Ramai yang tidak tahu amalan-amalan yang sesuai dan yang dianjurkan kepada umat Islam pada bulan ini. Sebab kita dah biasa faham tentang kelebihan bulan Ramadhan berbanding bulan-bulan yang lain. Bulan Zulhijjah adalah bulan yang sangat penting sebab selain daripada sambutan Aidil Adha (10 Zulhijjah), bulan ini juga adalah bulan umat Islam mengerjakan Haji serta mengadakan korban. Seluruh umat Islam mendapat kebajikan daripadanya, baik mereka yang menunaikan Haji, baik mereka yang tak menunaikan haji tapi berkorban dan juga baik kaum fakir miskin yang memperoleh rezeki korban. Dan hari yang paling diutamakan pada bulan ini pula adalah Hari Arafah (9 Zulhijjah).
Ibnu Hibban di dam kitab Sahihnya meriwayatkan dari Jabir Radhia Allah ‘anhu bahawa Baginda Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda :
“Seutama-utama hari adalah hari ‘Arafah”.
Imam Muslim Rahimahullah meriwayatkan dari Abi Qatadah Radhia Allah ‘anhu bahawa Rasulullah Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda :
“Puasa pada hari ‘Arafah, saya mengharap Allah akan menghapuskan (dosa) setahun yang lalu dan setahun yang mendatang”.
Rasulullah sallallahu 'alaihi wassalam juga menggalakkan umatnya agar melakukan amalan kebajikan yang banyak pada bulan ini kerana kelebihan musim haji itu, dan juga kerana kelebihan Kaabah Allah yang menjadi kunjungan para jemaah haji.
Imam al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas Radhia Allah ‘anhuma bahawa Baginda Nabi Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda :
“Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari ini – iaitu sepuluh hari Zulhijjah-”. Para Sahabat Baginda bertanya : “Apakah juga (pengecualian itu) termasuk jihad pada jalan Allah ?”. Ujar Baginda : “Tidak juga (termasuk) berjihad pada jalan Allah kecuali bagi seorang yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun”.
Saya cuba ringkaskan dan senaraikan segala amalan yang dianjurkan ke atas kita pada bulan yang mulia ini.
1. Menunaikan Haji dan Umrah

Sebaik-baiknya amalan adalah menunaikan haji dan umrah. Sabda Nabi Salla Allah ‘alaihi wa sallam : “Haji yang baik (diterima) tiada baginya balasan melainkan Syurga”. (Maaf, saya tak jumpa sanadnya ni dari mana. Sape2 tahu harap bagitahu saya)
2. Berpuasa
2. Berpuasa
Sesiapa yang berpuasa pada hari Arafah, Allah akan menghapuskan dosanya selama 2 tahun. Hari Arafah adalah hari di mana Allah telah menyempurnakan agama-Nya.
Diriwayatkan oleh Hunaydah Ibn Khaalid oleh isterinya, bahawa salah seorang dari isteri Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam telah berkata:
"Rasulullah Sallallahu 'alaihi wassalam kebiasaannya berpuasa pada 9 hari pertama Zulhijjah dan hari Asyura, dan pada 3 hari pada setiap bulan, hari Isnin pertama pada setiap bulan dan 2 hari Khamis." Riwayat al-Nasaa'i, 4/205 dan Abu Daud; dikelaskan sebagai sahih oleh al-Albaani dalam Sahih Abi Daud, 2/462.
3. Berzikir

Adalah sunnah supaya kita berzikir takbir (Allahu Akbar), tahmid (Alhamdulillah), tahlil (La Ilaha Illallah) dan tasbih (Subhanallah) pada 10 hari pertama Zulhijjah.
Firman Allah SWT: "Supaya mereka menyaksikan berbagai manfaat bagi mereka dan supaya mereka menyebut nama Allah pada hari yang telah ditentukan atas rezeki yang Allah telah berikan kepada mereka berupa binatang ternak." (Surah Al-Hajj 22:28)
Hari-hari tersebut dijelaskan sebagai sepuluh hari di bulan Zulhijjah. Oleh kerana itulah para ‘Ulama menyarankan supaya diperbanyakkan berzikir pada hari-hari tersebut sebagaimana mafhum hadith Ibnu ‘Umar Radhia Allah ‘anhuma yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad Rahimahullah, di antaranya :
“Oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah) , takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah)”.
Imam Al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan bahawa Ibnu ‘Umar dan Abu Hurairah Radhia Allah ‘anhum kedua mereka pada hari-hari tersebut selalu keluar ke pasar bertakbir dan diikuti oleh orang ramai. Imam Ishaq Rahimahullah meriwayatkan bahawa para Fuqaha’ (ahli feqah) di kalangan Tabi’in (generasi selepas Sahabat Nabi) sentiasa membaca pada hari-hari itu “[Allahu Akbar, Allahu Akbar, La Ilaha Illa Allah, wa Allahu Akbar, Allahu Akbar, wa LillahI Hamdu]”.
Dibolehkan juga pada hari-hari tersebut berzikir dengan apa-apa zikir yang lain dan segala do’a yang baik.
4. Bertaubat

Bertaubat dan meninggalkan segala maksiat dan dosa supaya mendapat keampunan dan rahmat Allah. Ini kerana ma’siat adalah punca kepada jauh dan terhindarnya seorang hamba dari rahmat Allah manakala ketaatan pula adalah punca dekat dan kasihnya Allah kepadanya.
5. Memperbanyakkan Amalan Soleh
5. Memperbanyakkan Amalan Soleh
Terutama amalan-amalan sunat tambahan seperti solat sunat, bersedekah, berjihad, membaca al Quran, menyeru kepada kebaikan, mencegah kemungkaran, mendekatkan diri kepada-Nya dan seumpamanya kerana kesemuanya akan digandakan pada hari-hari tersebut.
Amalan yang dikerjakan ketika itu walaupun ia kecil tetapi ianya lebih disukai oleh Allah Ta’ala jika dibandingkan pada hari-hari lain, begitu juga amalan yang besar seperti berjihad di jalan Allah yang dikategorikan di antara amalan yang terbaik, tidaklah mendapat kehebatan pahala pada hari-hari itu melainkan apabila kuda (kenderaan) yang ditungganginya terbunuh (binasa) dan darahnya keluar (dia cedera atau mati syahid).
6. Bertakbir Pada Hari Aidil Adha

Bagi mereka yang tidak menunaikan ‘ibadah haji, takbir bermula dari waktu subuh hari ‘Arafah (9 Zulhijjah) dan bagi yang menunaikannya takbir bermula pada waktu Zohor hari raya haji (10 Zulhijjah), kesemuanya berakhir sehingga waktu ‘Asar pada hari ketiga belas (13) Zulhijjah.
7. Melakukan Korban (Menyembelih Binatang Ternakan)

Pada hari raya haji dan hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah) dan membelanjakan harta pada korban tersebut semata-mata kerana Allah. Kemudian disedekahkan 2/3 daripadanya kepada kaum fakir dan miskin.
"Maka makanlah sebahagian daripadanya dan (sebahagian lagi) berikanlah untuk dimakan orang-orang yang sengsara lagi fakir." (Surah Al-Hajj 22:28)
8. Solat Aidil Adha di masjid dan mendengar khutbah
Berusaha untuk menunaikan solat hari raya secara berjamaah, menunggu mendengar khutbah yang dibaca oleh imam selepas selepas solat tersebut supaya mendapat pengajaran daripadanya.
==
For non-malay muslim friends and non-muslim friends, read here to find out more about :
The first ten days of Dhu’l-Hijjah: Days of virtue and righteous deeds by Sheikh Muhammed Salih Al-Munajjid

Kredit : AuraFeminin
nice info bro. Semoga bulan ini lebih bermakna buat kite semua
ReplyDelete