10 Negara Dengan Pendapatan Per Kapita Paling Tinggi Di Dunia

Ekonomi global masih bergolak, namun beberapa negara ternyata dapat melaluinya dengan cukup baik. Bahkan tercatat sebagai negara terkaya dunia dari segi pendapatan per kapita tertinggi di dunia.. Seperti yang sedia maklum bahawa Amerika Syarikat adalah negara terkaya dunia, diikuti China, Jepun dan lainnya. Ianya di ukur berdasarkan Ekonomi Nominal PDB (Pendapatan Domestik Bruto), PNB (Pendapatan Nasional Bruto) dan banyak lagi.


Tetapi tidak banyak yang tahu tentang negara-negara terkaya berdasarkan PDB per Kapita, iaitu nilai barang dan bakti penduduk negara itu. Tidak masalah jika beberapa negara memiliki institusi atau raja, karana pada dasarnya terdapat konduksi dan pembuatan sebagai sebahagian besar keutamaan industri mereka. Tapi yang pastinya Industri Minyak atau Petroleum menjadi pemangkin kekayaan utama sesebuah negara di dunia.

Berikut peringkat kekayaan negara berdasarkan Produk Domestik Bruto (GDP) per kapita. Semua diaudit oleh (PPP) Bank Dunia.

10. Austria

Austria adalah negara pada tangga kesepuluh sebagai negara terkaya, dengan PDB per kapita mencapai US$ 39,711. Austria memiliki populasi sebanyak 8,41 juta, dengan sebagian besar bertutur dalam bahasa Jerman. Austria juga pesat membangun dalam industri infrastuktur, makanan, dan logam.

9. Ireland
Ireland berada di tempat kesembilan, dengan PDB per kapita mencapai US$ 39.999. Negara dengan jumlah penduduk sebanyak 4,58 juta orang ini berasaskan pada industri utama logam, makanan, dan tekstil.
8. Belanda

Dengan PDB per kapita mencapai US$ 42.447, Belanda menduduki tempat ke 8, Runner up Piala Dunia 2010 ini dikenalpasti sebagai sebuah negara yang mempunyai jumlah penganggur yang rendah, dengan populasi mencapai 16,68 juta.  Industri utamanya termasuklah pertanian, logam, dan produk kejuruteraan.

7. Switzerland


Meskipun dunia mengenali Swiss dari penemuan berupa pisau Swiss Army dan coklat lazatnya, Swiss sebenarnya adalah negara yang  pesat membangun. PDB per kapita mencapai US$ 46.424 dengan jumlah penduduk 7,86 juta orang. Swiss membangun dengan berasaskan industri perlancongan, mesin, dan bahan kimia.
6. Amerika Syarikat [USA]

Amerika Syarikat berada di posisi keenam negara terkaya dengan PDB per kapita US$ 47.084. Tanah kebebasan ini merupakan salah satu negara terpadat di dunia, dengan populasi lebih dari 310 juta penduduk. Industri utamanya meliputi petroleum, baja, dan kenderaan bermotor.
5. Singapura
Satu-satunya negara Asia Tenggara yang tersenarai dalam carta ini adalah Singapura yang menduduki tangga ke 5, dengan PDB per kapita mencapai US$ 56.797. Singapura adalah sebuah negara dengan 63 buah pulau dan rumah dengan purata 5,07 juta penduduk. Kaya dengan industri utamanya yang merangkumi industri elektronik, kimia, dan permodalan.
4. Norway
Di tangga keempat negara terkaya diduduki Norway, dengan PDB per kapita mencapai US$ 56.920. Kerajaan Norwegia adalah salah satu dari beberapa negara dunia yang masih diperintah raja. Negara dengan populasi lebih 4,97 juta orang ini wilayah strategik ekonomi ini, memiliki minyak bumi dan gas alam, dan pengolahan yang baik.

3. United Arab Emirates

Uni Emirat Arab dengan PDB per kapita sebesar US$ 57.774 menjadi negara ketiga terkaya di dunia. Negara yang memiliki Dubai Mall, pusat perbelanjaan terbesar dunia ini, terdiri dari tujuh emirat yang dipimpin oleh presiden. Perusahaan minyak bumi, petrokimia, aluminium, dan semen menjadi nadi utama kepada industri pembangunan Negara  uni Emirat Arab ini.

2. Luxembourg

Di tempat kedua adalah Luksemburg, dengan PDB per kapita US$ 89.562. Meskipun merupakan sebuah negara Eropah yang kecil,  lebih kecil dari Rhode Island, Luksemburg memiliki bahasa pertuturan yang tersendiri iaitu bahasa Luxembourgish. Selain menggunakan dua bahasa lain, Prancis dan Jerman. Penduduk disini hanya 0,51 juta orang yang membabitkan industri terbesar dari segi perbankan, jasa kewangan, besi dan baja.
1. Qatar
Negara yang menduduki peringkat pertama terkaya berdasarkan PDB adalah Qatar, dengan PDB mencapai US$ 91.379 per kapita. Negara penyelenggara Piala Dunia pada 2022 mendatang ini memiliki populasi sebanyak 1,69 juta penduduk. Seperti banyak negara-negara Timur Tengah, produksi minyak mentah dan penyulingan memainkan peranan besar bagi pendapatan negara ini.

Bestnya...sebulan gaji je dah macam berbulan-bulan kerja di malaysia.

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post