8 Maksud Warna Bunga Ros Yang Diberikan Kepada Seseorang

Ramai wanita pasti suka bila ada orang memberi mereka bunga ros. Tak kisah la sekuntum atau sejambak, pasti akan rasa gembira juga.


Tapi tahukah anda terdapat makna tersirat disebalik warna dan bilangan bunga ros itu? Sebelum itu diingatkan, ini hanyalah sekadar informasi sahaja yang mungkin benar dan mungkin jugak tidak.
Jangan la terlalu obses dengan makna-makna ni semua ye..

1. Ros Merah
Cinta yang tulus ikhlas, Keghairahan dan Keberanian
Hantarkan ros merah untuk menyampaikan pesan yang anda sangat cinta dan sayang akan seseorang; umpana berkata “Aku cinta pada mu”.

2. Ros Pink 
Menunjukkan kegembiraan dan kesyukuran, bunga yang memaparkan kegembiraan.
Hantarkan bunga ros berwarna pink gelap untuk menunjukkan tanda penghargaan dan terima kasih; umpama mengucapkan “Terima Kasih”. Hantarkan bunga ros berwarna pink cerah untuk menunjukkan kekaguman dan simpati

3. Ros Kuning  

Membawa maksud persahabatan,kegembiraan, kelegaan dan kebebasan. Juga memberi maksud permulaan untuk sesuatu yang baru Hantarkan bunga ros kuning untuk menceriakan hari seseorang; untuk mengucapkan tahniah pada rakan atau kekasih pada hari yang menggembirakan



Teruskan Selongkar

4. Putih
Menunjukkan kesucian, bunga ros pengakuan, the bridal rose; “You are heavenly”, “I am worthy of you” Biasanya digunakan sebagai gubahan bunga pengantin tradisional untuk menggambarkan kegembiraan cinta.Boleh juga digunakan untuk menyampaikan pesan: “You are heavenly, I miss you”

5. Lavender 
Cinta pandang pertama dan pesona
Hantarkan bunga ros berwarna lavender untuk menyampaikan mesej “cinta pandang pertama” pada seseorang yang istimewa. Anda juga boleh menghantarnya pada seseorang untuk membuat satu impresi yang istimewa

6. Oren 
Keghairahan dan keinginan yang tulus murni
Pilihan yang bagus untuk untuk mengharapkan perhubungan itu untuk pergi lebih jauh lagi. Ia juga sesuai untuk menggambarkan perkongsian perniagaan yang baru

7. Hitam 
Permulaan yang baru, Kelahiran semula, kematian

Kadang-kadang ada yang menganggap bunga ros merah gelap sebagai ros atau mawar hitam. Ia mungkin digambarkan sebagai selamat tinggal atau kematian, tetapi ia juga boleh memberi mesej positif seperti permulaan kepada sesuatu yang baru



8. Biru 

Mustahil dan tak dapat disempurnakan
Bunga ini hanya wujud secara fantasi sahaja dan bukannya secara semulajadi. Sesuai diberikan untuk menunjukkan hubungan itu adalah mustahil dan tidak dapat diteruskan

 


Sekuntum mawah merah..yang kau berikan padaku di malam itu...
Sekian.

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post