9 Tembok Besar Bersejarah Di Serata Dunia Selain Tembok Besar China

Pembinaan tembok seringkali dianggap sebagai benteng pertahanan, sebagai pemisah diantara sempadan dua negara. Bila sebut tentang Tembok pasti Tembok besar china akan terbayang di fikiran kita... Tapi kalini kita nak selongkar 9 lagi tembok bersejarah yang terkemuka di dunia selain Tembok Besar China...

  Tembok Besar- China

Megah berdiri - Tembok besar china begitu besar namanya sampai di Malaysia pun ada dibuka jenama shopping Mall Great Wall suatu ketika dahulu..


Pembinaan tembok ini bermula pada tahun 221 SM dan terus berkembang sampai 17 Abad. Tembok yang baru ditemui "serpihan" yang selama ini tersembunyi ini akhirnya mempunyai panjang 4.000batu. Sebahagian besar tembok ini pernah digunakan oleh para atlet perlumbaan basikal selamaSukan Olimpik Musim panas 2008. 


9. Tembok Kremlin – Moskwa

Tembok dari bata merah ini sudah berdiri selama 700 tahun. Panjang tembok ini mencapai 1.4 batudan mengelilingi Gelanggang Merah. Ada empat pintu gerbang dari zaman abad pertengahan yangmasih berdiri kukuh dengan 20 menara di sepanjang tembok ini. Di dalam tembok ini terdapatmausoleum tempat bersemayamnya jenazah para pemimpin tertinggi Rusia seperti Stalin danBrezhnev.

8. Tembok Barat – Yerusalem

Tembok yang dikenali juga dengan nama Tembok Ratapan ini, mempunyai pelbagai sejarah yang unik. Sementara umat Yahudi menganggap bahawa tembok ini adalah tembok untuk meratapikehancuran Sinagog Yahudi.

7. Tzompantli – Mexico

Di runtuhan Chichen Itza, anda akan menjumpai tembok Tzompantli, atau Tembok Tengkorak.Sejarah tembok ini memang menyeramkan, di zaman suku Maya berkuasa, tengkorak mangsa ritualdiletakkan di dalam tembok ini. Tembok ini sendiri dihiasi dengan relief-relief tengkorak dan jugapelbagai gambar mengenai ritual yang ada pada masa tersebut.

6. Tembok Hadrian - Inggeris

Tembok ini dibina pada abad ke dua kerana maharaja Rom pada ketika itu, Hadrian, sudah bosanberperang. Tembok yang dibina terbentang dari Laut Utara sampai ke Laut Ireland dan pada ketika itu, tembok tersebut merupakan batas dari empayar Rom.

5. Medinet Habu – Mesir

Tembok yang dikenali sebagai Medinet Habu ini adalah tembok terakhir yang berdiri di Kuilbersemayamnya Ramsses III. Tembok ini dibina pada abad 12 SM. Tinggi tembok ini mencapai 60 kaki(hampir 18 meter) dan dipenuhi dengan 75.000 kaki persegi hiasan dan relief sejarah.

4. Tembok Berlin – Jerman

Tembok ini berdiri kukuh di bandar Berlin selama 28 tahun, sebagai peringatan akan kejadian mengerikan semasa Perang Dingin. Tembok ini seolah-olah adalah bentuk nyata dari "Tirai Besi".Tembok ini berdiri mulai tahun 1921 sehingga 1989 yang berakhir dengan dihancurkannya tembok inisebagai tindakan nyata dari berakhirnya Perang Dingin. November 2009 ini adalah perayaan 20 tahunberakhirnya kuasa "teguh" tembok pemisah ini.

 
3. Santa Maria delle Grazie – Italia

Mungkin anda tidak pernah mendengar namanya. Tapi anda pasti tahu mengenai Lukisan "MakanMalam Terakhir" karya Leonardo Da Vinci. Lukisan dinding (mural) buatan Leonardo ini dibuat ditembok ini. Lukisan "Makan Malam Terakhir" ini diselesaikan pada 1498. Walaupun sebahagian besartembok biara ini hancur pada tahun 1943, tapi tembok yang satu ini sama sekali tidak terusik.

2. Green Monster – Boston

Para pecinta Sukan tidak akan melupakan tembok setinggi 37 kaki (10 meter) yang dinamakan GreenMonster di Fenway Park, Boston. Tembok yang pernah hancur pada 1934 karena kebakaran, kembaliditegakkan dan terus diperbaharui. Tembok ini sekarang dibangun dengan dilapisi plastik kerasdengan dihiasi Papan angka model kuno, sebagai menperingati tragedi lampau.

1. Tembok Memorial Veteran Vietnam, Washington, AS

Tembok yang ini memang bukan tembok yang tertua, tapi sekurang-kurangnya tembok ini selalu dikunjungi ramai orang setiap tahun. Tembok ini selesai dibina pada 1982 dan ditorehkan lebih dari58.000 tentera Amerika yang gugur atau hilang semasa operasi di Vietnam pada 1959 sampai 1975.Beberapa tembok menyeronokkan, beberapa yang lain mempesona, bahkan membuat kita bertanya-tanya, tapi sekurang-kurangnya, apa-apa yang anda rasakan ketika melawat tembok ini, sekurang-kurangnya lawatan itu tidak akan dilupakan begitu sahaja. 
 

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post