6 Iklan Sempena Hari Raya Aidilfitri Mesti Tonton 2012

Kalau dulu ada arwah Yasmin Ahmad..pastinya kerja tanga beliau sangat dikagumi dan tidak pernah mengecewakan dalam menghasilkan iklan sempena hari raya..!!! hhuhuhu Setiap tahun pasti ada jer...tapi tidak semeriah dahulu...Hurm...


Jadi macamana dengan Raya punya iklan tahun ni..Jom layannn

Iklan Raya Petronas

Petronas membuat satu kelainan tahun ini dengan memaparkan sebuah short film mengenai strangers sepanjang 14 min...Paling mengusik hati apabila mendengar lagu raya Sudirman “Dari Jauh Ku Pohon Maaf” memang boleh menitis air mata lah tak percaya tanyalah mereka-mereka yang pernah menjadi perantau.

Iklan raya Petronas 2012 menyelitkan kisah yang berkisar apabila kita berada jauh dari Malaysia kita akan betul-betul menghargai Malaysia dan benar-benar cintakan Malaysia. Benci betul aku kalau dengan orang Malaysia yang tak ada rasa cinta pada negara sendiri dan tidak pernah menghargai apa yang kita ada sekarang. Mungkin mereka tidak pernah jadi perantau atau buta hati yang akan hanya celik apabila segalanya sudah ditarik balik oleh ALLAH SWT. Ketika itu sesalan sudah tidak berguna.

Iklan Raya Cintafoto
https://www.facebook.com/pages/Cintafoto/337557612928487 Terima kasih kepada semua yang terlibat, terutama kepada leez rosli kerana sudi meluangkan masa untuk menyiapkan video iklan raya yang tidak seberapa ini.

Iklan Raya Bernas

Iklan Raya Bernas so far Iklan Raya Terbaik 2012....pasal 2 anak yatim sorg buta lagi sorg tu bisu ke suara sengau ke or ckp thai kot ahakz nak sambut raya....
Two special children build a beautiful relationship based on genuine care and understanding. On the eve of Hari Raya, these orphans, Ahmad and Fizi embark on a journey and encounter many challenges along the way. Through their perseverance and determination, they overcome all odds to fulfill their obligation of unconditional love.

Iklan Raya Maxis
Puasa ialah bangun sahur, pergi skolah,balik skolah,pergi bazaar ramadan,bukak puasa,pergi terawikh,buat kerja skolah,kemas buku pastu tidor.....Iklan Raya MAXIS.....
The spirit of Ramadan and Syawal lives within all muslims and is felt by all, no matter how young or old, near or far. This commercial shows the joy and purity of these holy months through the eyes of innocents, who remind us that 'Ramadan & Syawal Resides in the Heart'.

Iklan Raya IchooseMalaysia
Video Hari Raya Aidilfitri 2012 berkonsepkan pengorbanan Polis DiRaja Malaysia yang di lakonkan oleh pelakon Fahrin Ahmad. Video ni di ambil dari ichoosemalaysia. link asal http://www.youtube.com/watch?v=kIxi1lzU4a0&feature=plcp

Raya By Candidsyndrome

Satu garapan dari cerita kanak-kanak Saiful Nang sendiri yang mempunyai seorang bapa yang garang dan mendidik menggunakan rotan. Cerita ini mengekalkan lebih kurang 70% originaliti cerita asal dan digarap dalam pendekatan filem pendek bagi yang masih mempercayai bahawa rotan masih menjadi satu pendekatan yang logik asalkan tidak keterlaluan dalam pembentukan disiplin dan akhlak anak-anak untuk menjadi seorang yang kental dan mempunyai jatidiri yang tinggi. Filem pendek ini ditunjangi oleh tenaga kerja dalaman dan beberapa pelakon cilik seperti Adik Adam. Keseluruhan produksi ini dijalankan dalam panasnya bulan Ramadhan dan pengambaran disiapkan sepenuhnya dalam 2 hari menggunakan peralatan keseluruhannya secara "in-house".

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post