Makan makan dan makan.. Memang menjadi rutin harian semua orang.. kalau diikutkan macam2 jenis makanan boleh didapati di dunia ni berdasarkan tempat dan budaya masing2... Adakalanya hidangannya sama sahaja cuma nama sahaja yang berbeza mengikut tempat dan budaya masyarakat setempat.. Jadi jom kita selongkar antara menu harian sarapan pagi yang dimakan di Indonesia yang mungkin biasa kita dengar..!!
10- Nasi Kuning
Nasi kuning adalah makanan khas Indonesia. Makanan ini terbuat dari beras yang dimasak bersama dengan kunyit serta santan dan rempah-rempahDalam tradisi Indonesia warna nasi kuning menggambarkan kekayaan, kemakmuran serta moral yang luhur.
Oleh sebab itu nasi kuning sering disajikan pada peristiwa syukuran dan peristiwa-peristiwa gembira seperti kelahiran, pernikahan dan tunangan. Wah, yg ini dah dipatenkan belum? Kalau di Malaysia ianya dikenali sebagai Pulut Kuning yang sering dihidangkan semasa majlis keraian.
2. Pecel
Pecel adalah makanan khas Kota Madiun Jawa Timur Indonesia yang dibuat dari rebusan sayuran berupa bayam, taugeh, kacang panjang, kemangi, daun turi, krai (sejenis mentimun) atau sayuran lainnya yang dihidangkan dengan sambal pecel.
Konsep hidangan pecel ada kesamaannya dengan salad bagi orang Eropah, iaitu sayuran segar yang dihidang bersama topping mayonaise. berbeza dengan pecel toppingnya sambal pecel.
Konsep hidangan pecel ada kesamaannya dengan salad bagi orang Eropah, iaitu sayuran segar yang dihidang bersama topping mayonaise. berbeza dengan pecel toppingnya sambal pecel.
3. Lontong Sayur
Lontong merupakan sejenis makanan yang mudah dan senang didapati di Indonesia. Bahan-bahan lontong, santan, kacang panjang, bawang goreng, dan lauknya bergantung pada selera anak muda.
4. Mie
Ini adalah menu buat mereka yang inginkan sesuatu yang cepat, praktis, murah dan mudah untuk disedikan hanya 3 minit sudah siap. Selalu disajikan bersama telur rebus, ayam atau bakso. Sememangnya Mee menjadi pilihan buat mereka yang mahukan sesuatu yang ringkas dan mudah dimasak tetapi sedap dan sangat enak.
Kalau kat Malaysia, Mie ni lebih kurang Mee Maggi yang siap dimasak sedap dimakan dalam 2 minit.
Kalau kat Malaysia, Mie ni lebih kurang Mee Maggi yang siap dimasak sedap dimakan dalam 2 minit.
5. Nasi Krawu
Nasi Krawu adalah makanan khas kota Gresik. Makanan ini merupakan campuran dari nasi dan daging lembu dengan kadar minyak tinggi. Ada pula yang menambahkan dengan rempelo (usus, babat, dll), cingur, bahkan mata lembu. Makanan ini tidak mengandungi sayur-sayuran.
Hal yang menarik dari nasi krawu adalah meskipun nasi ini menu istimewa di Gresik tapi semua penjualnya adalah orang madura.
6. Nasi Kucing
Nasi kucing (atau dalam bahasa Jawa dikenal dengan "segå kucing") bukanlah suatu menu tertentu tetapi lebih pada cara penyajian nasi bungkus yang banyak didapati pada warung2. Dinamakan "nasi kucing" karana disajikan dalam kadar yang sedikit, seperti menu untuk makan kucing. Nasi kucing adalah sebentuk nasi ramas, dengan menu yang pelbagai seperti tempe kering, teri goreng, sambal goreng, babat, bandeng, usus, kepala atau kaki ayam serta sate telur puyuh dan lebih enak kalau dihidang panas2.
Nasi kucing dikenali di serata Jawa Tengah (termasuk Yogyakarta) dan sangat popular di kalangan mahasiswa karana harganya yang murah dan berpatutan untuk mereka yang inginkan sesuatu yang murah tetapi berbaloi.
7. Nasi Uduk
Nasi Uduk adalah nama sejenis makanan terbuat dari bahan asas nasi putih yang diaron dan dikukus dengan santan dari kelapa yang di parut, serta dibumbui dengan pala, kayu manis, jahe, daun serai dan merica.
Makanan ini kemudian dihidangkan dengan emping goreng, tahu goreng, telur dadar/ telur goreng yang sudah diiris-iris,abon, kering tempe, bawang goreng, ayam goreng, timun dan sambal dari kacang.
Makanan ini kemudian dihidangkan dengan emping goreng, tahu goreng, telur dadar/ telur goreng yang sudah diiris-iris,abon, kering tempe, bawang goreng, ayam goreng, timun dan sambal dari kacang.
8. Bubur Ayam
Ini juga menjadi kegemaran ramai orang di Indonesia... Sungguh enak kalau bubur itu empuk dan dimasak bersama pati2 dan daging ayam yang lazat... Sememangnya menu sajian yang sangat berkhasiat di belah pagi..
9. Nasi Liwet
Nasi Liwet adalah makanan khas kota Solo. Nasi liwet adalah nasi gurih (dimasak dengan kelapa) mirip nasi uduk, yang disajikan dengan sayur labu siam, suwiran ayam (daging ayam dipotong kecil-kecil) dan areh (semacam bubur gurih dari kelapa).
Penduduk kota Solo biasa memakan nasi liwet setiap waktu mulai dari untuk sarapan, sampai makan malam. Nasi liwet biasa dijajakan keliling dengan bakul bambu oleh ibu-ibu yang menggendongnya tiap pagi atau dijual di warung lesehan (tanpa kursi). Tempat paling terkenal untuk penjualan nasi liwet (warung lesehan) adalah di daerah Keprabon yang hanya dijual di malam hari.
10. Nasi Jagung
Nasi jagung (Nasek ampog) adalah variasi nasi khas bagi masyarakat Madura. Nasi ini terdiri dari nasi putih yang dicampur dengan biji jagung yang dimasak bersama nasi tersebut. Nasi jagung sama dengan nasi putih biasa dimakan dengan lauk-pauk lainnya. Nasi ini juga pengganti makan nasi buat penderita penyakit diabetes..
Itulah sedikit sebanyak senarai 10 sarapan pagi masyarakat Indonesia... Urm...Amacam..terliur tak dengan menu yang disajikan di atas.. Mungkin ada sesetengah menu itu sudah menjadi kebiasaan di Malaysia... Walaupun namanya agak pelik dan unik seperti Nasi Kucing...tapi rasanya sungguh lari sekali dengan namanya...
Sememangnya Indonesia pun turut panggilan2 aneh yang diberikan kepada sesuatu seperti yang Malaysia berikan nama2 pelik pada tumbuhan dan jenis2 barangan..!! Jadi layankan jer la.. Kerana nama yang unik itulah menjadikan sesuatu makanan itu istimew... janji makanan yang dimakan itu sedap dan halal itu yang penting..!!
P/S : Nasi Kucing mendapat namanya daripada Hidangan untuk kucing... Yeww..!! Jangan lepas ni ada plak nama menatang2 len sebagai nama makanan sudah..!!
nasi kucing nasi liwet.
ReplyDeletenama tak patuttt