10 Panduan Bila Nak Blogwalking
Kali ini, S10 nak kongsikan mengenai cara dan kaedah blogwalking yang
sesuai. Tapi, bukan bertujuan untuk anda menambahkan kenalan blogger,
atau memperluaskan jaringan (network) blog anda. Ia sesuatu yang agak
lain. Sesuatu yang perlu blogwalker berhati-hati. Panduan kali ini titik-beratkan soal keselamatan dan keselesaan anda.
- Lakukan blogwalking di malam hari, di waktu keadaan internet agak laju. Ini adalah kerana anda tidak pasti bila anda akan sampai ke satu blog yang sampai lambat untuk load. Ia juga bantu untuk anda blogwalking secara berjujukan dan secara selari (macam add math lak) - anda buka banyak tab untuk buka blog-blog.
- Pastikan laptop atau komputer anda dalam keadaan mute atau tidak dipasang speaker atau suara. Ini untuk mengelakkan anda dari terkejut beruk di malam hari apabila tersinggah pada blog yang pasang lagu rock keras. Ia juga bagi elakkan mak jiran sebelah datang tengah malam ketuk pintu suruh tutup radio.
- Pastikan anda sudah login ke dalam akaun Google anda. Ia untuk memudahkan anda jadi pengikut blog-blog yang anda blogwalking.
- Pastikan anda update antivirus anda terlebih dahulu sebelum buat aktiviti ini. Ini adalah bagi membolehkan antivirus anda mengesan blog-blog yang mungkin boleh ancam komputer anda.
- Andai anda ada join segmen, blogwalking dulu blog-blog yang ambil bahagian dalam segmen ini. Pastikan dah habis sebuah segmen barulah blogwalking yang lain. Ini adalah kerana segmen memerlukan tindakan awal dari anda jika nak dibandingkan dengan lain. Ia juga bagi menjadikan anda lebih pantas untuk promosikan blog anda.
- Jangan main klik nama blog. Tengok dulu nama blog terutama url blog tersebut. Silap-silap nanti, anda tersinggah pula pada blog yang buat cerita lucah atau dok promosi DVD lucah. Kalau blogwalking sorang-sorang tak mengapa, kang tetiba mak pak lalu belakang atau adik ke ... terpandang apa yang anda tengok di skrin komputer... tak ke naya?
- Untuk buat blogwalking secara berjujukan atau selari, pastikan anda hadkan jumlah tab atau jumlah blog nak dibuka satu-satu masa, takut nanti komputer atau laptop anda tergantung tak boleh buat apa-apa. Ini adalah kerana ada kemungkinan blog-blog yang punyai saiz kandungan besar akan memakan memori komputer anda dan menyebabkan ia lambat nak proses arahan.
- Blogwalking hanya ketika anda tidak sibuk. Kalau dah sibuk nak juga blogwalking, apa yang sebenarnya anda buat ialah hanya klik pada blog, tinggalkan komen dua patah lepas tu beredar. Anda sebenarnya terlepas peluang untuk bina jenama blog anda secara baik.
- Aktifkan juga akaun Facebook atau Twitter anda ketika blogwalking. Ini untuk memudahkan anda untuk Google+, Tweet dan juga Like entri-entri yang menarik. Alang-alang dah blogwalking tu, cuba anda hulurkan salam perkenalan lebih mesra dengan Like Page, jadi pengikut atau +1 pada entri-entri yang menarik. Ini akan membuatkan kunjungan anda lebih dihargai oleh pemilik blog.
- Pastikan anda tidak tinggalkan komen serupa pada entri yang sama apabila blogwalking. Ada blogger yang gemar blogwalking menerusi segmen dan tinggalkan jejak, tetapi tidak sedar bahawa sebelum ini dia dah pun tinggalkan jejak. Sila baca komen-komen sebelum ini dan pastikan anda tidak terkantoi .... hehehe..