11 Selebriti Malaysia Yang Meninggal Dunia 2010..!!!

Selebriti tanah air yang meninggal dunia tahun 2010

1. Shamrin Fotograf
Shamrin (Mohd Shamrin Abdul Samad) iaitu penyanyi kumpulan Fotograf yang pernah popular dengan lagu Di alam fana cinta, meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital, selepas jatuh rebah ketika bermain bola sepak di padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru kerana serangan jantung. Kejadian itu berlaku pada 11 November 2010.

Allahyarham meninggalkan isteri yang sedang sarat mengandung ketika itu dan dua orang anak berusia 1 dan 5 tahun. Allahyarham meninggal dalam usia 45 tahun

2. Yalal Chin
Seorang pelakon drama otai yang sudah lama berkecimpung dalam seni lakon. Allahyarham Yalal Chin (Yalal Abu Chin) meninggal dunia akibat serangan sakit jantung dan pendarahan dalam otak di HUKM, Cheras, Kuala Lumpur pada jam 12.15 pagi, 16 Oktober 2010. Allahyarham menghembuskan nafas yang terakhir ketika berusia 67 tahun. Foto kredit : crossingtheseries.com

3. M Rajoli
Seorang pelakon dan pelawak veteran M Rajoli (Haji Mohd Rajoli Mohamed Zin) telah meninggal dunia di Hospital Ampang, Selangor di sisi isterinya Hassimah Mat Din dan anak bongsunya kerana mengidap kanser di kelenjar otak (lymphoma). Allahyarham menghembuskan nafas ketika berusia 65 tahun pada 17 September 2010.

4. M. Rafiee Haji Khair
Allahyarham M. Rafiee Haji Khair meninggal dunia kerana sakit tua di Hospital Besar Changi (CGH), Singapura pada 16 September 2010. Waktu itu beliau berusia 86 tahun.

Beliau pernah membintangi filem Madu Tiga, Ali Baba Bujang Lapok, Seniman Bujang Lapok dan beberapa lagi bersama Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. M. Rafiee paling diingati dengan dialognya "kesiaan ....... kesiaan" dalam filem Madu Tiga. Begitu juga adegan dia repair motosikal, yang mana motosikalnya selepas itu terbang ke atas atap rumah, akibat penangan si Sudin.

Teruskan selongkar...


5. Yusof Chong
Seorang pelawak veteran, Allahyarham Yusof Chong (Yusop Mat Said) meninggal dunia dalam usia 63 tahun akibat komplikasi pelbagai penyakit, di Hospital Selayang, Selangor dalam bulan puasa, 5 September 2010.

Beliau amat diingati kerana kebolehannya meniru pelbagai suara orang terutamanya suara menteri-menteri seperti Tan Sri Mohamed Rahmad (Allahyarham), Tun Lim Kheng Yeik, Datuk Seri S.Samy Vellu dan Tun Dr. Mahathir Mohamad. Tidak ketinggalan juga beliau mampu meniru suara-suara artis seperti R.Azmi, Datuk David Arumugam, Zain Azman, Halim Yatim dan ramai lagi.

6. Seniwati Mariam Baharom
Allahyarhamah meninggal kerana sakit tua di kondominiumnya di Yishun, Singapura dalam usia 75 tahun pada 9 Ogos 2010.
Beliau adalah ibu kepada penyanyi terkenal suatu ketika dulu iaitu Rahimah Rahim dan juga Bat Latif, hasil perkahwinan dengan Allahyarham Rahim Hamid, iaitu seorang penyanyi yang amat popular, dan telah digelar sebagai 'Nat King Cole Singapura'. Dan tidak ketinggalan beliau juga ialah kakak kepada Allahyarhamah Seniwati Datin Saadiah.

Seniwati Mariam Baharom pernah bekerja di Studio Malay Film Productions (MFP) dan Cathay Keris. Pernah membintangi filem Abu Hassan Penchuri (1955), Aloha (1950), Antara Dua Darjat(1960), Aladdin (1952) dan beberapa lagi filem klasik lain.

7. Siti Rohani Wahid
Salah seorang pelakon wanita yang popular sekitar tahun 70an dan 80an, terutamanya menerusi filem Gila-gila remaja, memegang watak sebagai seorang cikgu dalam kelas Roy. Allahyarhamah Siti Rohani Wahid meninggal dunia akibat penyakit barah payu dara ketika berusia 53 tahun.

Allahyarhamah ialah isteri kepada pengarah M Jamil dan juga menantu kepada seniwati terkenal, Datuk Sarimah Ahmad. Dia telah menderita barah payu dara selama setahun dan akhirnya menghembuskan nafas yang terakhir di Hospital Putrajaya pada 12 Julai 2010.

8. Yanie Mentor
Yanie Mentor (Siti Suriane Julkarim) meninggal dunia kerana penyakit ketumbuhan pada paru-paru pada 21 Mac 2010. Allahyarhamah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Keningau, Sabah. Foto kredit : mybloghub.my

9. Acik Spin
Dua minggu selepas kehilangan Din Beramboi, Acik Spin (Abdillah Murad Md Shari) pula terlibat dalam satu kejadian kemalangan jalanraya di KM 14 Lebuhraya Kajang Serembang sdn. bhd, dengan kereta Toyota Estima yang dipandu oleh sahabatnya terbabas. Allahyarham meninggal dalam usia 28 tahun pada 17 April 2010.

10. Din Beramboi
Pelawak dan DJ radio popular Din Beramboi (Mior Ahmad Fuad Mior Badri) meninggal dunia pada usia 44 tahun kerana mengidap demam Denggi berdarah, di Hospital Selayang, Kuala Lumpur pada 2 April 2010. Pemergian Allahyarham disaksikan oleh ahli keluarga serta tiga orang rakan artis iaitu Azwan Ali, Zul Yahya dan Ifa Raziah.

11. Ahmadi Hassan

Seorang penyanyi nasyid yang popular sekitar tahun 70 dan 80an. Allahyarham Ahmadi Hassan telah meninggal dunia akibat sakit jantung di Hospital Pakar Al-Islam, Kampung Baru, Kuala Lumpur pada petang 17 Februari 2010, dalam usianya 63 tahun. Pernah mencipta nama menerusi drama radio Fajar Di Bumi Permata dengan wataknya sebagai Pak Chat sekitar tahun 1970-an.

Kredit : Univeksiti

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post