Setiap kali masuknya bulan puasa mesti kita mengalami masalah mulut berbau sebabnya semasa berpuasa, pengeluaran air liur dalam mulut dan dalam saluran pencernaan berkurang sehingga menjadi lebih kering. Akibatnya timbul halitosis atau bau mulut. Bau mulut juga boleh disebabkan penyakit sistemis seperti liver, perut, saluran pernafasan dan ginjal akut.
Mulut berbau mengganggu urusan harian

Sedangkan penyakit gigi dan mulut
penyebab nafas tak segar di antaranya gigi berlubang, radang gusi,
gingivitis kerana karang gigi, dan periodontitis. Dalam hadtih ada
menyebut yang bermaksud : Sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa
lebih harum di sisi Allah daripada bau minyak kasturi.’”

(HR. Muslim no. 1151)
1. Menjaga Kesihatan Gigi & Mulut
Menjaga kesihatan gigi dan mulut
dengan menggosok gigi dan lidah secara betul. Bersihkan sela-sela gigi
dengan benang gigi. Jika menggunakan cecair kumur, jangan memakai cecair
dengan kandungan alkohol di atas 25 peratus kerana meningkatkan risiko
kanser rongga mulut.
Periksa ke doktor gigi anda sekurang-kurangnya enam bulan sekali. Bila ada masa, lakukan spa gigi dua kali dalam sebulan untuk menjaga kesihatan gigi.
3. Elakkan Merokok & Alkohol
Elakkan merokok dan alkohol kerana memberi kesan memburukkan status kebersihan mulut yang mencetuskan terjadinya gingivitis dan periodontitis. Alkohol mengurangkan pengeluaran air liur yang akan memburukkan bau mulut.

Perbanyak pengambilan buah-buahan pengusir bau mulut seperti epal, bengkuang dan lobak merah. Teh hijau mengandungi bahan aktif catechin yang dapat menghilangkan plak, menurunkan kadar gula, dan membunuh bakteria penyebab bau mulut. Minumlah 2-5 cawan teh hijau sehari.
5. Pengambilan Keju
Keju yang rendah karbohidrat, tinggi kalsium dan mengandungi fosfat, dapat memperkuat gigi, meningkatkan pengeluaran air liur dan mengurangkan pertumbuhan karang gigi.
6. Pengambilan Air Mineral
Perbanyak pengambilan air masak minimal satu liter atau lapan gelas sehari selama berbuka hingga sahur. Ini untuk menjaga keseimbangan air dalam tubuh.
7. Pengambilan Probiotik
Asap makanan probiotik seperti yogurt yang memelihara pencernaan dan menghalang bau mulut.
Kredit : penmerah