10 Tempat Menakjubkan Di Dunia Terasa Seperti Berada Di Planet Lain

Mengunjungi salah satu tempat yang luar biasa itu, membuatkan anda seperti berada di planet lain. Ini ini tempat-tempat menarik diplanet bumi ulasan Sonja Groset menerusi Bing Travel, tahun 2008.

10 Tempat menakjubkan di muka bumi yang hanya ada satu di dunia membuatkan rasa seperti berada di planet lain

1. Blue Lagoon, Iceland

Tempat ini dipenuhi dengan banyak kolam buatan yangmengandungi material dari aktiviti gunung berapi. Air dengankaya mineral yang terdapat di sini dipercayai mempunyaikekuatan untuk menyembuhkan penyakit tertentu. Semasamusim sejuk, wap panas muncul dari kolam yang dikelilingi salji dan ais, sehingga menampakkan suasana yang mencekam.

2. Haleakala, Hawaii



Haleakala, kawasan gunung berapi ini mengelilingi Maui, Hawaii.Saban tahun hampir lebih daripada 1.5 juta orang melawatHaleakala. Mereka hanya sekadar ingin menyaksikan matahariterbit atau tenggelam, dengan pesona yang amat dramatik, juga menyaksikan kawah besar di gugusan Haleakala. Nama Haleakala berasal dari bahasa Hawaii yang bererti rumah matahari. Menurut legenda, manusia setengah dewa dari Mauitelah menyimpan matahari di tempat ini untuk memanjangkan waktu siang.

3. Chocolate Hills, Filipina


Bukit kapur Choclolate Hills seluas 20 batu persegi yang terletak di Pulau Bobol, Filipina, yang ditutupi hampir 1300 rumput. Bukitkapur ini berketinggian sekitar 100 hingga 400 kaki. Saat musimkering, bukit ini menyerupai coklat cip raksasa. Berdasarkanlegenda tempatan, bukit ini terbentuk dari kotoran kerbauraksasa yang diberi makanan beracun oleh petani tempatan.Namun, para saintis membuat kesimpulan bahawa bukit tersebutterbentuk akibat puing-puing vulkano.

4. Craters of The Moon National Park



Craters of The Moon National Park di Idaho, merupakan kawasan menyerupai bulan yang boleh anda dijumpai di AmerikaSyarikat. Terbentuk dari erupsi gunung berapi yang terjadi15.000 tahun silam, tercipta lapangan lava seluas lebih dari 600batu persegi. Kekuatan erupsi lalu menciptakan bara berbentukkon dan cerukan lava.

5. Racetrack Playa, California



Racetrack Playa di Death Valley National Park, California AS,kini dikenali sebagai batu seluncur yang misteri. Tasik kering iniberalaskan batu dan sediment lumpur. Tidak ada seorang pun yang pernah melihat batu-batu tersebut bergerak. Tapi, teori yang berkembang menyatakan bahawa pergerakan tersebutakibat angin yang bertiup kuat dan akibat penyusutan ais.Kesannya berlaku semasa musim hujan, di mana permukaantasik yang cetek menjadi licin.

6. Cappadocia, Turki



Cappadocia di Turki menampilkan formasi batu unik yang biasa disebut "peri cerobong asa". Cappadocia terbentuk dari aktivitigeologi dan gunung berapi, termasuk cuaca dan hakisan, yang terjadi sekitar 60 juta tahun Islam. Tahun 2000 lalu, kaum Nasranimembangun gereja pertama di kawasan bebatuan unik itu.


7. Laut Mati, Timur Tengah



Tepian laut dengan air masin yang disebut Laut Mati ini adalah yang terendah di bumi, iaitu hampir 1,400 kaki di bawah paras laut. Air di sini lebih masin berbanding air di lautan, kerana kadargaramnya yang tinggi sehingga membolehkan makluk hidup dapat mengapung di atas air. Perairan Laut Mati banyak dimanfaatkan untuk terapi kesihatan. Air tasik gergasi ini terusmenyusut, kerana ada lubang yang berbahaya.


8. Madagaskar, Afrika Tenggara



Di Pulau Madagascar, di pesisir tenggara Afrika, hutan pokok berakar panjang banyak terdapat di sini. Pohon tersebut mampumenyerap air dalam jumlah yang besar dan berketinggian 100kaki dengan diameter hampir 400 kaki.


9. Pamukkale, Turki



Karang Pamukkale di Turki, hampir menyerupai air terjun yangmembeku berbanding sumber haba. Karang terjal dan tasikcetek terbentuk dari aktiviti gunung berapi dan mengandungi kadar kalsium tinggi. Nenek moyang bangsa tempatan meyakinipanas yang ditimbulkan adalah rawatan yang diberikan Tuhandan membangunkan bandar kuno di atas bukit.


10. Gurun Pasir Erg Chebbi, Morocco



Gurun Pasir Erg Chebbi yang berada di bahagian tenggaraMaghribi, terbentuk daripada pasir yang ditiup angin yang kinimempunyai ketinggian hingga 500 kaki. Desa Merzouga, kira-kira 4 jam perjalanan dari Marrakech, Ibu Kota Maghribi, terletak di tepi bukit pasir ini.

Pelawat boleh membina khemah di sini,menunggang unta, dan menyaksikan matahari terbit dantenggelam. Menurut legenda, bukit pasir ini tercipta akibathukuman Tuhan yang menimpa penduduk tempatan kerana telah mengusir seorang petualang.

Sekian.

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post