8 Prosedur Di Lapangan Terbang Sebelum Berlepas Mesti Peka Supaya Tak Terlepas Flight

Ramai suka bercuti, tidak kiralah sama ada dalam  mahupun luar negara. Kalau dalam negara, tentulah memandu keretasendiri menjadi pilihan. Tapi kalau keluar negara, ramai akan memilih trip penerbangan.

Sedikit leceh, tetapi itu paling pantas. Tapidalam tidak sedar, ramai juga yang kadangkadang terlepas  penerbangan mereka. Ada yang tertinggal pasport, tiket, terlupa itu dan ini. Teruskan membaca untuk dapatkan maklumat mengenai prosedur trip penerbangan anda!. 

Antara dua Negara - Lapangan terbang menjadi penghubung sesebuah negara /tempat.


1. Tempah Tiket Penerbangan
Destinasi telah dipilih, hotel, belanjawan, semuanya telah dirancang. Sekarang, tiba masanya untuk anda menempah tiket penerbangan. Kalau di Malaysia, kita punya syarikat penerbangan yang menawarkan harga  enarik dan keselesaan bertaraf dunia. Kalau mahu harga lebih murah, tempahlah lebih awal atau cari promosi.

2. Barang yang Boleh & Diharamkan?

Ada sesetengah barangan kita boleh bawa dan ada barangan yang ‘diharamkan’   semasa penerbangan. Yang boleh dibawa, tentunya anda sendiri boleh fikirkan seperti  pakaian, dan barangan yang selamat. Antara  barangan tidak dibenarkan semasa penerbangan adalah barangan yang  salah di sisi undang-undang dan mampu membahayakan diri serta orang sekeliling. Antaranya seperti dadah, bom, bahan api, bahan kimia berbahaya dan sebagainya.

3. Tiket dan Passport bersama Anda

Tiket adalah benda penting. Tanpa tiket anda tidak akan dapat terbang ke destinasi  percutian pilihan. Pasport juga amat penting untuk anda sebelum penerbangan  dan sepanjang percutian. Jangan jadi bodoh untuk tinggalkan pasport anda di merata tempat.

4. Bagasi

Pastikan bagasi anda didaftarkan dan diperiksa melalui mesin pengimbas  terutamanya bagasi bersaiz besar. Untuk bagasi kecil dan anda rasa lebih mudah jika dibawa bersama, adalah lebih baik jika anda bawa bersama. Ini kerana ia lebih selamat dan mudah disimpan.  

Sebelum itu, pastikan juga berat bagasi anda tidak melebihi berat yang ditetapkan oleh pihak syarikat penerbangan. Jika  bagasi anda melebihi kadar berat yang ditetapkan untuk seorang penumpang, bersiap sedialah untuk membayar caj tambahan bagi setiap kilogram. 

5. Dokumen Penting
Dokumen penting tidak boleh diambil mudah. Sentiasa bawa bersama anda semasa dalam percutian. Anda tentunya tidak mahu diheret ke penjara dan dituduh sebagai pendatang asing  tanpa permit atau visa kan? 

Jadi, sentiasa memastikan dokumen penting seperti dokumen pengenalan diri, pasport, sijil-sijil pengenalan dan kelahiran dan sebagainya dalam keadaan selamat bersama anda.

6. Bila Masa Sesuai Tiba di Lapangan Terbang?
Ramai yang selalu keliru dan ini menyebabkan kelewatan. Bergantung  pada syarikat penerbangan, anda perlu baca syarat untuk check-in kerana ada yang menetapkan satu jam sebelum masa penerbangan dan ada juga yang menetapkan masa check-in dua jam sebelum penerbangan. 

Periksa masa check-in ketika anda membuat  pembelian. Tentukan juga anda berada di kaunter yang betul semasa check-in. Ini bukan sahaja  memudahkan anda, malah akan melancarkan perjalanan semasa check-in. Kalau terlalu ramai sedang  beratur di kaunter, kiosk elektronik akan membantu dan memudahkan anda.

7. Peka dengan Pengumuman


Anda perlu peka dengan pengumuman waktu penerbangan yang  dibuat di lapangan terbang. Anda tentunya tidak mahu terlepas penerbangan bukan? Jadi jangan leka sehingga tidak perasan nombor pesawat dan waktu penerbangan anda telah diumumkan. 

8. Bagaimana Jika Penerbangan Dibatalkan atau Ditunda? 
Perkara ini bukanlah sesuatu yang mustahil. Kadangkala ia mungkin akan berlaku. Tetapi selalunya syarikat penerbangan akan  cuba untuk mengelakkan kejadian seperti  ini berlaku, kecuali disebabkan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan seperticuaca terlalu buruk, rusuhan atau untuk  tujuan keselamatan. 

Tetapi, bagaimana jika perkara ini berlaku pada anda? Apa yang perlu dilakukan adalah tenangkan diri. Cuba hubungi syarikat penerbangan atau agensi pelancongan yang menyusun percutian anda dan cuba pastikan dengan pihakterbabit sama ada mereka punya pelan B.  Setidak-tidaknya ini dapat menyelamatkan
percutian anda. 

Sekian, Semoga bermanfaat. Jumpa anda di konten berikutnya.

Kredit : Maskulin

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post