5 Soalan Bersama Aeril Zafrel..!!!

Wajah yang kerap menghiasi layar perak membuatkan tuan punya diri ini semakin dikenali.Bermula dengan drama "Kisah Kaisara",Aeril Zafril megorak langkah mengibarkan lagi syapnya dalam bidang lakonan.Dengan empat filem yang telah dilakonkannya,ternyata Aeril mempunyai bakat yang besar dalam bidang ini.

 Suhairil Suhari @ Aeril Zafrel

NAMA SEBENAR : Suhairil Suhari
TARIKH LAHIR : 2 Disember 1988
USIA: 24 tahun ASAL : Rengit, Batu Pahat, Johor
KELUARGA : Anak keempat daripada lima beradik
DRAMA : Kisah Kaisara, Kasut Tumit Tinggi, Kita, Senja Permai, Durja Ningsun dan Klik
FILEM: Aku Tak Bodoh, Cinta Kura Kura, Tujuh Petala Cinta, Hanya Aku Cinta Kau Seorang, Budak Pailang dan 99 Kali Rindu

Kacak - Kegilaan ramai 

Wajah pelakon lelaki yang semakin meningkat naik ini semakin dikenali dari semasa ke semasa.Berbekalkan bakat dan wajah yang kacak,Aeril mampu melangkah lebih jauh lagi. Karier lakonannya bermula ketika dia dan adiknya menjalani uji bakat untuk drama “Kisah Kaisara”. Nasibnya baik apabila dia dan adiknya terpilih untuk menyertai drama tersebut.Pada ketika itu, Aeril langsung tidak pernah terfi kir yang dia punya bakat dalam bidang lakonan. Dia melihat dirinya sendiri sebagai orang yang tidak pandai berlakon di dalam drama tersebut. Tidak lama kemudian,sekali lagi rakannya mengajak Aeril untuk menemaninya menghadiri uji bakat untuk filem “Aku Tak Bodoh“.Setibanya di tempat uji bakat, Aeril terfi kir untuk turut sama menyertai uji bakat tersebut. Daripada uji bakat yang hanyalah sekadar suka-suka, akhirnya Aeril pula yang terpilih untuk berlakon dalam drama tersebut.


Terbaharu
Bercerita tentang perkembangan, Aeril kini sedang sibuk mempromosikan filem terbaharunya yang akan keluar pada bulan Mac ini iaitu fi lem “Cinta Kura-Kura“ dan“7 Petala Langit“. Dengan watak yang berbeza di dalam kedua-dua fi lem ini, Aeril mampu membuktikan bakat yang ada dalam dirinya. Untuk fi lem “7 Petala Langit“, Aeril membawakan watak lelaki yang matang, berbeza dengan wataknya dalam filem“Cinta Kura-Kura“.“Dalam filem “Cinta Kura-Kura“, Aeril pegang watak sebagai Adam, seorang yang sangat lurus dan berfikir menggunakan otak kiri.Hubungan Adam dengan Nani lakonan Tiz Zaqyah telah dicemburui oleh seekor kura-kura yang boleh bercakap bernama Nico. Dalam fi lem ini juga, Adam mempunyai kebolehan untuk berkomunikasi dengan binatang. Ternyata Aeril seronok berlakon di dalam fi lem ini,” ujar Aeril panjang lebar.
Cinta Kura-Kura - Di pawagam 1 Mac

Gandingan Aeril & Tiz

Jaga Kebun
Aeril yang berasal dari Batu Pahat, Johor ini sempat bercerita tentang kebun nanas dan kelapa sawit milik ibu dan bapanya. Sempat ditanya, jika tidak menjadi pelakon, siapakah Aeril Zafril, lantas Aeril terus menjawab yang dia mungkin akan menjadi penjaga kebun tersebut kerana Aeril anak yatim piatu. Cerita Aeril, dia kehilangan ibu dan bapanya dua tahun lepas setelah kedua-duanya meninggal dunia akibat kanser.“Saya memang terdedah dengan kebun itu sejak berumur 10 tahun lagi. Saya memang biasa dengan kebun itu dan jika saya tidak menjadi pelakon, saya akan menjadi seorang pekebun. Namun disebabkan saya telah mula menjejakkan kaki dalam industri ini, abang saya menyuruh saya meneruskan kerjaya dan dia sendiri akan berpindah ke Batu Pahat untuk mengusahakan kebun itu,“ terang Aeril.

Aeril - Idam Watak aksi

Watak Versatil
Apabila ditanya tentang watak yang diinginkan,kata Aeril, dia menginginkan watak dalam filem aksi misalnya sebagai pembunuh bersiri. Baginya,watak-watak sebegitu akan menyerlahkan lagi bakat lakonan selain dia sendiri yang ingin menjadi pelakon yang versatil membawakan pelbagai watak.Bukan itu sahaja, setakat ini anak muda ini telah berlakon dalam empat buah fi lem dan kesemua watak yang dipegangnya itu ialah watak yang berlainan. Bergelar seorang pelakon, sudah tentu Aeril mempunyai idolanya tersendiri iaitu Sidi Oraza dan Nur Fazura. Baginya kedua-dua pelakon ini mempunyai bakat yang cukup istimewa dalam bidang lakonan. Aeril sendiri mengakui, bakatnya belum lagi terserlah dan dia akan sentiasa berusaha untuk memantapkan lagi lakonannya. Buktinya, Aeril telah tercalon dalam Anugerah Skrin dengan pencalonan Pelakon Pembantu Terbaik dan dalam Anugerah Festival Filem untuk pencalonan Pelakon Harapan.


P/S : Sebuah Bintang yang kian menyinar di persada seni tanair.. Chaiyork Aerill

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post