10 Fokus Negara Berkebajikan PAS..!!!

Dokumen 57 halaman bertajuk Negara Berkebajikan Tawaran Pas, membawa 10 agenda bagi merealisasi Negara Berkebajikan didahului agenda pertama, mahu mewujudkan kerajaan beramanah, adil dan bersih.


1. Memperkukuh sistem Federalisme
Pas mahu memperkukuh sistem federalisme, mengkaji semula peruntukan Perlembagaan untuk memperkasa amalan pemisahan kuasa, menjamin pilihan raya bersih dan adil, memulihkan agensi-agensi awam seperti SPRM, Jabatan Peguam Negara dan PDRM.



2. Menambah Infastruktur sisial dan masyarakat.
 iaitu masyarakat penyayang, aman dan bersatu pula menekankan untuk menambah badan masyarakat madani dan organisasi perniagaan sosial, menyemak semula jumlah pengurangan dan pelepasan cukai, mewujudkan pasukan polis bantuan di bawah pihak berkuasa tempatan, menyemak dasar berkaitan perpaduan nasional dan menubuhkan Majlis Dialog Kebangsaan.

3. Mewujudkan Ekonomi Mampan
Di bawah konsep ketiga, iaitu mewujudkan ekonomi mampan, seimbang dan saksama, Pas berhasrat menyusun keutamaan pembangunan supaya pertumbuhan tidak diukur berdasar pembinaan dan infrastruktur mega mewah, tetapi selaras matlamat dan strategi pembangunan.

4. Pendidikan Yang Berkualiti

Agenda keempat iaitu pendidikan berkualiti, berdaya saing dan boleh capai, inisiatif ditawarkan ialah memberi yuran pengajian percuma kepada anak luar bandar berpendapatan RM1,500 ke bawah dan keluarga bandar berpendapatan RM2,500 ke bawah memasuki universiti awam.

5. Perkhidmatan Kesihatan yang Cekap
Bagi agenda kelima iaitu perkhidmatan kesihatan cekap, berkualiti dan boleh capai, ia mewujudkan Skim Pembiayaan Kesihatan Nasional bagi kumpulan rakyat tidak mempunyai skim perlindungan kesihatan daripada majikan.

6. Agenda Kebajikan Langsung
Bagi agenda keenam, iaitu agenda kebajikan langsung, menyeluruh dan mesra rakyat menggariskan inisiatif memperkukuh dan memperkemas pengurusan zakat, wakaf dan lain-lain dengan memberi lebih kuasa dan peranan kepada masjid sebagai pusat sehenti kebajikan masyarakat Muslim setempat.

7. Memupuk Gaya Hidup Kekeluargaan
Agenda ketujuh pula memupuk gaya hidup kekeluargaan yang memenuhi fitrah semula jadi manusia melalui kempen berterusan.

8. Meningkatkan Produktiviti Belia Negara
Agenda kelapan pula meletakkan aspek belia, pekerja produktif, berdaya saing dan terbela dengan mengadakan kuota minimum 15 peratus bagi tenaga kerja di semua peringkat dan bidang bagi menjunjung dan menginsafi hakikat bahawa setiap generasi berhak dan bertanggungjawab ke atas aspirasi dan kemaslahatannya sendiri serta bagi memastikan proses peralihan generasi berlaku secara sihat dan teratur.

9. Memujudkan Kemudahan Prasarana Yang Berkualiti
Agenda kesembilan mewujudkan kemudahan prasarana berkualiti, cekap dan bertaraf dunia.

10. Menghijaukan Alam Sekitar

Agenda terakhir iaitu mewujudkan alam sekitar segar, terpelihara dan lestari akan menguatkuasakan akta dan peraturan berkaitan pemuliharaan alam sekitar dan menggubal peruntukan tertentu.

Kredit : SinarOnline

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post