10 Lagu Melayu Yang Memuja Nama Wanita

Wanita sememangnya besar peranannya di dalam kehidupan.. Dialah ibu, dialah kekasih dan dialah sahabat. Sehinggakan komposer2 dan penulis lirik mengabadikan nama mereka di dalam dendangan lagu dan alunan muzik sebagai sumber inspirasi dan ikutan buat semua...


Jadi Kalini Jom kita selongkar 10 Tajuk lagu popular yang menampilkan Nama Wanita sebagai tajuk..!!

10 - A. Ramlie - Oh Fatimah

 Lagu yang sememangnya evegreen.. Sering didendangkan di majlis2 rumah orang kahwin dan dendangan bapak2...Kan..Lagu ini tidak boleh nak cakap apa memangnya sangat nostalgia...Apa yang pasti..layannn jer la..

9 - Jamal Abdillah - Azura
 Lagu Azura merupakan lagu tema untuk filem Azura ditayangkan di pawagam-pawagam di Malaysia pada tahun 1984 dan telah berjaya menaikkan nama Jamal Abdillah sebagai seorang pelakon yang popular, setelah berjaya melakar nama sebagai seorang penyanyi berbakat menerusi pertandingan Bintang RTM 1978.Filem ini turut dijayakan oleh Fauziah 'Ogy' Ahmad Daud sebagai pelakon wanita utama mencatatkan sejarah sebagai filem MELAYU Malaysia pertama yang mencapai pungutan Box-Office.

8 - Exits - Jesnita
Kemunculan semula kumpulan Exits setelah sekian lama menyepi..Membuat comeback dengan lagu hitnya jesnita yang menduduki tangga pertama carta-carta muzik radio suatu ketika dahulu...

7 - Ways - Kernamu Suhaila

6 - M. Nasir & Jamal Abdillah - Ghazal Untuk Rabiah
 Lagu 'Ghazal Untuk Rabiah' nyanyian JAMAL ABDILLAH dan M.Nasir meraih wang tunai RM37,000 apabila membolot dua kategori dalam Juara Lagu '97. 

5 - Saleem - Juwita

Pertandingan Juara Lagu 1998 merupakan pertaruhan pertama Komposer Ajai di pentas Juara Lagu menerusi Lagu Juwita nyanyian Saleem ini untuk kategori balada.


4 - Jinbara - Farhana

Farhana, Zakiah dan Kasihnya Laila merupakan antara lagu2 popular dari Jinbara yang mengabadikan nama wanita di dalam tajuk lagu mereka. Lagu Farhana dendangan Jinbara ini berjaya memasuki final Juara Lagu 2008 untuk kategori Rock.

3 - Black - Sofea Jane

Juara pertandingan Mentor, Black atau nama sebenarnya Hanifah Md.Hanafiah. Sofea jane adalah lagu yang dipetik dari Album Obsesi. Satu keistimewaan album ini ialah lima daripada enam lagu yang dimuatkan menggunakan nama wanita iaitu Leia, Geena, Natalia, Dewi Aleeya dan Sofea Jane. Menurut Black, Semua nama-nama ini dipilih Black sendiri dan ada juga yang dicadangkan oleh komposer lagu itu. Jadi, semua nama-nama itu tidak ada kena-mengena dengan Black Hanya sekadar judul lagu.

2 - Himalaya - Junaidah 365

Jan jan januari jalinan antara coretan dan kata Formula menjadi di bulan februari...Antara lirik yang sangat catchy di dalam Lagu ni Junaidah 365 ini.. Pernah popular dan menggegar dengan menduduki tangga teratas carta2 radio di Malaysia suatu ketika dahulu. Lagu yang mengisahkan Nama Junaidah yang dicintai selama 1 tahun ini dinyanyikan Kumpulan Himalaya dengan rentak Rock..!! Sayangnya Kumpulan yang dibarisi 4 anak muda ini Foo, Din, Ditt dan Wann ini sudah lama tidak muncul dalam dunia hiburan..Ntah mana la menghilang agaknya...

1 - Search - Isabella
Lagu yang dipetik dari album fonomena 1989 ini telah dinobatkan sebagai Juara Lagu 1989 di pentas Juara lagu. Lagu ini masih lagi popular sehingga sekarang dan dinyanyikan di dalam beberapa versi seperti Isabella 98 yang mengandingkan Saleem, Zamani, Jamal Abdillah duet bersama Amy Search. Bukan itu sahaja Kumpulan dari seberang St12 turut menyanyikan semula lagu Isabella ini di tahun 2009. Memang besar impak Isabella.

Ini sebahagian jer ..Banyak lagi kan lagu2 mengabadikan nama wanita sebagai tajuk kalau nak letak memang satu page ni tak muat... Sememangnya sejak dari dulu lagi kan.. Nama wanita yang diangkat menjadi tajuk2 lagu... Yella mungkin lelaki yang menyanyikannya takkan lah nak memuja nama lelaki..pelik pulak bunyinya kan...tapi kalau nak tau jugak pelik ke tak ni try lirik lagu ni yang diolah dan diedit dari lagu OH FATIMAH Ditukar menjadi OH SYAKIRIN.. hahaha korang layan jer la...!!

Oh syark the ghost, syakirin nan kacak
Parasnya gagah suara garau
Senyum membawa hati rindu
Buat jiwa bimbang ragu

Oh syakirin pemuda shah alam,
Pinggangnya ramping leher jinjang
Pakainya loreng istimewa
Budi bahasa sungguh kurang

( korus )
Oh syakirin...pemuda gagahhh
Indah sungguh parasmu syakirin
Kasih mesramu menawanku
Membelai harapanku

Oh syakirin jantan terhebat,
Membawa hatiku yang mesra
Bilakah masa kan bersua
Rasa cinta hidup ria



;)

1 Comments

Apa Kata Anda?

  1. byk yg xbest..4-5 lagu je yg top..byk lagi..

    1) rozana-search
    2) intan ku kesepian -wings
    3) suraya - headwind
    4) misteri mimpi syakila - wings
    5) laila namamu teratas - search
    6) suzana - m. osman
    7) taman rashidah utama - wings
    8) aduh saliha - mawi
    9) azizah - p ramlee
    10)fiona - 4U2C
    11)shakila - rahim maarof
    12)mira edora - wicitra
    13)cinta untuk nabila - melisa
    14)eva natasha - febians
    15)keroncong untuk Ana - m. nasir

    ni je la setakat aku ingat..ada lagi lagu yg aku x masukkan

    ReplyDelete
Previous Post Next Post