8 Tip Mudah Bangun Sahur..!!!


Dibulan yang penuh keberkatan iaitu Bulan Ramadhan Al Mubarak.Dalam bulan ini diwajibkan semua muslim berpuasa pastinya satu benda yang liat sekali di bulan puasa ni iaitu untuk bangun bersahur...Ada yang mengambil inisiatif dengan bersahur pada belah malam dan tidak perlu bangun pada belah paginya untuk bersahur, ada yang jenis yg tak bersahur.. kalau bangun pun minum air jer.. jadi jom kita selongkar


1) Disiplin
Disiplinkan waktu tidur kamu. Sekiranya kamu tidur lewat, badan kamu akan terasa letih dan tidak bermaya. Jadi sukar untuk kamu bangun awal. Oleh itu, pastikan tempoh tidur kamu mencukupi agar badan kamu terasa segar.


2) Kunci Jam
Amalkan mengunci jam loceng awal setengah jam daripada waktu bersahur. Takut-takut manalah tahu, kamu tertidur semula. Jika kamu tersedar, kamu tidak perlu risau kerana kamu masih mempunyai waktu yang selebihnya.


3) Aktif
Cuba elakkan daripada terlebih aktif di siang hari kerana, apabila badan mengambil masa yang lama untuk untuk ''recharge'' semula badan kamu di waktu malam. Ia akan menyebabkan kamu sukar untuk bangun sahur.

4) Jam Loceng
Jangan bergantung pada satu jam loceng kunci jam di telefon bimbit kamu juga. Bak kata orang ada 'backup plan’. Ataupun, cuba kamu kuncikan beberapa jam loceng yang ada dan pastikan setiap jam yang di kunci itu bezanya 5 minit. Kamu akan dapat hasilnya.

5) Sebelum Tidur
Sebelum tidur, elakkan daripada makan makanan yang terlalu mengenyangkan perut. Maklumlah, tidur dalam keadaan yang terlalu kenyang nikmat rasanya. Takut-takut pula terlajak waktu.

6) Niat
Pasang niat untuk bangun bersahur pada masa yang ditetapkan. Selalunya jika kamu berniat pada
waktu malam, insyAllah, kamu akan terjaga dengan sendirinya nanti.

7) Minta Bantuan
Minta bantuan ahli keluarga kamu untuk mengejutkan kamu juga. Jadi tidaklah kamu terlepas untuk bersahur.

8) Elakkan
Elakkan tidur berselimut. Kerana, ia akan membuatkan kamu selesa di tempat tidur dan terlena dibuai mimpi.

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post