10 Penyerang Bola Sepak Terbaik Dunia 2010

Anda peminat setia bola sepak dunia? Anda pasti mengenali wajah-wajah yang dipaparkan ini. Mereka dilahirkan sebagai bintang beraksi lincah dan hebat di padang, dipuja dan dikagumi di arena sukan nombor satu dunia ini. Jom kita selongkar senarai 10 penyerang bola sepak pilihan dunia yang mewakili pasukan ternama.

10 - Edinson Cavani (Uruguay dan Napoli)




Produk dari Danubio ini menikmati fenomena musim pertama di Napoli yang mana menjadikan perpindahan beliau secara kekal pada musim panas 2011. Penjaring gol sebanyak 26 kali pada
Serie A 2010-2011 yang berusia 24 tahun ini melayakkan Napoli ke Liga Juara.

Tabiat beliau yang suka menjaringkan gol pada saat akhir menjadikan beliau anak emas Stadio San Paolo dan kini buat negaranya sendiri.9 - Diego Forlan (Uruguay dan Atletico Madrid)



Perpindahan ke Sepanyol mengubah pencapaian beliau menjadi lebih baik. Forlan mungkin bukan pemain yang udah diurus, tetapi beliau merupakanseorang pemain yang berotak geliga, pantas, dan kebolehan menjaringkan gol dengan kedua-dua kakinya, menjadikan beliau digeruni oleh pasukan lawan.
Beliau juga berjaya meletakkan dirinya sebagai top scorer pada Piala Dunia 2010.

8 - Carlos Tevez (Argentina dan Manchester City)



Semasa di dalam Manchester City, beliau manjadi pitbull. Tevez layak mendapat gelaran penyerang terbaik di kalangan penyerang-penyerang terbaik dunia kerana kerja keras beliau sendiri

yang mampu meletakkan dirinya di dalam senarai. Beliau juga menjaringkan lebih 25 gol dalam satu musim.

7 - Sergio Aguero (Argentina dan Atletico Madrid)




Pemain-pemain Atletico Madrid mementingkan ketinggian dan berat yang sepatutnya untuk penyerang mereka, tetapi mereka patut lebih dikenali dengan kualiti permainan yang amat hebat. Turut digelar Maradona baru dan nama lain iaitu El Kun yang diberi sempena nama watak dalam animasi Jepun, Sergio menggunakan nama serta gaya rambut yang sama.


6 - Robin van Persie (Netherlands dan Arsenal)





Ada antara peminat dan pengkritik dalam arena bola sepak percaya bahawa suatu hari nanti beliau akan berada di kedudukan setanding dengan Lionel Messi dan Wayne Rooney. Pernah tercedera teruk dan sedikit menggugat persembahan beliau di atas padang, tetapi kini telah kembali bermain dengan
baik atas bimbingan pengurus Arsene Wenger.

5 - Fernando Torres (Sepa nyol dan Chelsea)

El Nino atau ‘The Kid’, menjadi satu fenomena dalam Liga Primer dengan Liverpool, namun selepas gagal mendapatkan pingat di Anfield, beliau menamatkan rekod British dan beralih ke pasukan Chelsea pada Januari 2011. Dalam pasukan Sepanyol, beliau dilihat sebagai pemain biasa, malahan ada juga beberapa pengkritik memberi kritikan pedas kepada beliau. Mereka mengatakan bahawa


Torres dari segi teknikal agak kurang menyerlah jika dibandingkan dengan rakan penyerangnya, David Villa. Ferdando menjaringkan gol kemenangan buat Sepanyol pada perlawanan akhir Euro 2008 menentang Jerman.

4 - Samuel Eto’o (Cameroon dan Inter Milan)




Beliau memegang rekod sebagai penjaring gol terbaik bagi negaranya. Reputasinya agak baik di kalangan pemain dan peminat bola sepak dunia walaupun dilabel sebagai seorang yang suka cakap lepas. Beliau seorang yang sangat memberi komitmen yang tinggi pada kerjaya dan pasukan. Membantu Inter Milan ke Serie A, Liga Juara, dan Copa Italia pada 2010 dan pemain terhebat
dalam pasukan Cameroon.

3 - David Villa (Sepanyol dan Barcelona)




Bintang bagi pasukan Barcelona ini menonjolkan lagi kedudukannya sebagai penyerang terbaik dalam La Furia Roja. Sebelum ini, berada dalam pasukan Valencia dan berpindah ke Barca untuk bayaran $49 juta pada Mei 2010. Menurut kajian yang dijalankan oleh majalah World Soccer pada 2009, beliau dinobatkan sebagai penyerang terbaik dari segi statistik. Pergerakan beliau
menjadikannya muncul lebih menyerlah dari pemainpemain lain dan itu menggerunkan pemain-pemain dari pasukan lawan.

2. Wayne Rooney (England dan Manchester United)


Jika ada soalan diajukan mengenai kehebatan menjaringkan gol oleh si Rooney ini, jawapan paling
tepat adalah pada musim 2009/2010. Kini, beliau terus menambah jumlah gol yang berjaya dibolosinya. Sangat peka, penghantaran jarak jauh hebat, tidak mudah mengaku kalah, menjadikan beliau aset berharga bagi pasukan Manchester United.

1 - Didier Drogba (Ivory Coast dan Chelsea)



Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai serangan hebat Drogba, pertahan Arsenal boleh memberi jawapan terbaik. Musim demi musim, mereka dibuli oleh pemain ini yang kuat dari segi fizikal, mampu menanduk bola dengan baik serta bijak menggunakan kedua-dua belah kaki. Bagi pasukan Chelsea, beliau mungkin terhebat di kalangan mereka, namun di peringkat antarabangsa, masih terdapat beberapa lagi pemain yang setanding dengannya.

Sumber : Maskulin

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post