10 Pasangan Hangat Bercinta Dalam Gerbang Cinta Musim 3 (2012)

Sesi temuduga untuk pemilihan 10 pasangan akhir itu dikendalikan oleh barisan ahli panel terdiri daripada wakil penganjur dan penaja yang diketuai sendiri oleh Penolong Ketua Pengarang 2 Kumpulan Utusan, Ahmad Abdul Hamid.

Kesemua 30 pasangan ini tersenarai selepas melalui dua saringan pemilihan. Pada saringan pertama sebanyak 100 pasangan disenarai pendek daripada lebih 10,000 penyertaan yang diterima bagi peraduan musim ini. Sehinggalah disenarai pendekkan kepada 10 orang Finalis..Jadi jom kita berkenalan dengan mereka yang berjaya.

Gerbang Cinta Musim ke-3

1. Nurul Hanim Abdul Malek dan Herul Azrul Shafi



2. Samsul Khairul Shamsuddin dan Anis Sabrina Azman



3. Amir Hashim dan Norsyazwani Md Johari



4. Dinie Fitri Ridzwan dan Norhafizah Mohd Noor



5. Zazalina Ghazali dan Mohd Zaidi Mohd Bishan



6. Mohd Afrizal Aziz@Aziz dan Noraini Abdul Karim



7. Nor Amiera Alias dan Anwar Abdullah



8. Sharifah Norazlin Syed Abidin dan Azrul Izreen Awang Hin



9. Nor Syafiqah Syahirah Mohamed dan Mohd Firdaus Mohd Fauzi



10. Raudhah Ismail dan Khairul Zulhimi Abu Bakar


Selain melihat dari segi keserasian pasangan, turut dinilai pada sesi temuduga ialah keterampilan, keyakinan, pengetahuan dan perancangan selepas perkahwinan.Biarpun sesetengah pasangan pada awalnya nampak gementar berhadapan dengan barisan ahli panel, rata-ratanya begitu teruja dan bersemangat menjawab soalan yang diajukan.

Selain kereta dan wang tunai, juara Peraduan Gerbang Cinta musim ini bakal membawa pulang hadiah pakej perkahwinan bernilai RM150,000 serta barang kemas, set sofa, barang elektrik dan spa. Tempat kedua dan tiga hadiah ketiga masing-masing akan membawa pulang motosikal skuter dan pakej perkahwinan berjumlah lebih RM100,000 dan RM80,000, serta hadiah sampingan lain.

Peraduan musim ini juga menyaksikan penyertaan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sebagai penaja utama bersama Dios Astana Bridal (busana dan cenderamata) sebagai penaja bersama serta rakan-rakan strategik lain, Mastar Catering (jamuan), Kampung Pengantin (lokasi), Precious Moments (pelamin), D'Sayang Entertainment (sistem bunyi dan fotografi) dan Afidah Khamis Makeup & Stuff (jurusolek).

Turut menaja , Preety Peektures (video perkahwinan), Sri Sutra Travel (pakej bulan madu), CJ Print (kad perkahwinan) dan Utusan Online (laman sesawang rasmi peraduan).

Untuk Maklumat Lanjut bolehlah like Fanpage Gerbang Cinta 

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post