11 Imbasan Trajedi Jalan Raya Sepanjang Tahun 2011...!!!

Kemalangan adalah sesuatu perkara yang sangat ditakuti oleh semua pengguna jalan raya yang mana berlaku dan datang tanpa diduga... Apa yang boleh dibuat adalah langkah2 penjegahan dengan berhati2 di jalan raya dan berdisiplin di atas jalan raya... Oleh itu jom kita selongkar antara trajedi2 jalan raya di sepanjang tahun 2011 untuk kita jadikan pengajaran dan iktibar dari apa yang berlaku..!!!


1. Pertembungan Kancil Dan Kembara

SEREMBAN, 21 Dis -- BERPANTANG AJAL ... Tiada siapa cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta pacuan empat roda Perodua Kembara dengan sebuah kereta Kancil dan sebuah lori pada kira-kira pukul 9.30 pagi tadi di jejantas Jalan Seremban-Tampin berhampiran Kampong Baru Rahang dekat sini hari ini.

Dipercayai pemandu Produa Kembara itu gagal mengelak lalu merempuh sebuah kereta Perodua Kancil yang diletakkan di kiri jalan menyebabkan kereta pacuan empat roda itu terbalik dan mengheret kereta Perodua Kancil hingga ke belakang sebuah lori yang berhenti kerana kerosakan

2.  Kereta dan Mayat Rentung
 KUANTAN - RENTUNG.....Anggota bomba cuba mengeluarkan dua mayat yang rentung selepas kereta Toyota Harrier terbabas dan melanggar pokok di kilometer 47 Jalan Kuantan-Maran dekat Kampung Gelugor, Kuantan
3. Motosikal Melanggar Vios
JOHOR BAHARU -- KEMALANGAN MOTOSIKAL...Seorang pemuda terbaring kesakitan di tepi jalan selepas motosikal yang ditunggangnya melanggar sebuah kereta Vios yang secara tiba-tiba membuat pusingan U di Jalan Yahya Awal berhampiran Wisma Persekutuan Johor Bahru.

Pemuda itu cedera di jari dan dagunya menunggu ketibaan ambulan yang dipanggil oleh orang ramai yang menyaksikan kejadian tersebut.

4. Kemalangan Kereta di KM47
PASIR PUTEH - Keadaan kereta yang terlibat dalam kemalangan maut di KM47 Jalan Kota Bharu-Terengganu yang menyebabkan tiga remaja maut apabila kereta bertembung dengan sebuah lori di Wakaf Linchong, awal pagi tadi.

5. Kemalangan Bas di KM382
SLIM RIVER, 11 Nov -- Keadaan kawasan lokasi di mana empat maut dan lima cedera parah dalam kemalangan sebuah bas persiaran di KM 382 Lebuhraya Utara Selatan (menghala ke selatan) berhampiran Behrang awal pagi tadi.

Kejadian pukul 4.45 pagi itu melibatkan sebuah treler muatan pasir yang melanggar belakang sebuah bas yang berhenti di tepi jalan. Bas yang membawa rombongan pelajar dan guru dari SMK Air Merah, Kulim ketika itu dalam perjalanan ke Kuala Lumpur.

6. Kemalangan Ngeri di Ipoh
IPOH -- KEMALANGAN NGERI.. Mayat seorang jururawat dibawa ke hospital setelah maut dalam keadaan mengerikan dengan bahagian kiri badannya terburai selepas motosikal yang ditunggang bersama suaminya digilis sebuah treler di persimpangan Jalan Raja Musa Aziz.

Dalam kejadian jam 8.50 pagi, mangsa, Liew Suet Foong, 50, yang membonceng motosikal suaminya, Cheow Seng Yee, 62, dalam perjalanan dari rumahnya di Silibin ke tempat kerja di klinik swasta, Jalan Raja Ekram.

Pemandu treler berkenaan dipercayai tidak menyedari motosikal pasangan berkenaan di bahagian kiri jalan ketika membelok masuk dari Jalan Tun Abdul Razak.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah, Deputi Superitendan Wan Sharuddin Wan Omar berkata, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian badan.

7. Bas Melanggar Pejalan Kaki
KUALA LUMPUR - KAWAL.....Seorang anggota polis mengawal keadaan berhampiran sebelah bas dimana cerminnya telah dipecahkan oleh orang ramai selepas bas tersebut melanggar dua orang pejalan kaki dalam kejadian kemalangan di Little India, Brickfield.

8. Lori Tangki Terbalik

SEREMBAN -- Anggota Bomba dan Penyelamat memeriksa lori tangki yang terbalik dan menyebabkan pemandunya, K. Silvom, 45, terbunuh dalam kemalangan yang berlaku pada kira-kira 6.45 pagi di KM254.4 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) menghala utara berhampiran Plaza Tol Senawang.

Jurucakap polis berkata siasatan awal kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa yang memandu berseorangan membawa muatan minyak hidrolik itu gagal mengawal lori tangki berkenaan lalu terbabas dan melanggar besi penghadang pembahagi lebuhraya sebelum terbalik di antara dua laluan lebuhraya. Mangsa yang mengalami kecederaan parah di badan dan kepala maut di tempat kejadian. Mayat mangsa di hantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk bedah siasat.

9.  Kedai Buku Dirempuh Kereta
JOHOR BAHRU - Sebuah kedai menjual buku dan surat khabat di Jalan Ibrahim, di sini, rosak teruk gara-gara dirempuh sebuah kereta, pagi semalam.

10. Pemandu dan Kelindan Lori Terselamat
ULU KLAWANG - Berpantang maut sebelum ajal! Itulah yang berlaku apabila pemandu dan kelindan lori nyaris maut apabila lori tangki minyak yang dinaiki terbabas sebelum terbakar dan meletup di Kilometer 17, Kampung Ulu Klawang, kira-kira jam 1.15 pagi, semalam.

Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Superintendan, Stapa Yusof, berkata, lori tangki yang membawa minyak diesel itu terbakar keseluru-hannya selepas terbalik ke tebing.

11. Kereta Terbabas dan Terbalik Dalam Kolam
KUALA PILAH -- Seorang wanita maut selepas kereta yang dipandunya terbabas sebelum terbalik ke dalam sebuah kolam memancing di KM24, Jalan Seremban-Kuala Pilah, dekat Kampung Gedang.

Kejadian kira-kira pukul 2.15 petang itu mengakibatkan Suzimah Shuhaimi, 28, lemas selepas terperangkap di dalam kenderaannya yang terbalik di dalam kolam pancing berkenaan. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah untuk bedah siasat.

Kredit : SinarHarian

1 Comments

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post