9 Amalan Baik Yang Paling Dianjurkan Sempena Bulan Ramadan

Adakah kita gembira dengan kedatangan bulan mulia ini? Berbahagialah bagi mereka yang melalui dan menjalani ibadah yang difardhukan dalam bulan ini dengan penuh keikhlasan dan rasa kehambaan, bukan keterpaksaan. 

Ini kerana, Allah SWT telah menjanjikan ganjaran yang lebih baik di sana nanti.

 Amalan yang paling Allah SWT sukai di bulan Ramadan


1- Solat sunat Dhuha di bulan Ramadhan mendapat seperti pahala haji dan umrah.

2- Berzikir kepada Allah SWT dibulan Ramadhan mendapat pahala lebih bernilai daripada emas.


3- Bersedekah di bulan Ramadhan adalah sebaik-baik perbuatan kebjikan.

4- Menunaikan Umrah di bulan Ramadhan seperti menunaikan haji bersama Rasulullah SAW.

5- Bersahur adalah waktu paling berkat untuk berdoa kepada Allah SWT.



6- Bersegera berbuka puasa adalah amalan yang mendapat pujian Allah SWT.

7- Berdoa semasa berbuka dan semasa berbuasa adalah doa yang tidak akan ditolak oleh Allah SWT.

8- Bersugi selepas bersahur dan semasa hendak berbuka adalah Sunnah Rasulullah SAW.

9- Melipat gandakan ibadat sunat di sepuluh hari terakhir adalah Sunnah Rasulullah SAW.

Dan, sebenarnya banyak lagi amalan kebajikan lain yang boleh dilakukan dalam masa sehari kita berpuasa. Adapun, perkara di atas hanyalah sebahagian sahaja. Mudah-mudahan, kita dapat menjalankan ibadah ini dengan penuh penghayatan dan menjadikan 9 perkara di atas sebagai rutin harian sepanjang Ramadan.

Jika tidak mampu buat semua, buatlah mengikut kemampuan masing-masing sekalipun satu perkara. Insya-Allah. Moga bermanfaat.
 

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post