5 Soalan Bersama Penyanyi Iqwal Hafiz..!!


Mana Tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Begitulah yang boleh diibaratkan dengan bakat luar biasa yang dimiliki anak muda ini. Sebut sahaja nama Iqwal Hafiz ismail, Pasti ramai yang sudah mengenali nama ini, namun tidak kurang juga yang masih belum mengenali. Jom kita selongkar kisah anak muda ini

LATAR BELAKANG IQWAL
Iqwal Hafiz Ismail atau nama pentasnya Iqal baharu sahaja berusia 19 tahun, berasal dari Teluk Intan, Perak dan anak bongsu  daripada dua orang beradik serta anak kepada Mel, bekas vokalis kumpulan Wings. Memiliki Diploma Muzik, Seni Persembahan Piano dari Subang Music School, dia kini masih giat belajar di Singing Shop. Dia yang sentiasa ditemani ibunya berasa sangat bertuah kerana memiliki ibu yang sanggup meluangkan masa demi kerjayanya ini. Iqwal juga memiliki sebuah syarikat miliknya sendiri iaitu Empire All Star Event di kala usianya yang masih muda, sekali gus menjadi kebanggaan dan pencapaian terhebat buatnya.

PENGLIBATAN DUNIA SENI
Iqwal sangat beruntung kerana bakat yang dimilikinya sudah dapat dikesan oleh ibunya  sedari kecil lagi. Oleh kerana dia dibesarkan dalam dunia muzik oleh ibu bapanya, Iqwal mula dikesan mempunyai bakat nyanyian ketika berusia dua tahun. Itulah keajaiban dan bakat yang dianugerahkan kepada Iqwal. Ketika usianya empat tahun, Iqwal sudah aktif mengadakan persembahan di majlismajlis makan malam. Di usia 11 tahun pula, Iqwal mula serius dalam bidang nyanyian dengan menjadi artis rasmi di gerai Harian Metro dan giat mengadakan persembahan di majlis-majlis yang dianjurkan oleh Erma Fatima.

BAKAT SENI IQWAL
Tidak dinafi kan, bakat Iqwal adalah menyanyi. Namun Iqwal juga mempunyai  bakat lain yang pastinya mengagumkan semua orang. Anak muda ini boleh menyanyi dalam 16 bahasa antaranya bahasa Itali, Sepanyol, Latin, Kantonis, Arab, Hindi, Thai, Mandarin, Jepun, Korea dan lain-lain. Malah, Iqwal juga berbakat dalam bidang lakonan, bermain piano, drum dan gitar. Dia juga sudah mula menjadi komposer untuk lagunya di usia 12 tahun. Di usia muda ini, bakatnya sudah pun digilap dengan jaya. Menjadikan Allahyarham Sudirman dan mendiang Michael Jackson sebagai idolanya, anak muda ini mula menyimpan hasrat untuk menjadi seorang penghibur bertaraf antarabangsa sedari kecil lagi.

PENCAPAIAN
Walaupun dalam usia semuda ini, Iqwal sudah pun memiliki banyak pengalaman dan  pencapaian yang sangat membanggakan. Seawal usianya 16 tahun, Iqwal telah merangkul pingat emas dan sebuah perak bagi lima kategori yang disertainya iaitu kategori pop, rock, kontemporari, Original Works dan Open Style dalam satu pertandingan “World Championship Of Performing Arts (WCOPA)” di Los Angeles pada tahun 2008. Dari kejayaannya itu, banyak media yang memburu anak muda ini. Kini Iqwal muncul dengan satu album yang sangat membanggakan rakyat Malaysia. Dia juga pernah berkongsi pentas dengan pelbagai artis antarabangsa sebagai penyanyi jemputan seperti Avril Lavigne, Adam Lambert, Air Supply dan ramai lagi. Bukan itu sahaja, kehebatan Iqwal juga terbukti apabila dia pernah mengadakan beberapa persembahan di pentas antarabangsa antaranya di Washington, New York, Los Angeles dan banyak lagi.

ALBUM

Sepanjang bergelar anak seni, Iqwal sudah pun memiliki tiga buah album yang  setiap satunya memiliki keistimewaannya tersendiri. Walaupun kesemua albumnya ini tidak terdapat di mana-mana kedai CD seluruh Malaysia, namun peminat boleh mendapatkannya melalui laman sosial Facebook Iqwal. Album pertama Iqwal telah dikeluarkan pada tahun 2009, manakala album keduanya berjudul “Iqwal 1Malaysia”  mendapat anugerah ”Malaysia Book Of Records” kerana Iqwal menjadi artis Malaysia pertama yang merakamkan lagu dalam enam bahasa iaitu Melayu, Tamil,  Mandarin, Iban, Kadazan dan Inggeris. Album terkininya iaitu “Made In Hollywood” mendapat tajaan daripada erajaan sebanyak RM200 ribu. Ini merupakan  satu perancangan kerajaan untuk membawa masuk Iqwal ke pasaran luar,  malah yang menariknya apabila lagulagu dalam album ini turut dirakamkan di di Hollywood.

HARAPAN
Sebagai seorang penyanyi yang sudah agak lama berkecimpung dalam dunia seni dan pernah  beberapa kali mengharumkan nama negara, Iqwal  sangat berharap agar stesen- stesen radio di luar sana tidak memilih kasih dalam memutarkan lagulagu ciptaannya. Dia juga sangat berharap agar dia dapat menonjolkan dirinya di luar negara. Impiannya ingin mencipta lagu sendiri sampai bila-bila, selain ingin membuka studio dan sekolah muzik.

Kredit : Remaja

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post