Cinta itu sememangnya datang tanpa kita sedar dan adakalanya ti dak pernah kita rancang. Namun Tuhan memberi kita akal untuk memilih yang mana baik dan tidak baik untuk kita . Dalam situasi ini, kamu punya dua pilihan iaitu cinta ini mungkin boleh diteruskan andai si dia juga menaruh hati pada kamu dan dalam masa yang sama hubungan si dia dan sahabat kamu memang seperti akan berakhir .

Memang bukan mudah untuk melupakan orang yang disayangi. Namun demi menjaga sebuah persahabatan , kamu harus kuat untuk melakukannya. Jom kita selongkar
1- Jangan hubungi dia lagi dan seboleh-bolehnya andai dia menghubungi kamu,elak daripada berbual panjang. Hanya cakap apa yang perlu sahaja.
2- Cuba renggangkan sedikit demi sedikit jarak di antara kamu berdua. Lakukan secara tidak langsung agar tidak ada yang perasan dengan perubahan kamu.
3- Berikanlah pelbagai alasan apabila mereka mengajak kamu keluar bersama.
4- Cari teman baru untuk mengalihkan segera pandangan dan cinta kamu pada si dia.
5- Sibukkan diri dengan pelbagai aktiviti agar kamu tidak ada masa untuk memikirkan si dia.
6- Elakkan bersendirian kerana apabila kamu rasa sunyi, pasti kamu akan mengingati si dia.
7- Sekiranya teman kamu dan si dia bertengkar, elak daripada menjadi orang tengah dan pendengar yang setia untuk si dia.
8-Buka minda luas-luas dan katakan pada diri sendiri, masih banyak lagi lelaki yang baik di luar sana. Kamu bukannya PERAMPAS!
9- Bersihkan hati dan buang segala rasa dengki, cemburu serta perasaan yang tidak baik itu. Bila jiwa kita bersih, kita tidak akan tergamak untuk melakukan sesuatu yang akan menyakiti hati orang lain.
10- Cuba tempatkan diri kamu seketika di tempat sahabat kamu itu. Pasti kamu akan terluka apabila mendapat tahu sahabat sendiri dan orang yang disayangi mengkhianati kesetiaan dan kasih sayang yang diberi.
Ketika kamu menyintai seseorang, janganlah berharapkan apa pun sebagai balasan. Jika kamu memikirkan al tersebut, maka kamu bukanlah mencintainya tetapi cuba untuk mengharapkan sesuatu kepadanya.