5 Jenis Lelaki Dalam Dunia Anda Jenis yang Mana Satu..??

ARGHH, PADA DASARNYA SI DIA NAMPAK MASKULIN TETAPI ADA MASANYA TAMPAK
SESUATU SAHAJA? ADAKAH ANDA KELIRU APABILA BERKAWAN MAHUPUN BERCINTA DENGAN LELAKI SEPERTI INI? SEBENARNYA KAMU TIDAK PERLU RISAU KERANA PADA  HARI INI LELAKI SEMEMANGNYA PELBAGAI. OLEH ITU AYUH KENALI KARAKTER SI DIA AGAR KAMU TIDAK TERTIPU LAGI!

1. Lelaki Biseksual
Lelaki yang terdiri daripada golongan biseksual pula mempunyai tarikan terhadap keduadua jantina iaitu lelaki dan wanita. Golongan ini dikatakan mempunyai kecelaruan identiti serta amat ditegah oleh agama.  Kecenderungan seksual bagi lelaki seperti ini adalah di antara heterokseksual kepada homoseksual.
Daripada segi fizikal pula, ada yang berperwatakan lembut dan paling pasti mereka juga amat mementingkan
penjagaan fizikal juga kecantikan diri. mendapatkan apa yang mereka hajati seperti ke spa mahupun barangan berjenama mewah. Kini semakin hari semakin ramai lelaki menjadi metroseksual akibat tahap
urbanisasi yang menuntut mereka untuk sentiasa menjaga penampilan diri agar tidak ketinggalan.

2. Lelaki Heteroseksual
Heteroseksual merupakan spesies lelaki yang paling ramai di dunia ini. Lelaki seperti ini mempunyai fitrah sempurna dalam kejadian manusia. Mereka meminati wanita seperti lelaki biasa. Daripada segi penampilan pula, mereka dikatakan tidak terlalu cerewet berbanding lelaki yang  metro. Gaya hidup mereka sentiasa aman, malah mereka mementingkan masa hadapan  untuk mempunyai keluarga yang sempurna dan sejahtera. Mencapai matlamat dalam  kerjaya dan percintaan pula menjadi keutamaan lelaki heterokseksual ini. Adakah teman lelaki kamu lelaki daripada jenis ini?

3. Lelaki Metroseksual 
Lelaki metroseksual pula dikatakan  sebagai individu yang amat  mementingkan penjagaan dan penampilan diri dari hujung rambut sehingga hujung kaki. Mereka juga dikatakan sebagai golongan yang amat mencintai dunia fesyen serta  kesihatan tubuh badan. 

4.Lelaki Uberseksual
Fizikal lelaki jenis uberseksual seakan-akan lelaki daripada golongan heteroseksual. Sebenarnya lelaki jenis ini mempunyai fikiran yang sangat terbuka serta berpandangan jauh. Golongan uberseksual ini amat mementingkan kerjaya dan perniagaan  daripada membuang masa dengan perkara yang tidak berfaedah. Mereka juga dikatakan individu yang mementingkan  prinsip dalam setiap apa yang dilakukan. Nilai maskulin
amat tinggi terhadap golongan uberseksual serta mereka  menganggap lelaki dan wanita mempunyai hak yang sama dan  perlu dihormati. Paling pasti, mereka dikatakan seorang yang sangat taasub pada perniagaan, politik serta hal ehwal duniawi.


5. Lelaki Homoseksual
Kini dunia semakin hampir ke penghujungnya. Ramai yang berperwatakan tidak sepatutnya terutama mereka
yang terdiri daripada golongan homoseksual. Golongan ini akan tertarik kepada kaum sejenis dan merasakan diri mereka dibayangi dengan perasaan wanita dan memerlukan lelaki sebagai pelindung. Agak melucukan malah kebanyakan golongan seperti ini bersifat lembut dan selera seks mereka tidak kepada kaum wanita. Jadi berhati-hati memilih pasangan agar kamu tidak tertipu apabila berjumpa si kacak tetapi bukan seperti apa yang kamu bayangkan.

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post