut
Kalau kat Malaysia ni, ada semut kat dalam air pun orang dah bising, tapi berbeza bila korang pergi Cambodia, Thailand dan Vietnam sebab ada diantara diorang makan telur semut! Sup telur semut putih adalah salah satu hidangan yang paling menarik kalau korang pergi ke jalan Sukhumvit, Bangkok. Sup tersebut mengandungi telur dan anak semut yang dikatakan mempunyai tekstur yang lembut tetapi sedikit masam.
P/S : Haa...kalau tengok pun mcm eiiii euwww...apatah nak makan lagi... pun boleh
Sekian.
apa-apa je diorang ni.
ReplyDeletemata ikan tuna tu besar gila!
Erggkkkk....
ReplyDelete