10 Peserta Imam Muda Musim 3 (2012) Pemuda Terpilih

Dalam episod ini, penonton bakal menyaksikan bagaimana kesemua 10 peserta yang terpilih mengharungi cabaran mengatasi pelbagai ujian penting mengikut kaedah dan metadologi yang disediakan di bawah pimpinan dan pemerhatian khusus Mudir dengan dibantu tiga orang Mursyid.


Imam Muda 3 - Kembali menemui penonton


Imam Muda Adan

Imam Muda  Arrazi

Imam Muda Faris


Imam Muda Hafiz


Imam Muda Jabar


Imam Muda Megat


Imam Muda Naim


Imam Muda Nasir


Imam Muda Naufal


Imam Muda Omar


Muhammad Nasir M Yakub Ismail atau M. Nasir dari Sumatera Utara, Indonesia memberitahu menangis apabila dimaklumkan terpilih menjadi sepuluh peserta akhir rancangan Imam Muda musim ketiga. Muhammad Nasir, 26, memberitahu dia sangat terharu dipilih menyertai program tersebut kerana sentiasa mengikuti perkembangan dua siri terdahulu Imam Muda serta berjanji untuk belajar bersungguh-sungguh selepas dipilih menyertai program realiti tersebut. "Saya menangis saat diberitahu menjadi sepuluh peserta akhir Imam Muda kerana akhirnya saya dapat belajar daripada ilmuwan terbaik dari negara ini," ujarnya kepada mStar Onlineketika ditemui pada majlis pelancaran program itu di sini pada Selasa. M.Nasir merupakan satu-satunya peserta antarabangsa dalam sepuluh calon akhir program Imam Muda musim ketiga.

Ia bakal bersiaran pada 1 Jun depan, pukul 9 malam menerusi saluran Astro Oasis sementara episod pengenalan akan muncul pada 28 Mei ini.Pelancaran musim ketiga program berkenaan dilakukan oleh Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr Masitah Ibrahim.Dalam pada itu, Pengurus Besar Saluran Astro Oasis, Izelan Basar berkata, untuk musim kali ini pihak produksi turut menerima penyertaan daripada negara jiran seperti Thailand, Kemboja dan Brunei dengan peningkatan sebanyak 32 peratus penyertaan berbanding musim lalu.Pihaknya juga turut menerima 301 penyertaan menerusi dalam talian dan kebanyakan yang membuat permohonan itu adalah penuntut di luar negara seperti dari Jordan, Mesir, Brunei dan Indonesia."Daripada jumlah itu tiga peserta telah berjaya menjadi sepuluh peserta akhir selepas menjalani uji bakat secara dalam talian,” katanya.

Masih mengekalkan Datuk Mahmud Al-Hafiz sebagai Mudir (Pengetua), Imam Muda musim terbaru ini turut menyaksikan kembalinya alumni musim lalu iaitu Asyraf dan Hizbur yang bakal mengalas tanggungjawab sebagai Mursyid (Mentor).Berbeza dengan musim terdahulu, Mudir dan dua orang Mursyid ini akan dibantu oleh barisan Naqib (Tenaga Pengajar) yang terdiri daripada barisan Imam Muda daripada musim sebelumnya."Seramai sepuluh orang Naqib daripada musim pertama dan kedua akan membimbing peserta kali ini dan pemilihan itu adalah untuk membolehkan mereka berkongsi ilmu dengan peserta baru," ujarnya.

Sementara itu, Izelan berkata, Imam Muda kali ini akan bertemakan Perhubungan Keluarga dan bakal memberikan cabaran lebih hebat.Selain M.Nasir, sembilan peserta lain adalah Muhammad Ramadhan Subky Abdullah, 25 (Kuala Lumpur), Fakhrulrazi Ibrahim, 25 (Pulau Pinang), Omar Mohd Mokhtar, 21 (Pahang), Syed Mohd Faris Syed Roslan, 26 (Perak) dan Mohammad Hafiz Abdul Kadir, 27 (Kuala Lumpur). Turut menyertainya Abdul Jabbar Mohammed Kahar, 28 (Selangor), Megat Mohd Zaid Megat Azmuddin, 26 (Perak), Mohammad Azri Nami Mohd Kamal, 21 (Johor) dan Abdul Rahman Naufal Mohd Hatta, 21 (Johor).

Imam Muda musim ketiga bakal dihoskan oleh Akhil Hayy.

Peserta Imam Muda 3 akan dibimbing Mudir iaitu Dato’ Hassan Mahmud Al Hafiz, selain kehadiran Imam Muda Asyraf dan Hizbur sebagai Mursyid serta alumni Imam Muda dua musim lalu. Perjalanan kesemua Imam Muda ini akan dapat ditonton di Astro Oasis (Saluran 106) bermula 1 Jun 2012.

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post