10 Pelakon Wanita Yang Pernah Menjadi Hantu

Serammm sejuk, jeritan, itulah antara fonomena biasa bila dikaitkan dengan filem-filem seram ni bila menononnya di pawagam. 

Di sebalik filem semestinya hantu atau watak yang menyeramkan itu memainkan peranan penting bagi menghidupkan mood atau suasana bagi genre filem seram. Jadi jom kita selongkar antara watak-watak hantu yang pernah menjengah pawagam tanahair..!!

10. Umie Aida [Puaka Tebing Biru]

Ratna (lakonan Nasha Aziz ) adalah rakan karib Ayu yang tinggal bersebelahan rumahnya sejak kecil. Ayu (Umie Aida), seorang gadis lemah-lembut sedang dilamun cinta dengan seorang pemuda kampung bernama Mohsin.

Ratna yang mempunyai seorang adik perempuan bernama Atilia telah mendapat tawaran kerja di Kuala Lumpur tetapi tidak mendapat keizinan ibu mereka. Hati Ratna terluka. Akhirnya, Ratna tidak berganjak dengan keputusannya lalu pergi meninggalkan Atilia, ibu serta rakan karibnya, Ayu.


9. Fathia [Al Hijab]

Rafael (lakonan Pierre Andre) merupakan seorang pelakon yang tidak mempercayai kewujudan hantu. Suatu hari dia ditawarkan watak utama untuk membintangi sebuah filem seram. Dia yang terkejut dengan tawaran tersebut sangat teruja dan berusaha untuk menjiwai peranannya sebaik mungkin. Malangnya Rafael tidak berjaya memperolehi perasaan takut yang dapat memuaskan hatinya. Puas dia berkunjung ke tempat-tempat yang dikatakan berhantu tetapi tidak pernah melihat kelibat makhluk itu.

 Teman wanita Rafael, Qiss yang pelik dengan Rafael itu mengadu perkara tersebut kepada ibunya. Ibu Qiss kemudiannya memberitahu Rafael mengenai apa itu hijab. Rafael berpeluang untuk melihat makhlus halus jika hijabnya dibuka. Namun, hanya orang tertentu saja mampu membuka hijab tersebut. Rafael yang semakin buntu mencari seseorang yang boleh membuka hijabnya akhirnya menerima mesej aneh yang mengarahkan dia untuk pergi ke suatu tempat. Hanya di tempat tersebut hijabnya akan dapat dibuka.


8. Juliana Banos [Pontianak Menjerit]
Filem Pontianak Menjerit mengisahkan Datuk Pengiran Abdul Rahman telah mengarahkan peguam beliau untuk mencari senarai mereka yang mewarisi harta beliau yang bernilai RM30 juta. Selain daripada dua anak lelakinya Azlee (Azlee Senario) dan Mazlan (Mazlan Pet Pet), terdapat senarai dua orang lagi bagi mewarisi harta tersebut.



7. Nora Danish [Jangan Pandang Belakang Congkak 2]

Setalah berjaya memulihkan Punai, Asmat dan Johan serta berjaya menewaskan Mustika dalam JPBC yang lalu, Pak Mor yang cedera itu terus menuju ke anak sungai. Di tepi sungai, Pak Mor duduk bersila dan mula membaca jampi menteranya.

Semakin lama semakin laju Pak Mor membaca jampi manteranya. Serentak angin mula bertiup. Semakin lama semakin kencang angin bertiup mengikut kelajuan Pak Mor membaca jampi manteranya. Tiba-tiba tubuh Pak Mor mula mengelupur. Mulutnya masih kumat kamit membaca jampi manteranya. 

6. Fasha Sandha [ini Ada Hantu]

Sini Ada Hantu bermula apabila dua orang pemandu van, Ah Meng dan Bakri yang telah ditugaskan pada saat akhir menghantar mayat datuk kepada majikan mereka di sebuah kampung dimana mereka perlu sampai ke destinasi keesokan paginya. Pada mulanya mereka menolak tapi apabila ditawarkan dengan upah yang lumayan mereke bersetuju.

Semasa dalam perjalanan, radio van tidak berfungsi bagi menghilangkan kebosanan dan rasa mengantuk, mereka berdua bercerita tentang kisah seram yang pernah mereka dengar. Bakri memulakan kisahnya "Hantu Pokok Pisang" kisah wanita cantik yang menjelma dari pokok pisang. Ah Meng mentertawakan Bakri dan mengatakan hantu melayu tak logik , Ah Meng mula menceritakan kehebatan hantu Cina pula "Hantu Nombor Ekor" Kisah empat lelaki yang mengalami masalah kewangan lalu memuja roh untuk memberikan pertolongan dengan memberi nombor ekor.

5. Sazzy Falak [Tolong! Awek Aku Pontianak]

Tolong! Awek Aku Pontianak pula menampilkan Sazzy Falak sebagai hantu yang jelita lagi menggoda. “Saya pun pada awalnya memang agak keliru dengan watak pontianak yang dibawakan kerana menerusi filem ini (Tolong! Awek Aku Pontianak), saya jadi hantu yang baik, bukan pembunuh atau penghisap darah.

“Sebab itulah saya mengambil masa agak panjang juga untuk memahami karektor ini,” katanya. Begitupun, dia bersyukur kerana dapat bekerja dengan insan profesional, terutama James yang memberikan banyak panduan input selain menjadikan dirinya faham sepenuhnya untuk menghidupkan watak Maya.


4. Nurul Ain [Suatu Malam Kubur Berasap]


Bertempat di ‘Kampung Angan Tak Sudah’, filem ‘Suatu Malam Kubur Berasap’ ini mengisahkan cerita tentang tiga sahabat kampung iaitu Atan, Bun, Pet dan seorang sahabat dari bandar yang baru dikenali iaitu Mie. Atan (Angah Raja Lawak) seorang yang lurus bendul, rajin, ringan tulang dan bekerja sebagai penggali kubur. Bun (Along Raja Lawak) seorang kutu rayau yang gemar merempit dengan motor kapcainya.

Hampir setiap malam beliau akan mengacau gadis-gadis kilang yang baru pulang dari bekerja. Pet (Azrul Raja Lawak) merupakan pemandu lori ayam yang sering bekerja lewat malam. Beliau mempunyai suara yang sengau, suka berlagak dan bercakap besar terutamanya melibatkan perkara mistik dan hantu. Ketiga-tiga mereka sering diganggu oleh Jerdil dan Tocai, Geng Beduk, samseng kampung.

3. Juliana Evans [Hantu Boceng]


Cerita mengisahkan Amran seorang budak Delivery yang gemar berlumba secara haram motor Drag. Satu hari selepas memenagi satu perlumbaan, Amran telah di hadiahkan seorang Bohsia bernama Maya sebagai habuan perlumbaan. Malang tidak berbau, di ketika Amran hendak membawa bohsia yang memboncengnya itu keluar dari port, mereka telah kemalangan dan Bohsia tersebut mati ditempat kejadian.

Sejak kejadian itu Amran sering diganggu dengan hantu Maya yang meminta Amran sempurnakan mayatnya. Amran cuba mendapat bantuan kawan karib nya Kunyit untuk membantunya menjejak keluarga Maya yang sehingga kini masih menjadi misteri setelah Halimaton kekasih Amran seorang jururawat enggan membantu Amran sebab marahkan atas kecurangan Amran terhadapnya.

2. Delimawati [Hantu Kak Limah Balik Rumah]

HKLBR mengisahkan tentang Husin yang telah lama bekerja di Singapura dan mengambil keputusan balik ke kampung halamannya iaitu Kampung Pisang. Apabila pulang ke rumahnya, Husin hairan melihat perangai pelik jiran sebelah rumahnya, Kak Limah yang langsung tidak bercakap dan rambut yang mengerbang semacam.

 Dia juga mengalami kejadian menakutkan ketika mahu tidur. Husin bergegas ke warung Pak Munawer, lalu menceritakan kepada orang-orang kampung yang mungkin Kak Limah sudah menjadi hantu.

1. Maya Karin [Pontianak Harum Sundal Malam]


Pontianak Harum Sundal Malam ialah sebuah filem arahan Shuhaimi Baba. Pelakon utama filem ini, Maya Karin memegang dua watak dalam filem ini iaitu Maria dan Meriam. Kutipan hasil jualan tiket ialah sebanyak RM3.2 juta.

Oleh sebab mendapat sambutan yang amat menggalakkan serta mendapat pengiktirafan semasa di festival filem luar negeri, Shuhaimi Baba menghasilkan filem Pontianak Harum Sundal Malam II yang menjadi sambungan cerita Pontianak Harum Sundal Malam.

Warghhh... Amacam Seram x..? 

2 Comments

Apa Kata Anda?

  1. haha hantu kak limah balik rumah :D
    dia boleh massuk sini ke sebab dia bukan hantu dalam cerita tu :O

    ReplyDelete
  2. mantap,,
    bikin merinding

    ReplyDelete
Previous Post Next Post