6 Istilah Popular Yang Trending Apabila Tiba Bulan Ramadan

Hai apa khabar pembaca? Sudah ucapkan selamat tinggal kepada rakan-rakan syaiton anda sebelum mereka berangkat pulang sebentar lagi?  Dengan hadirnya bulan Ramadan, akan tiba juga istilah-istilah unik yang hanya membuat kemunculan khas di bulan Ramadhan. Jom kita selongkar istilah-istilah ini.

Ramadan yang mulia...

1. Iftar
Maksud iftar adalah makan petang untuk berbuka puasa apabila terbenamnya matahari di bulan Ramadhan. Kalau orang Melayu kuno, mereka panggil berbuka puasa. Istilah 'Iftar' ini mula membuat kemunculan di scene Ramadhan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, selari dengan kemunculan golongan Hijabster (definifi: bertudung kerana fesyen) yang mempopularkan istilah Allughatul Arabiyah tersebut. Eh biarla orang yang guna istilah apa pun kan senang guna iftar; ringkas dan padat. Berbuka puasa is so kolot.


2. Tamar
Istilah Tamar berkait rapat dengan iftar. Istilah iftar dan tamar sering digunakan di dalam satu ayat kerana di atas sifat 'rhyming' nya. Contohnya, "Ayuhlah kita iftar dengan tamar" Tamar adalah buah kurma, cuma acapkali tamar menggantikan kurma di bulan Ramadhan. Mungkin tak guna perkataan kurma sebab tak mahu orang konfius bila orang tanya, "Awak nak buka puasa hari ini?" | "Kurma". Lepastu isteri kita pergi masak pula Ayam Masak Kurma. Haa kan dah leceh tu.

3. Param
Param adalah singkatan kepada Pasar Ramadhan. Istilah ini sebenarnya dicipta dengan tidak sengaja. Kisahnya begini, pada bulan Ramadhan beberapa tahun yang lalu, Khairul ingin melawat rakannya yang sakit iaitu Paramjit Singh. Dalam perjalanan ke rumah Paramjit ataupun nama manjanya Param, beliau terserempak dengan Amir. Amir bertanya kepada Khairul, "Eh saudara nak pergi mana?" Khairul menjawab, "Saya nak pergi melawat Param...." (sambil menunjuk ke arah rumah Param yang kebetulan berdekatan dengan Pasar Ramadhan). "Param? GENIUS!" Lalu Amir pun pulang ke rumah dan meletakkan status Fesbuk pertama yang menggunakan istilah Param yang merujuk kepada Pasar Ramadhan.

Ada juga singkatan pasar lain yang tidak popular seperti Pasar Malam (Palam), Pasar Borong (Parong), Pasar Tani (Patani).

4. Eid Murtabak
Ini sebenarnya adalah sejenis typo, tetapi kemudiannya telah dijadikan satu trend untuk para hipster. Selalunya Eid Mubarak diucapkan menjelang hari raya Aidilfitri, tetapi Eid Murtabak pula adalah sejenis kod yang digunakan untuk memesan murtabak di Param.

5. Yang Yok
Anda pernah dengar tak frasa ini? "Puasa Yang Yok, pagi-pagi buka periuk". Bagi mereka yang berniat puasa malam tadi tetapi bersahur pada pukul 9 pagi, puasa mereka jatuh dalam kategori puasa Yang Yok. Maaf saya tak dapat membuat kajian sejarah dari mana istilah ini datang sebab tiada idea di saat ini.

6. Moreh

Mengikut pemahaman sendiri, moreh adalah jamuan yang diadakan di surau dan masjid untuk menjamu para jemaah. Moreh ini disediakan oleh individu-individu yang ikhlas untuk bersedekah di bulan Ramadhan. Aktiviti moreh dilihat dapat merapatkan hubungan siratulrahim antara penduduk qariah, terutamanya golongan muda dengan golongan veteran, cuma golongan muda ni cuma muncul masa time makan je time semayang time basuh pinggan mereka semua telah lama hilangkan diri.

Begitulah antara istilah-istilah popular yang sering digunakan di bulan Ramadhan. Ada istilah lain tak?

Saya di sini bagi pihak selongkar10 sekeluarga mengucapkan selamat berpuasa dan selamat iftar makan Tuddi Fruddi perasa Tamar kemudian Shalat Tarawikh. Assalamualaikum.

Via : Selongkar10
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook / Instagram / Twitter

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post