PASTINYA RAMAI YANG BERANGG APAN SAAT KOMPUTER KAMU SERING SAHAJA GAGAL BERFUNGSI DENGAN SEMPURNA, TERGENDALA, LAMBAT, DATA YANG DISIMPAN KERAP HILANG, KELUAR PAPARAN PELIK YANG SERING MENGG ANGG U SAAT SEDANG BEKERJA BERPUNCA DARIPADA SERANGAN VIRUS.
SEBENARNYA TANPA DISEDARI ADA PELBAGAI ANCAMAN LAIN YANG BAKAL KAMU HADAPI APABILA MENGG UNAKAN INTERNET DAN KOMPUTER SEMASA MELAKSANAKAN TUGASAN HARIAN.
1. Adware
Sebuah program yang akan memaparkan iklan pada skrin komputer. Ia akan mengganggu kerana adware umumnya akan memakai sumber daripada komputer, akibatnya komputer akan menjadi lambat untuk beroperasi. Ada juga jenis adware yang muncul secara pop-up yang mengganggu tugasan kamu.
2. Brute Force
Ancaman Brute Force amat berbahaya kerana ia mengganggu kata laluan serta menggabungkan kata laluan bersama nombor dan huruf secara berturutan. Brute Force cukup berbahaya sekiranya ia menyerang dan memudahkan orang luar menyalahgunakan kata laluan kamu untuk kegunaan peribadi. Untuk mengatasi masalah ini, ada baiknya kata laluan yang digunakan tidak hanya terdiri daripada nombor dan huruf tetapi juga terdiri daripada simbol seperti $, #, &, dan lain-lain.
3. DDoS
Ddos atau Distributed Denial of Service, akan mengakibatkan komputer kamu diserang dan dihujani kiriman data dalam saiz yang besar secara serentak dan mengakibatkan kerosakan komputer kerana tidak mampu menampung jumlah data yang terlalu berat.
4. Fake Antivirus
Fake Antivirus ini wujud seolah-olah komputer kamu terkena virus dan menyarankan kamu untuk membeli anti virus untuk mengatasi virus tersebut.
5. Hoax
Mesej berantai yang disampaikan kepada orang lain melalui e-mel ataupun laman web. Kesannya menyebabkan si pembaca panik dan tertipu. Ia juga akan memberatkan rangkian Internet kamu.
6. Keylogger
Merupakan salah satu ncaman yang cukup berbahaya. Keylogger akan merekodkan setiap apa yang dimasukkan melalui papan kekunci untuk disimpan atau dihantar kepada seseorang yang biasanya digunakan untuk tujuan negatif. Hal ini khususnya harus dijauhi apabila kamu memasukkan kata laluan di komputer awam seperti di siber kafe. Kata laluan itu akan diketahui orang lain sehingga mengakibatkan perkara yang tidak diingini berlaku. Salah satu cara untuk menghindarkan daripada keylogger adalah dengan menggunakan On Screen Keyboard ketika pertama kali memasukkan kata laluan.
7. Malware
Biasanya terdapat pada bootsector pada cakera keras (hardisk) dan kemudian menukarkan program yang pertama kali dijalankan. Sistem operasi merupakan perkara pertama yang akan diserang. Jangkitan pada sistem operasi ini memudahkan malware untuk menyebarkan virus pada media simpanan seperti CD ROM atau Flash Disk.
8. Phising
Bentuk penipuan di Internet dengan membuat seseorang mahu memberikan maklumat penting yang tidak berhak diketahuinya. Misalnya, dengan membuat sebuah laman web yang serupa dengan laman web sebuah bank. Seorang mangsa tidak menyedari dia telah tertipu dan memasukkan kata laluan yang setelah diketahui oleh si pembuatnya untuk membongkar dokumen-dokumen penting mangsa.
9. Rootkit
Program yang bertujuan menyembunyikan program lain yang beroperasi. Biasa digunakan untuk menyebarkan malware, virus atau keylogger.
10. Spam
Biasanya hadir dalam bentuk e-mel iklan atau sebagai tarikan agar seseorang mengunjungi laman web tertentu yang sebenarnya merupakan phising atau untuk menyebarkan malware. Mesej yang dihantar boleh saja dalam jumlah yang banyak sehingga menghabiskan masa untuk memadamnya.
Menyebabkan Kerosakan - Virus yang menyerang..